where books take me

where books take me

Friday, October 30, 2015

Kisah orang puan.


aku tak berapa kisah
kalau orang cakap pasal jodoh.
asalkan dapat pikat hati mak ayah aku dan aku.

tak kisahlah kalau kata hang takdak duit, kita buleh cari samasama.
nak tunggu pun boleh.
tak kisahlah kalau kata hang takdak masa depan lagi, aku buleh bantu hang decide, asalkan hang jenih sangguplah nak berkorban dan usaha.
tak kisahlah kalau kata hang tak hensem dan tinggi alaala tall dark and handsome.
asalkan senyum hang cukup nak cairkan hati gegadis aku nih.
tak kisahlah kalau kata hang takdak duit sangat nak belanja aku macammacam.
asalkan hang ingat tarikhtarikh penting aku.
tak kisahlah kalau kata hang takdak reta atau vespa atau basikal sekalipun.
asalkan hang cuba untuk hadir disisi aku di harihari penting.
tak kisahlah kalau kata hang jauh dari aku.
asalkan hang tak tipu aku, tak curang, tak sorok apaapa dari aku.

aku cuma nak kau jaga hati aku.

sebab aku kalau bagi hati kat orang nih, aku bagi sungguh.
the whole heart.

orang puan ni tak susah pun nak jaga hati.
aku jenih tak percaya pada katakata semata.
hang kena kasi bukti dengan apa cara yang visible, apa cara sekalipun.
simple, tak guna duit, tak demand apaapa.
asalkan cara tu buktikan yang hang ambil berat dgn apa yang aku rasa.

aku merajuk.
pujuklah.
sekadar dgn gambar hang baru bangun pagi rambut serabai kata hang sorry.
sekadar dgn throwback gambaq lama kat pesbuk kata hang buat silap dan akan belajar dari kesilapan.
sekadar amik gambaq bunga kat taman send kat wasep kata bunga tu lagi cantik dari aku. k.
ataupun kalau hang memang mampu dan berduit, hang kasilah reta sebijik. hoi.
dak dak, hang kirimkanlah sekuntum bunga plastit kedai rm5 tu beserta kad free hat wangi tu.

kalau hang mampu aku nak reta picanto ahh sebijik. lol.

kalau kata aku marah.
sejukkanlah.
kalau aku stress.
gumbirakanlah.
kalau aku kecewa.
dengaq ja apa aku kata, lepastu hang ajak aku karaoke, jogging ka, main boling ka, tengok pantai ka.
pujuk ja macam kat atas nih.
lagi suweet kalau hang boleh kreatifkan benda tu.
tak pakai duit pun takpa.

cuma.
aku nak kau usaha untuk pulihkan aku.

tak penting sangat pun macam mana sekalipun cara yang hang pilih.
cuma.
bila hang buat gitu, maksudnya hang care apa yang aku rasa.
dan hang ambil masa untuk fikir pasal aku dan masalah.

ambil masa untuk fikir dan pulihkan.

hati dan otak orang puan ni sangat berkait.
kau buat benda alah kat dia 2 bulan lepas pun dia bolah ingat.
jadi, hang boleh pikiaqla berapa jam sehari dia berfikir.
24/7.

kalau ada masalah.
selesaikan SEGERA.
kalau kata dia merajuk.
pujuklah SEGERA.
sebabnya dia SENTIASA MERASA.

sentiasa.

benda gini hang takleh tangguh.
bukan macam lelaki, kalau marah atau merajuk.
depa hang kena biaq dulu air yang menggelegak tu kasi sejuk sikit.

orang puan ni time tengah menggelegak tu hang kena taruk ais teruih.
sebab kalau tak, dia akan terus menggelegak.
kalau hang tak taruk ais dgn kadar segera, air tu evaporate dan keringlah.
(hangpa belajaq sains kan)

bila dah kering tu.
hang toksah dahlah mengharap apaapa.
sebab dia takkan kisah dah.

usaha hang tu bukti yang hang pikiaq pasai dia.
yang hang kisah apa yang dia rasa harihari.

orang puan.
hati tu lebih dari otak.
emosi tu yang buatkan dia di panggil perempuan.

hangpa yang tak kawin atau baru kawin.
belajarlah untuk suap hati isteri hangpa dengan manja.
dengan hangpa ja depa nak manja.
mak pak dah takdak nak manja sebab depa dah lepaih dah.
isteri hangpa hanya ada hangpa, sepenuhnya.
dia dah lepas terus dari mak pak dia.

suaplah dengan kasih sayang, perhatian dan kemanjaan.
and i promise you, dia akan automatik akan bagi segalanya kat hangpa.

punca orang puan adalah hati.

berkisahlah dengan hatinya.
dan dia akan berkisah tentangmu dengan Tuhannya.


No comments:

Post a Comment