where books take me

where books take me

Thursday, July 25, 2013

aku tak senang.


aku perasan beberapa kawan aku berubah.
tak semesra dulu.
mungkin lebih berhati-hati dengan aku.

aku teringin tahu apa yang dikatakan oleh sahabat itu padamu.

salah besarkah ia?
pelikkah?
jelikkah?
berdosakah?

it seems like it is a huge matter.

bila teringat balik kata-kata kawan-kawan perihal itu.
aku jadi takut.
jadi sedih.

aku difitnahkah?
disangka burukkah?
atau ia cuma salah faham?

aku tak diberi peluang untuk menerangkannya.

jadi aku sedih melihatkan kerana ia kawanku berubah.
mungkin dari luanya sama.
tapi seperti ada ragu yang mengganggu.

aku ingin bersangka baik dengannya.
tapi memandangkan dia telah campak aku jauh dari hidupnya.
mencari sahabat yang sepuluh kali ganda lebih murni dariku.

aku jadi "entah.."

dan pada kalian.
aku tak minta kamu menjauhinya.
kamu sendiri nampak apa perihalnya.
aibnya yang aku sorok selama setahun.
tanpa perlu aku usik sedikit pun, terpampang untuk kalian lihat sendiri.

aku sendiri tidak sanggup melihatnya sebegitu.
aku diharung rasa bersalah.
tapi tak lut.
sudah lama perkara itu berlanjutan, tiada yang berubah.
malah en.ego memakan dirinya sehingga aku dicampak jauh.

terus lupa dengan kata 'sahabat'.

mulanya aku redha, biar aku yang bawa diri.
biar aku yang dilihat hina.
tapi kalian nampak sendiri, menarik aku kembali.

padanya aku dilihat menang.
mungkin dia rasa tewas.

malah tewas dengan yang tidak setandingnya.
en.ego makin memakan dirinya sendiri.

dan aku, sehingga hari ini.
aku risau.
dan runsing dengan rahsia itu.
kerana perihal itu menampakkan perubahan pada kalian yang lain.

aku jadi tidak senang duduk.

jadi, pada kalian yang terbaca entri ini.
aku mohon kalian terangkan.
agar bisa diteruskan persahabatan.
tanpa ragu dan resah.

yong.

sweetness of sabr.


life is unfair.
and pain demands to be felt.

what feel right is sometimes not the best thing to do.
to do : endure, with patience.

ayah thought me that.

:)

reading john green's the fault in our stars made a great deal to me.
I've made a promise to myself : not to think a lot.

i did a lot of mistakes, for thinking to much.
i never want to face them again.

prevention is better than cure.

if i came across something, and it is not pleasant.
shut it off, sleep, and smile on the next day.

and. i. feel. better.

keep calm and move on.
have a nice day people.

Wednesday, July 17, 2013

hilangnya jujur.


jujur terhadap cinta.

istilah itu terlalu jelas.
setia yang disematkan dalam jiwa.
berintikan kasih sayang dan kepercayaan.

andai rasa hati sudah tak jujur.
tinggalkan tautan itu.
leraikan dengan perlahan.
biar pedih itu tak terlalu menyiksa raga.

aku sendiri pernah mengalaminya.
keadaan ditipu dan dusta dari sumber jiwa yang sangat dekat dihati.
mulanya seperti sembilu.
pedih.
kemudian ia jadi bara.
yang bisa meranapkan berderet rumah konkrit yang kukuh.

wahai lelaki.
kalaupun hati tidak selari.
berhentilah dahulu apa yang sudah dimulakan.
sebagaimana kau menjaga hatinya ketika sayang masih ada.
wujudkan satu kehormatan baginya.

tinggalkan dengan penuh hemah hati yang mudah pecah itu.

berikan hati itu satu durasi masa untuk pulih.
memangku semula diri yang jatuh.
meminjamkan kekuatan dari sekelilingnya.

sungguhpun hati kau sudah diganti baru.
perlahankan gerak itu.
bayangkan kau berada ditempatnya.

jangan kau tamak dan pentingkan diri.
biar adil baginya perpisahan dua jiwa itu kerana tidak serasi lagi.
tanyakan khabarnya.
cuba kuatkan mindanya.
biar secara lembut dia mengiakan realiti.
jangan kau rentap hatinya sehingga layu.

sedarlah wahai lelaki.
kami tidak sekuatmu.

ikhlas,
wanita.

Monday, July 15, 2013

coins.


some people are very detailed at certain things.

for example : coins.

they use new coins, instead of the old coins.

the old coins are sometimes too precious.

vintage and there might be a little bit of memory there.

they used the new coins, but when there is none, then, they will use the old coins.

some, keeps the new coins.

it is still shining and it feels new and precious somehow.

but some, they treat them the same.

old or new, they are just coins.

