where books take me

where books take me

Saturday, October 4, 2014

sendiri

 
sendiri
 
 
beban dalam jiwa biar terungkai
jangan biar dimamah waktu
kelak busuk berkulat
takkan mudah dipadam
 
lepaskan
perlahan dan terang
biarpun perit sekejap
sempit dan suram bakal pergi
 
ingatkan pada hati
bahagia dan senyum pernah mengisi
cuma ada waktu perlu akur pada sepi
biar pulih sendiri
 
 
pada waktu
ia bakal pulih dengan sendiri
 


Saturday, June 7, 2014

puisi.


buaian itu.
dulunya tempat aku berhayun.
merasai lajunya angin yang menerpa pipi.
merasai degup jantung muda yang mencabar hari.

dulunya tempat aku berdendang.
meluahkan rasa sepi dan gundah yang mencari.
menyanyi-nyanyikan rasa cinta dan puji.

dulunya tempat aku bersedih.
menakup muka dan menangisi setiap luka dihati.
menjadi tempat aku meredhai semua yang terjadi.

buaian itu.
tempatnya lapang mendakap langit.
permai dan penuh puisi.
berlagu dan berseri.

bagaimana kalau aku biarkan ia usang?
biarkan kalau ada angin kencang bawa ia pergi?
biarkan andai ada ombak tinggi menghampiri?


Monday, May 12, 2014

kau mahu? kau tanggung.


biasanya apa yang kita pilih itu bukan hanya satu.
datangnya ia bersama yang lain.
yang nyata dan tidak.
yang nampak dan tersorok.
yang biasa dan yang tidak biasa.
mungkin luarbiasa.

demi Allah, aku cuba.
cuba dan cuba.
setiap kali dan setiap masa.
dan demi Allah, perit aku telan.
sampai kadang rasa seksa dengan rasa perit itu.
dek kerana terlalu biasa.

hari ini.
aku cuba lagi.
kali ini lebih serius.
ya, aku cuba pandang sebelah mata.
biar hati tak terseksa.
kurang rasa ambil berat itu.
biar kurang rasa sakit.

biar adil pada hati.
aku cuba.
sebab aku tahu aku tak mahu lepaskan.
sebab aku mahu.
jadi aku tanggung.
biarlah.
aku redhakan.
aku kurang pedulikan.
harap tidak sampai sempadan.
jangan sampai tawar, aku minta.
muhun jangan.

hati aku kuat.
aku tahu.

senyum.
redha.
tenang.


Monday, April 21, 2014

layu.


nota lagu yang bermain di otak.
seperti menitis bersama air mata.

mencari segenap rasa tenang.
mencari segenap rasa terang.

impian tak setara.
impian aku seperti dibawa angin, kadangkadang berubah arah dari yang asal.

impian mereka menggantikan tempat.
mencanting mimpi yang mereka inginkan.

saat ini aku masih cuba mencari identiti diri ketika berpijak dibumi.

langkah yang mana harus aku gagahi?

Wednesday, April 16, 2014

stalk.


kau stalk aku.
kau stalk aku.

aku stalk kau.
aku stalk kau.

ada senyum, ada gembira.
kadang ada luka.

perlu?
remeh?

bagi aku ia natural.

tanpa sedar.

shows my priorities.

aku best friend aku.
aku stalk adik aku.
aku stalk abang aku.

doesn't it shows how much i love them and wants to know their daily routines.
or maybe something new happening without me knowing.

so, bagi aku, stalk itu tanda sayang.

fin.


Sunday, April 13, 2014

list.


what kind of list?
i mean, out of the blue?

well, im an adventurous kid at heart.

here goes nothing..

1. bungee jump.
2. riding an ATV.
3. wall climbing.
4. white water rafting.
5. paragliding.
6. riding a jetski.
7. abseiling.
8. (this might sound crazy...but, i want to try it out despite the outcome..) roller coaster.

there will be more...
hoping that i could do it all before my body is reversing growth.

thirsty for adventure.
first, i need money, so, study hard sakinah!
it'll pay off your expensive day dreams!

