where books take me

where books take me

Tuesday, December 31, 2013

langkah lagi.


two zero one four.

esok bakal menyambut sang tahun yang baru.
dah bersedia?

aku?
hurm...

semalam terima berita baik dari mama.
Alhamdulillah.
Praise to Allah.
Allah Maha Pemurah.
namun, Allah sertakan dengan ujian yang lebih besar.
Moga Allah bantu.

positif!
doa!

sejakduamenjaktigamenjak ni,
aku terlalu occupied dengan banyak benda.
dan semuanya bersambung ke tahun depan.

apa yang aku nampak, tahun depan bakal sibuk macam orang gila.

gila tak gila.

aku sendiri pun raguragu jugak.
mampu dak ni nak tempuh semua ni?

tapi.
aku duk nampak nak hadiahkan usahausaha aku ni untuk mak ayah.
so, memang nak tempuh dengan full speed and effort.

cuba lah.
macam biasalah, trademark aku : pakai belasah je.
kawankawan aku pulak makin maju.
satupersatu.
seorangdemiseorang.

aku gembira bilamana deme gembira.
suka tahap maksima.
Alhamdulillah atas setiapnya.
dan setiapnya itu jadi inspirasi aku.
hampalah inspirasi cheq.
:D

sebenarnya, nerves tunggu saat busy itu tiba.
tak pernah segalanya lenyap dari otak.
duk terpikiaq 24 jam.

semoga Allah permudahkan segalanya.
untuk aku dan sahabatsahabat aku.
aku nak grad dengan deme jugak!
tak kira!


bila baca balik entri ni setahun yang lalu.
aku ahmpir capai semua.
Alhamdulillah.
kuasa Allah semuanya.
dengan izinNya.

cuma ada satu : ke Borneo with abg yoep.

simpanlah kutkut tahun ni dapat.
insyaAllah ameenn.

ape wishlist tahun ni?

1. tamatkan final year project dengan flying colours dan lebih banyak ilmu.
2. cgpa above 3.40 lagi! (naik sesikit pun jadilah, asalkan improve setiap sem)
3. holiday jejauh sikit dengan team rare, make more memories with them!!  :D
4. family holiday!
5. more and more books~!
6. more wardrobe makeover.
7. improve amalan lagi! 
8. meet bendy and neddy lagi!
9. more memories with en.L sebelum berpisah untuk LI. :(
10. for all these to come true! insyaAllah ameenn... :)

Fighting~!

may Allah ease everything... :)

langkah satu per satu.

fin.

Saturday, December 21, 2013

dulu.


benar.
manusia itu sentiasa berubah.

tapi berubah kerana apa?

keadaan sekeliling.

kita....
pasti merindukan sesuatu yang dulu.
yang pernah terjadi.
yang pernah berlaku.

ya,
aku suka sekarang.
tapi.
aku masih merindukan yang dulu.

mungkin kerana yang sekarang bukan lagi random.
atau yang tak terancang.

saat itu, aku masih lagi mengenali.
setiap yang terjadi masih baru bagi aku.

yang dulu mungkin lebih banyak makna yang tibatiba.
makna yang terbit dari yang tak disangka.

yang manis.
yang indah.
yang puitis.

aku masih merindukannya.

fin.

Saturday, December 14, 2013

menjadi lilin.


lupanya sang mulut.
apa yang dikatakan semalam.

benar kata orang.
percaya itu sementara.

akan terbongkar yang nyata.
bukan yang pernah dinyata.

kau tahu?
banyak mana kita boleh jamin?
bahawa apa yang aku kata harini adalah sama akan esok hari?

janji.
penuh rasa dan perasaan.
penuh yakin.

olah.
 dan olah.
 dan olah lagi.
sampai satu hari, aku takkan kenal diri aku lagi.

alahai manusia.
janganlah bergantung pada kata semata.

doa itulah senjatamu.

Tuesday, December 10, 2013

over-written.


untuk memahami manusia itu sukar.
kerana cara kita memahami dan realiti itu sendiri adalah berbeza.

yang aku nampak, salah dia.
dan yang dia nampak salah aku.

and we are so alike.

redha dah aku.
biarlah.
keputusan kau tergantung.
keputusan aku pun tergantung.

sampai masa.
elok juga nanti.
kebiasaannya begitu.
kan.

moga Allah jaga kau.
ameenn.

*melankolia dari jauh

Friday, December 6, 2013

memori sang crazy dan awesome.


pejam celik, dah tamat program penuh derita dan gumbira.

tajuk program "CRAZY", jadi wajiblah orangorang kuat program pun turut sama crazy.
kan?

dalam samarsamar mula dulu macam jaditakjadi je program ni.
sebab semuanya orang baru yang tak pernah nak handle program bagai.

termasuklah #teamrare sendiri.
tapi aku bangga dengan mereka.
terharu tahap petala kelapan.
tambah pulak aku makin banyak kenangan baru dengan mereka sebelum tamat pengajian nanti.
*k ayat tacing gilaa

ayat bese : cepatlaah habis program nii..
sekarang : rinduuu hoiii~!

muhun putarkan balik masa....

the crew with Mejar (Dr.) Faiz Khaleed

First day 11.11.2013
program berjalan lancar je, cuma adalah part manusiamanusia ignorant tahap petala kesepuluh.
pendaftaran je la yang kelam kabut sikit.
haihh.

then tetiba pengarah mintak bantuan unit acara untuk tarik crowd dekat depan canseleri.

hari tu jugakla buat dam ular besaq bagai, keluar idea nak buat bidding tiket night safari sume.
last minute pun alhamdulillah berjaya jugak tarik crowd untuk harihari seterusnya tu.
tetapi, still lagi penjual tak puas hati.
err..krikk krikk krikk lah kan, sape suruh jual mahal.
mentangmentang yang handle ni student sepenuhnya.
ditindas secara terang.

takpe beb, hidup ada cabaran baru penuh makna.