JUST COINS.

why bother?

but.

old or new, they are worth the same.

only people who appreciate will realize,

that the coins, made some difference in their life.

i am a coin.

i want to be worth to someone that appreciates me, eventhough i am only 1 sen.



selamat berpuasa people :)

Wednesday, July 10, 2013

kisah 1 Ramadan.


sahur :

"iya puasa betulbetul tau.
nak pahala tak ni?"
"naknak!
ye, nyanya.
iya puasa."
"okie!
balik sekolah nanti kite pegi bazar ye?
puasa tau~! "
"yellaaa.."

balik sekolah :

"tu dah kenapa muka monyok je ni?
ce senyum sikit, buruk benor."
"dahaga."
:(
"mmm.
nampakla yang adik nyanya ni puasa betul.
kejap je lagi.
tengok jam pukul berapa tu?"
"lima.
lagi dua jam."
"haa.
lagi dua jam je, pejam celik dah boleh buka.
sabar ye? 
tahan lapar dan dahaga, barula puasa namanya.
nak pahala tahan dahaga tak?"
"nak."
:|
"haa.
kejap je lagi okie?
balik, mandi, tidur kejap.
nanti kite pegi beli ayor cincau okie?"
angguk2*
(*balikbalik si kecik terus mandi, tertidur sekejap, 15 minit.)
(tak perlu kejut, tengahtengah bersiap tu si kecik ketuk pintu)

"nak pegi dah ke nyanya?"

*senyum, tak perlu kata apaapa.
jom cepat~!
dah lambat ni~!

dekat bazar :

"haa. 
nak ape ni?
dah dua kali pusing ni."
"tak tahu.
nak air je."
"air je?
taknak makan?"
"nak.
nyanya beli je lah."
"nak kebab tak?
sama dengan abang yop."
"nak lah.
dua."
*sengih
"haha.
okie."
:D

time berbuka :

"yeayyy~!
adik nyanya puasa penuh hari ni~!
cakap ape ni?"
"alhamdulillah."
:)
"alhamdulillah.
esok boleh puasa lagi~!"
:)
:)

*mendidik tu bukan mudah.
perlu dengan kelembutan dan penuh santun.
semoga adindaku berjaya dunia dan akhirat.
ameenn.


regret.


i was blinded by time.
blinded by the space i left to be occupied.

blinded by priorities i put above others.

being happy was all i wanted, nothing more.
but i was being rude to the path that brought me there.

to wish that the time could be rewind.
that is selfish.

but i know now.
that people have hearts that we will never understand.

there should be a little pain for a heart to be healed.
company was there to be with.
but they are not to wait once i let them for granted.

letting hearts that care for granted is cruel.
no one will understand.

they can cause massive heartache.

even fatal.

i'm afraid, that if i let go, it will turn away and never look back.

even though it will never be the same again.
i promise i will do better.

for the heart that cares.

p/s : i'm sorry for the past. sorry does not seem to put it back together. but at least i knew my wrong doings. 
i am truly sorry.

Monday, July 8, 2013

drive.


tak banyak benda heebee buat sejak cuti dua minggu lepas.

geng matriks datang haritu.
haru-biru sat rasa Ipoh tercinta dengan kehadiran mereka yang osem tu.
happy tahap petala kesepuluh.
hamekk hangg!

penat tu penat jugakla.
bukan penat ape, biasanya orang lain yang drive.
kali ni, stret 4 hari heebee drive siang malam.
perempuan ni bukan boleh tahan sangat stres dan penat ni kadangkadang.
meroyan jadinya.
fes time la jadi kat heebee.
kesian kat kawankawan.
tapi heebee cuba gak maintain.
demi kawankawan yang datang jauhjauh ni.
heebee yang ajak pulak tu kan.

fes time mama ayah kasi heebee drive malam.
rasa la kejap freedom macam orang dah kerja tu kan.
tapi scary jugak.
dahla bawak anak orang keluar.
hihu.
tapi agak tobatla bab drivedrive ni.
rindu kat ayah yang setia drive heebee pergi sekolah dari form 3-form5.
pagi bangun awal, sematamata hantar heebee yang sekolahnya terletak setengah jam dari rumah.
cuba bayangkan, sejam setiap pagi.
drive sahaja.
ayah heebee sangat osem kan?

korang hade?

rindu jugak kat shahli and kak tecik yang biasa drive kalau keluar kat Kuantan.
duadua pemandu litar hidden talent Sepang yang mungkin satu hari nanti lagi hebat dari Schumacher sendiri.
serius.
mereka berdua ni drive sangat laju and potongmemotong treler dan lori itu biasa
kejar kereta lain dan racing dengan kereta yang cucuk belakang.
scary jugak kadangkadang tu.
tapi mereka dua ni sangat cekap.
agaknya kalau ada test, mereka ni lagi cekap dari lelaki.
sape kata perempuan ni lembik.
huh.
heebee biasanya jadi co-pilot je, tolong tengok kereta and cari parking.
hihu.