Wednesday, April 2, 2014

kering.


dah lama rasa tak membaca.
hobi entah hilang ke mana.
tak sempat nak menghidu enak bau helaian baru.

banyak berharap pada alam maya.

bila entah bakal sempat aku kembali mencari inspirasi baru.
perlu dan perlu.

kerana itu aku rasa kering dan kontang tanpa ideaidea baru.
sedih pun tak terucap.
gembira tak terluah.
yang ditengah masih dikatup kaku.

otak penuh dunia.
*geleng kepala.


Thursday, March 20, 2014

Perakam.


umur.

Allah.

Aku inginkan perakam.

Agar aku bisa putarkan semula saatsaat indah dan ceria bahagia bersama mereka.

Allah.

Aku inginkan perakam.

Agar aku bisa mendengarkan tawa riang mereka saat aku tertekan oleh sang dunia.

Allah.

Aku inginkan perakam.

Agar aku bisa nikmati semula perasaan cinta dan sayangku ini pada mereka.

Allah.

Aku inginkan perakam.

Biar hati tak layu terlalu, biar hati tak gundah selalu, biar diri ditenang bayu.

Dek kenangan terindah bersama mereka.

Allah.

Aku inginkan perakam.

Kerana masa yang kesuntukan untuk bersama mereka seperti saat ini.

Aku takut aku bakal rindu yang terlalu.

:'(



Friday, March 7, 2014

adil?


kalau aku sendiri tak berjaya nak jadi adil dengan kawan2 aku.
apatah lagi lelaki yang kawin empat!

masih lagi tersepit dicelah.

kali ini kisahnya terbalik.

pertama : aku terharu sebab ada orang yang nak selfish tentang aku.
kedua : tapi mungkin perlu untuk selfish itu kena pada waktu dan situasinya.

dan yang terakhir : aku terharu sebab aku masih punya mereka yang memahami dan terima aku seadanya. walau aku pernah lukakan mereka.

kalaulah bisanya aku tinggalkan yang seorang kerana seorang yang lain.
bisa sekejap aku tinggalkan keduanya untuk keluarga aku.

lebih dari orang lain, aku lebih perlukan mereka.
bonda dan ayahanda.

mama aku selalu jeles bila aku suka sembang dengan ayah.
sebab ayah dengan aku lebih 'klik' sikit bab sembang.

ayah aku pulak selalu jeles bila aku selalu urut mama.
sebab mama cepat sakitsakit badan dan cepat letih berbanding ayah.

akan tetapi, masih lagi keduanya menerima aku seadanya.
give and take.
ada waktu ayah redha aje, esokesok dia akan minta diurutkan.
dan ada waktu mama buat aku sembang dengan dia, biarpun cuma dalam kereta.
dan ada juga waktu, mereka biar aku rehat dari dunia penuh dunia ini.

kalau benar sayang, akan ada waktu jeles.
kalau benar sayang, akan ada waktu faham.
kalau benar sayang, akan ada waktu untuk tak pentingkan diri.

fin.

Monday, March 3, 2014

dalam senyuman.


setiap manusia punya alasan atau sebab untuk jadi diri sendiri.
diri sendiri yang gedik.
yang mengada.
yang serius.
yang terlalu bebas.
yang terlalu skema.

kerana manusia tercipta dengan pengaruh alam sekeliling.

sekarang aku tau kenapa aku tak suka telefon orang.
dan tak berapa suka bercakap lama-lama.
dan tak berapa reti nak bermanja atau sekadar bersosial dalam telefon.

dalam senyuman itu ada perit.
dalam senyuman itu ada rahsia.
dalam senyuman itu ada sesuatu yang tersembunyi.

kau takkan tahu.
sehingga kau kenal seseorang itu sebenarbenarnya.

fin.

Tuesday, February 25, 2014

pecah.


lorong satu :
kau jalan straight, boleh take time.
takdak bengkangbengkok.
go straight no belokbelok.

lorong dua :
kau jalan ikut hati.
taktau samaada straight ka dak.
aku pun taktau.
kalau take time, aku taktau apa jadi.

lorong tiga :
jalan mati.
sama ada duduk situ diamdiam.
atau kau patah balik tapak mula.


aaaAApa niii??

aku ibaratkan loronglorong ni macam diri sendiri yang menjalani satu hari.

ya, satu hari.

sama ada kau bergerak.
atau kau duduk diam.

sama ada kau ikut akal.
atau ikut hati.

sama ada kau nak ada masa.
atau kau takada masa.

sama ada kau pilih kosong atau berisi.

dan sama ada kau pilih untuk berani.
atau lari dari realiti.

fin.

