where books take me

where books take me

Tuesday, September 13, 2016

lelaki.

 4tahun membina bahagia.
merasa dan dirasa.
aku tak bertanya.
tak membaca dari perspektif mereka.

sungguh kasih dan cinta mereka sangat murni.
jika kita tahu apa yang tersirat dalam setiap kata dan laku.

buta mencari punca.
bila terlalu lama dikesah dan cuba.
akhirnya penat dan tawar.

jalannya beza dengan sang Hawa.
dan kita tak sedar bahawa mereka punya cara mereka.
lain dengan cara kita.

aku tak faham.
tak pernah cuba untuk faham.
kerana realiti mereka makhluk yang penuh rahsia.

kasih mereka dalam cuba.
cinta mereka dalam faham.
rindu mereka dalam setia.

aku akur kini, lebih dari aku yang sebelum ini.
kini aku tekad untuk menyayangi lelaki.
bukan kerana aku perempuan.
tapi kerana mereka, lelaki.

dibelai dengan rasa setia.
dimanja dengan rasa gembira.
dihargai dengan setiap faham dan sabar.

Oh Allah.
indahnya ciptaanMu itu.
setiapnya sempurna dimataku.

maafkan hamba kerana tidak cuba dan faham.
maafkan hamba jika bertindak kejam.
maafkan emosiku yang tak tertahan tanpa sabar.

Wahai lelakiku.
aku sentiasa disini setia menanti.
kerana cinta itu sifatnya faham dan masa.
kerana kasih itu ilmu dan amal.
kerana bahagia itu ruang dan bersama.

maafkan setiap rajuk dan tangis yang tidak berkesudahan.
maafkan setiap masa yang terbuang dengan rasa pendam.
maafkan sifat lemah dan perlu yang mengada.

aku akan cuba setiap peluang yang ada.
untuk faham dan percaya.
ini janjiku.
maafkan ku, sayang.


No comments:

Post a Comment