rindu jugak kat inche L yang setia jadi driver heebee.
tolong hantar amik kalau naik and turun bas.
tolong hantar nasik bila kafe kolej kediaman tak bukak and time sakit.
drivekan heebee pi makan yang sesungguhnya selera heebee ni selera raja.
tapi, kalau dia drive, heebee mesti membebel kat sebelah.
taula bila lelaki dapat drive kereta.
manual pulak tu.
bahaya beb.
tapi sekarang dah ok dah sikit.
katanya sebab dah ada arm rest kat tengah.
yeke?
yelakot.

heebee suka drive.
seriously.
tapi heebee memang tak boleh drive kalau moody and tengah stres.
pernah hampir eksiden.
like seriously.

jadi, muhun sesapa yang perasan tu, halanglah heebee dari drive kalau masamasa tetentu tu ye.

membebel pasal drive ni kan,
heebee rasa nak saman je semua kereta yang tak suka/malas guna signal.
serius, kalau memang boleh saman, kaya heebee dah ni.
huh.
marah membara ni beb.
kalau susah sangat nak pakai signal, lain kali beli kereta without signal la.
aci?
membazir je pun kan, bukannya guna pun kan?
*ayat pegeheli habeh.
aci dak?
serius rasa nak langgar je keretakereta yang malas sangat nak guna signal ni.
blerghhh...

bebel banyak dah ni.
muhun semua drive dengan cermat okie?
*macam ramai je bace blog iolls ni haa.

kbai.



Sunday, July 7, 2013

ilmu fizik.


aku ibaratkan janji tu macam tulisan pen.
takkan boleh padam.

jika ada 'liquid paper', kesan dia tak cantik.
tak pun, kita pangkahpangkah, atau garis dengan pembaris.
tetap jadi tak cantik.
tak kemas.

pegang janji tu macam pegang duit.
sangat berharga.
bila kita ada duit, kita boleh samaada terima kepercayaan orang, atau buang kepercayaan orang.

dan.
kepercayaan itu bukan mudah nak didapatkan.

benda simple :
janji datang pukul 1,
agakagak perjalanan ambil masa setengah jam.
bertolak awal, 12.20 keluar rumah,
sampai 10 minit awal.
elokelok je, program pun start.
tak lama pun tunggu.
kalau malas tunggu, bertolak 12.30,
sampaisampai terus program.

takde buat orang menunggu kita.

senangkan?

benda simple 2 :
janji datang esok.
alihalih ada hal pulak, kawan lama ajak lepak, bukan selalu jumpa.
telefon, harini, cakap plan esok kene postponed, terus buat temu janji lain.
lusa contohnya.
takdela last minit bagitahu.
mana tau orang tu dah tolak semua temu janji dia dengan orang lain yang 'sama' penting macam kawan lama kita tu.

time is not only yours.

senangkan?

benda simple 3 :
janji nak beli kek untuk hari jadi kawan.
alihalih lupa.
serius lupa tahap petala ke sepuluh.
mintak maaf kat dia, sungguhsungguh punya mintak maaf.
*janganla hantar text je, komunikasi beb!
pi beli kek hat extra special pnya.
tanda kita nak ingat, tapi lumrah manusia, pelupa.
tambah pulak sweet, extra tu.

dua dalam satu.

senangkan?

aplikasikan konsep berjanji ni dengan diri sendiri.
korang semua hebathebat kan, bakal engineer doktor bagai.
hat fizik, kimia, thermo tu semua.
semua berkait.

apa kaitan fizik dengan janji?

entah.
aku pun taktau sebenarnya.
yang aku tau korang semua belajar tinggitinggi 4flat belaka.
takkan susah sangat nak tunaikan janji.

ketuk kepala sendiri.
aku pun dua kali lima.

respek kat korang yang sentiasa tepati janji.
serius osem~!

keep up!

p/s : ilmu fizik tu tak bawa kemana, kalau dengan masa pun aku tak hormati.

.dushh kena sekali kat diri sendiri.



Friday, July 5, 2013

bagai tiada jarak masa.



it was too memorable.
that i even prayed for the time to stop.

ned : perasan tak, kite jumpe ni, takde macam dah 3 tahun tak jumpa?

rapat sangat, sampai takde rase 'awkward' atau segan.
jumpa-jumpa, terus gelak tak ingat dunia.
macam 4 tahun dulu.
masih sama.
masing-masing tak berubah.

:)

may our friendship lasts till the end of time.
ameenn..

<3

heebee is happy.
feeling content.