Saturday, February 1, 2014

buruk. gemuk. pendek.


sempurnanya kita pada manusia ditetapkan oleh aturan siapa?

aku kata dia gemuk.

kau kata dia kurus.

aku kata dia cantik.

kau kata dia perasan cantik.

hai manusia (termasuk aku)

senangnya kau melabel manusia lain dengan sebaris maksud.

apa kau sempurna?

apa kau lebih baik dari dia?


Wednesday, January 22, 2014

Langkah pertama : Persediaan.


rasa macam nak menghantukkan kepala ke dinding.
bilamana ada satu aura dan kuasa yang memberi signal untuk dia 'grow up' hari ini.

sememangnya hamba Allah bernama Nur Sakinah ini sangat 'last minute' orangnya.
persediaan mental tu memang dah ada, insyaAllah, sebab Nur Sakinah ni memang suka surprise.
dan kebiasaanya suka mental control diri sendiri dengan : 

belasah aahh!!!
dushgedebushhhh dia akan bagi.
karate, taek won do ke, capoera ke.

di kasi 'blender' sampai ke titisan terakhir.



Tapi.

bilamana Nur Sakinah ni suka buat mental preparation, knowledge preparation dia halus2 dibawa pergi oleh angin.
lupa.
alpa.
sambil lewa.
ketara.

gila.
dia akan kecewa tahap dewa.
hampa dan ternoda.

oleh sebab dengan itu.
dia rasa macam ada aura yang menumbuk-numbuk di gegendang telinga.

bersedia bukan hanya bagai angin sepoisepoi bahasa melayu.
senang dan mudah.

tapi perlu bagai angin kencang monsun barat daya dari hujung dan tepi kiri bahasa arab.
lengkap dan berseni.

jadi.
Nur Sakinah.
bersedialah hendaknya.
untuk biar dunia lihat kau bukan kau semata.
tapi bersama ilmu didada.

kurniaanNya.
milikNya.

gunakanlah sebaiknya.
wahai 'cahaya ketenangan'.
insyaAllah kau boleh.

langkah satu ini bakal bawa kau ke langkah2 simpang siur onak duri bisa dan racun di hadapan.

best of luck!

May Allah ease this journey.
and may Allah bless us and everything.

fin.

Monday, January 13, 2014

Kasih sayang.


Setiap manusia bernama dewasa pasti ada terselit sedikit sesal dalam setiap pilihannya.

"Ya, mungkin jika aku memilih yng sebaliknya dari yang itu,
hidupku mungkin tak akan sama dari sekarang."

:'(

Menjadi dewasa itu bukan mudah.

Tapi apa yang dipilih itu seharusnya yang terbaik untuk kita jika kita percaya itu adalah ketentuanNya.

Jadi,

perlu dan perlu,

setiap keputusan yang kita buat itu adalah 

'Kerana Allah'.

'Lillahi Taala'.



Jujur diri ini lemah dan tak terdaya dengan setiap ujian dariNya.

Aku akur atas setiapnya.

Kerana setiapnya mengajar aku makna yang lebih besar dan terindah.

:')


*kesat hingus

Syukurku Allah masih beri kesempatan untuk aku kembali berfikir tentang setiap yang terjadi.

Biar perit kadang aku fikirkan.

Biar.

Itu adalah cara Allah menunjukkan kasih sayangNya untuk hambaNya yang sering alpa dan hanyut dengan dunia.


Moga Allah Redha.

fin.

Wednesday, January 1, 2014

ice cold.


pujuk hati sendiri.

pujuk supaya bersangka baik.

takpe.

semua ni sementara aje.

kan.

kau dah biasa kan.

kan sayang?

sat ja pedih tu.

tak makan teruih pun hati tu.





moga kau tabah wahai hati.

taktahulah bagaimana untuk aku hadapi benda ni sepanjang hidup.
mampu?

*nangesbawahbantal