where books take me

where books take me

Friday, August 30, 2013

Dear You.


Dear you,

This is something for you.

Only you and no one else.

I picture us together in the future.

Its not something I imagine with anybody else.

I live with my own principles and sometimes i over rule it.

More often I forgot about it when I get emotional or angry.

Remind me if I did like you always do.


'It's you, and no one else.'





Know this, 

Dear you,

All these is happening because YOU mean something to me.

:)




Thursday, August 29, 2013

ucapan.


susah pada mulanya.

ucapan itu tersekat ditekak, tidak bergerak.

langsung tersimpan, pendam dan diam.

sekali terucap, merah padam, susah hilang.

tak tentu arah.


makin senang terucap, dan makin kerap.

namun, bak katanya,

'tanpa perlu diucap sekalipun, kita tahu faktanya'.

senyum dan doa.

terima kasih. :')

saling melengkapi.


genap seminggu kembali ke ump.
homesick masih membuakbuak.
tapi tak terasa sangat, sebab bakal pulang sebentar lusa nanti.

disini menerjah alam dewasa bersama 2 orang sahabat dan kenalankenalan baru.
makan tidur gelak penat resah gelisah gembira bahagia bersama.
mencari sedikit ilmu dalam mengorbankan masa dan wang serta tenaga.

dalam pada harihari bosan yang penuh dengan 'pakai belasah je'.
terselit momenmomen baru dan lebih intim bersama 2 sahabat itu.

ya, aku masih yang ditengah, diam dan menyelit kala merepekku sampai.
yang penting, mereka lebih merepek dari aku.
aku yang bosan ini pun sekarang lebih merepek dari mereka berdua.
kami 'rare' penuh dengan insideninsiden 'rare'.

memang 'rare'.

tapi, bagi aku, apa yang lebih 'rare' disini adalah isu 'menjadi diri sendiri'.
masingmasing punya karakter dan tabiat.
berbeza dan tanpa sempadan.

kelebihan dan kekurangan masingmasing.
TETAPI...!

SALING MELENGKAPI. :)

yang bisa spontan dan menjadikan sesuatu yang serius jadi enjoy dengan mudah.
yang bisa terus terang dan bercakap 'like a boss' dengan tak kira siapa.
yang bisa bertanya dan menebalkan muka dengan wajah blur tapi comel. kbai.

penemuan baru?
kecintaan baru?

:)
<3

Wednesday, August 21, 2013

happier.


when eyes are locked.
with a smile so true.
with hope and dreams.

lies a thousand other things.

but above all, was one feeling.
and we felt it.

having someone who tries hard to make me happy.
i am a person who will try harder to make you happier.


guane kome?


kalau semalam aku susah nak tidur.
penangan 'the conjuring'.

hari aku keluhkesah dalam dilema.
penangan 'keluarga atau diri'.

semua tanya bila aku balik uni.
dalam pada masa yang sama masingmasing merancang seperti aku takkan pulang ke uni.

dan aku terjerat dek berjanji menanam tanggungjawab di sebelah sana.
otak : buntu.

rencana demi rencana.
macam mana nak cerita, nak cakap, nak tolak.

nak rancang, nak balik, keluar duit.
nak pujuk dan bagi faham.
dan sewaktu dengannya.

aku ni payah sikit kalau berjanji.
kadangkadang orang tu pakai cakap aje, bukannya betulbetul pun.
tapi aku dah amik port, siap rancang dalam otak.
dan bila tak jadi, takdak plan B.
tu memang aku.

.dush sebijik.

takpa lah, kita kena carik jalan lain, jalan susah sikitlah.
takpa, niat betul, Allah bantu.
insyaAllah orang lain akan faham.

tapi.
masalahnya.
aku dah buat keputusan.
tapi masih 50-50.

ate?
guane?

Monday, August 19, 2013

titipan hari ini.


menerjah ke laman sosial dan blog-blog kalian.

terbit rasa rendah diri.

bagai kecilnya sang semut memandang sang pokok yang gagah berdiri.

perihal itu cuba diteliti dalam-dalam.

ya, mereka kelihatan sempurna serba-serbi.

aku?

masih terkapai-kapai mencari sedikit persepsi.

'lari niat dah tu. kau nak tunjuk kat siapa?'.

bukan.

bukan untuk tunjuk pada sesiapa.

cuma dengan rasa itu, ada kemajuan.

ada perubahan.

bukan bosan atau sekadar cemburu.

cuma mahukan pembaikan.

boleh diambil kira sebagai model/idola.

sedikit sebanyak, berpada-pada.

biar ada yang tidak menghargainya, asalkan kita sendiri dapat merasa perubahan itu.

kesannya biar positif.

bukan hanya pada empunya diri, tapi pada sekelilingnya.

insyaAllah.

yang terbaik buat kita.