Second day pun okieokie saje.
crowd pun dah okie, cume malam tu, last minit lagi, pengarah mintak tarik crowd jugak.
penjual masih lagi tak puas hati sebab takde orang nak beli barang deme.

pulunlah kami cari solusi dengan team kebudayaan.
dan berjayalah juga hendaknya, malam tu street band performance tepi library.
ramai jugak yang datang memenuhi kawasan depan canseleri tu.

the day ended very well walaupun unit acara tak mandi dari 7 pagi sampai 1 pagi.

Third day 13.11.2013
hari keramat bagi aku personally.
pertama kali handle program secara official.
pagi tu baru tahu tukar tempat, kelam kabut bagitau semua orang, macam marathon lari kehulur kehilir.

tapi pagi tu time ceramah ibu tunggal, okie je zati handle.
pakatpakat saling bantumembantu dengan unit lain.

tiba time ceramah inovasi, aku jadi tak tentua arah.
takut mike tak cukup.
takut tak boleh kawal crowd.
takut pendaftaran jadi macam first day.
takut dr.faiz sendiri tak nak teruskan if ade yang tak terkawal nanti.
segala macam takut.

semuanyaaaa last minit.

tapi dengan bantuan #teamrare yang sangat sepakat dan takde masalah komunikasi.
unit acara yang sedia dan setia disisi.
bantuan unit protokol, PC, makanan, multimedia.
serius, aku cuma mintak tolong, hampa terus buat tanpa berlengah lagi.
terharu tahap petala ke seratus beb~!

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

semua berjalan lancar je.
even dr.faiz pun kata semuanya okie, especially timing.
elokelok pukul 6 dia dah boleh balik.


sang penyelamat : moderator yang sudik sesudiksudiknya tolong aku hari tu.
siap prektis bincang apa suma beberapa hari sebelum.
*tabik hormat

petang tu ada senamrobik.
pun last minit.
dan meriah beb~!
serius.
dengan coach aerobik tu pun eksaited.
crazy terus.
haha.

malam tu team acara handle kajian sains dari perspektif al-quran dekat masjid.
alhamdulillah mendapat sambutan.
:)

esok tu 14.11.2013.
pukul 7.45 dah terpacak dalam kompleks sukan.
sebab my crazy idea nak start.
bebudak uni punye pertandingan, so, kena datang extra awal.
sebab deme memang semangat.
hadiah lumayan kan.

alhamdulillah semuanya ok.

yang tak oknye, masih penjual dekat ekspo.
macammacam ragam.
mentangmentang ketua unit pameran ni kurus keding je.
main serangserang gitu.
tak profesional langsung.

dakpe.
"Bersama Mugi kita tempuhi!"
yeahh~!

majlis penutup pun berjalan lancar dengan jayanya.
unit protokol buat sume.
memang tebaikkk~!
belon la paling osemm, sebab personally tak pernah pegang belon nitrogen banyak tu.
*k, pegang tali je k. kire pegang jugakla tu.hehe
siap kena puji baekk punya dari VIP yang datang tu.
osemm.
slack tu sikit ja.
takpa.
hampa dah osemm gilos.
serius~!
:D

all in all.
semuanya osemm.
time dah habis sume pun pulun kemas balik.
tolong menolong n gotong royong.
<3 <3 <3

akan merindui semua itu.

the whole lot.

may the coming 'My Crazy Idea For The Nation' will be more successful than this.
and may it be an annual event awaited by all educational institutes around Malaysia.

:)

last but not least,



my awesome team acara.
we are terribly crazily awesome.
hamekk~!
like seriusly, susah nak jumpe satu unit yang bekerja dengan sehati sejiwa segila macam ni.
haha

and.
just me and dr.faiz before he went back.


thanks a lot to everyone who helped our team along the way.
it was an awesome and crazy gila punya experience.
like seriously.

may Allah bless us all.

:)

fin.

Tuesday, December 3, 2013

kenapa sticky notes?


hihuu.

takde bende sangat pun.

sekadar mencari medium untuk meluah rasa.

medium untuk mencoretkan pendapat.

peringatan.


secara realitinya, aku guna bersama roomate tercinta.

saat musim test dan program yang menimbun.

sehinggakan tak sempat berjumpa.

sehinggakan tak sempat bertanya khabar sekalipun.

kami akan tinggalkan sedikit jejak.

mengingatkan perihal makan, rindu, dan katakata semangat.

biar kadang hal dunia banyak memisahkan kami.

masih sempat unutk saling mengerti dan mengambil berat.


sticky notes tu murah dan simple.

tak perlu ada artistik value yang keterlaluan.

hanya perlu tulis dengan penuh jujur.

lekatlah dimana kau mahu.


asalkan bahagia dan lega.


Sunday, December 1, 2013

bawa lari.


terima kasih sang hati.
kau bawa aku terbang tinggi.
lebih awan.
lebih bulan.
malah bintang.

tapi sampai satu masa.
kau akan bawa aku jatuh meniarap menghempap bumi.
mencari sudut andai ada hatihati lain yang faham kala itu.

lebih bisa dari biasa.
dan aku tak pernah alami.
sampaikan tak mampu menjerit kata sakit.
tak mampu menangis kata sedih.

oh hati.
jangan bersedih.
kau sudah cukup kuat hingga tahap ini.
biar kini otak mencari simpati.

dekat, tapi terasa jauh beribu batu.
andai aku tiada disitu.
aku takkan tahu rasanya.

terima kasih sang hati.
jangan risau.
aku akan bawa kau lari.