where books take me

where books take me

Tuesday, September 13, 2016

lelaki.

 4tahun membina bahagia.
merasa dan dirasa.
aku tak bertanya.
tak membaca dari perspektif mereka.

sungguh kasih dan cinta mereka sangat murni.
jika kita tahu apa yang tersirat dalam setiap kata dan laku.

buta mencari punca.
bila terlalu lama dikesah dan cuba.
akhirnya penat dan tawar.

jalannya beza dengan sang Hawa.
dan kita tak sedar bahawa mereka punya cara mereka.
lain dengan cara kita.

aku tak faham.
tak pernah cuba untuk faham.
kerana realiti mereka makhluk yang penuh rahsia.

kasih mereka dalam cuba.
cinta mereka dalam faham.
rindu mereka dalam setia.

aku akur kini, lebih dari aku yang sebelum ini.
kini aku tekad untuk menyayangi lelaki.
bukan kerana aku perempuan.
tapi kerana mereka, lelaki.

dibelai dengan rasa setia.
dimanja dengan rasa gembira.
dihargai dengan setiap faham dan sabar.

Oh Allah.
indahnya ciptaanMu itu.
setiapnya sempurna dimataku.

maafkan hamba kerana tidak cuba dan faham.
maafkan hamba jika bertindak kejam.
maafkan emosiku yang tak tertahan tanpa sabar.

Wahai lelakiku.
aku sentiasa disini setia menanti.
kerana cinta itu sifatnya faham dan masa.
kerana kasih itu ilmu dan amal.
kerana bahagia itu ruang dan bersama.

maafkan setiap rajuk dan tangis yang tidak berkesudahan.
maafkan setiap masa yang terbuang dengan rasa pendam.
maafkan sifat lemah dan perlu yang mengada.

aku akan cuba setiap peluang yang ada.
untuk faham dan percaya.
ini janjiku.
maafkan ku, sayang.


wanita yang paling cantik itu adalah wanita yang bahagia.

woman are the prettiest when they are the happiest.

katakata ini sangat tepat menusuk kalbu Hawaku saat ini.
perihal dunia kiri kanan ku yang makin kelam.
makin kasar merobek hati dan fikiran.
penuh dengan penyesalan dan permasalahan.

4 tahun dulu, aku yang paling gembira dan bahagia.
dunia ini aku yang genggam.
tak pernah rasa sebu dan debu yang menyesakkan tanpa kasihan,

aku bisa mengubah sesuatu dengan minda dan hati dengan mudah.
perihal yang besar jadi senang dan lancar.
kerana hati aku sedang dibuai dengan rasa cukup dan bersyukur.

silapku hari ini, aku tewas dengan dunia.
ya, aku yang tewas.
tewas untuk memaharajalelakan diri.
terlalu sedih dan sesat dilambung angin dibolak-balik.
aku makin sunyi dan tidak bersyukur.
emosiku yang terbabit di setiap sudut turut menyesakkan setiap manusia disekelilingku.
 
aku lupa.
lupa pada setiap yang masih setia dan cuba.
yang sentiasa hadir disaat getir dan payah aku menelan dunia.
aku lalai.
mengespresikan yang indah dan bahagia.
malah aku cenderung kepada negatif dan salah.

aku makin hanyut dengan emosi dan perasaan hingga aku terlupa pada gembira.
gembira dan ceria yang aku punya dulu.

aku ingin kembali positif dan bahagia.
aku ingin cantik sepertimana seorang sakinah yang terindah.
pernah dicinta dan mencinta dengan penuh kasih sayang.
menggenggam setiap dunia dengan lembut dan berjaya.

aku akan kembali.
sebagai wanita yang bahagia.
dengan izinMu.

ameenn.

Sunday, July 24, 2016

once mine.


my ring doesn't fit anymore.
our anniversary isn't important anymore.
my problems doesn't make sense anymore.
my presence doesn't make any difference anymore.


i'm lost.
and he was once mine.