Wednesday, August 14, 2013

broken guitar. --heebeestory1--


late night and i'm fully awake.

i'm broken.

one of my string is broken.

and my owner has no money to fix me.

besides, i'm to old to be used.

my place is inside this tiny storage.

along with my friends.

i used to have this awesome good drum friend.

he really rocks the crowd with his awesome harmony of rhythms.

i used to play with him.

we do have this awesome chemistry together.

he accepts me even thou i am broken.

playing with only 4 strings sounds funny but he liked me anyway.

but you see, the world doesn't go your way.

i knew he will go to more awesome places than this mini instrumental shop.

so, i'm letting him go even thou he wanted to stay.

he deserves a rock star band who can make him look good and enhance his potential.

and the crowd loves him too.

i know he'll be great.

he'll be more awesome out there.

i will always support him from afar.

--heebeestory--

Friday, August 9, 2013

1 Syawal itu.


Pagi itu dalam mode 'senyap'.
Kurang bercakap dan banyak senyum.
Senyum dan diam.
Hati yang sentiasa dibalik-balik dengan gundah.
Aku rindu saat menyambut Syawal dengan arwah Atah dan Atuk.
Dua insan yang paling rapat selain Mama dan Ayah.

Sejak pemergian mereka, Syawal semakin senyap.

Ziarah pada pagi itu penuh dengan sebak.
Bacaan surah Yaasin diketuai oleh adik lelakiku menambahkan lagi sebak.
Ketika melangkah meninggalkan Tapak Perkuburan, aku lihat sekeliling.
'Semoga ziarah ini sentiasa mengingatkan aku tentang mati. Disini juga tempatku suatu hari nanti.'

Selepas ziarah kubur arwah Atah dan Atuk, sesak di Pekan Perit.
Seperti Hari Raya tahun-tahun sebelum, pekan kecil Parit ini akan sesak dengan kereta dari seluruh Malaysia.

Dan dalam kesesakan itu, kami berhenti berdekatan sebuah ladang getah.
Aku lihat seorang pakcik tua, sedang meringkuk membenamkan muka dalam peluk kakinya.
Melepaskan lelah dalam bekerja, walau pada hari Raya pertama.
Sebotol air kosong dalam botol usang menemaninya bersama topi kebun dan kereta sorong hijau tua.

Allah.

Dan sejenak dalam sesak itu, berhenti pula di depan sebuah 'bus stop' kecil.
Seorang abang lingkungan 30-an sedang duduk berehat sambil melihat kereta yang lalu lalang.
Dihadapannya sebuah lori 'ais' kecil yang pintunya masih terbuka.
Peluhnya dilap dengan kain yang memeluk dibahu.
Sekilas dia tersenyum, melihat gelagat kanak-kanak yang turut berada di situ, sedang berlari-lari anak lengkap berbaju raya.

Ya, mungkin apa yang aku lihat ini apa yang cuma aku yang nampak.
Realitinya mungkin berbeza.
Tapi, yang pasti, ini yang Allah bagi aku lihat dan rasa.

Peringatan untuk diri sendiri yang sering alpa, supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki dariNya.
Setiap nafas dan kurniaanNya.

Ini baru di sini.
Belum lagi yang sedang di uji dengan kekejaman tanpa belas kasihan.
Sama-samalah kita bersyukur kepadaNya di setiap masa.
Dan mendoakan mereka yang memerlukan doa-doa para muslim seluruh dunia.

Sekian cerita satu Syawal.
AsSalamuAlaykum.


Wednesday, August 7, 2013

Perit.


"keindahan hari itu lengkap kerana rasa syukur kepada Dia."

lemahnya aku hari ini, membilang waktu maghrib.
bulan yang bakal ditinggalkan.
perit.

biarpun insan ini tiada lengkap dalam amalannya.
tercela di merata-rata.

sungguh dari jiwa yang paling dalam, sedih terpuruk di sanubari.
lemahnya imanku sehingga takut.
takutkan hari-hari dimana aku bakal tewas dengan diri.

tunduk pada nafsu dan bisikan-bisikan duniawi.

istiqamah.

Lillahi Taala.

semoga aku kuat melawan arus dunia.
semoga niat tidak lari dari menghadap ke syurga.

Amin.