where books take me

where books take me

Monday, May 12, 2014

kau mahu? kau tanggung.


biasanya apa yang kita pilih itu bukan hanya satu.
datangnya ia bersama yang lain.
yang nyata dan tidak.
yang nampak dan tersorok.
yang biasa dan yang tidak biasa.
mungkin luarbiasa.

demi Allah, aku cuba.
cuba dan cuba.
setiap kali dan setiap masa.
dan demi Allah, perit aku telan.
sampai kadang rasa seksa dengan rasa perit itu.
dek kerana terlalu biasa.

hari ini.
aku cuba lagi.
kali ini lebih serius.
ya, aku cuba pandang sebelah mata.
biar hati tak terseksa.
kurang rasa ambil berat itu.
biar kurang rasa sakit.

biar adil pada hati.
aku cuba.
sebab aku tahu aku tak mahu lepaskan.
sebab aku mahu.
jadi aku tanggung.
biarlah.
aku redhakan.
aku kurang pedulikan.
harap tidak sampai sempadan.
jangan sampai tawar, aku minta.
muhun jangan.

hati aku kuat.
aku tahu.

senyum.
redha.
tenang.