where books take me

where books take me

Sunday, April 28, 2013

echo.


"my thoughts will echo your name.
until I see you again."

--Taylor Swift


Tuesday, April 23, 2013

bersama.




mereka.
yang tanpa suara mereka tahu aku punya masalah.
yang tanpa suara mereka tahu aku sedang bendera merah.
yang tanpa suara mereka tahu aku sedang keluh-kesah.
yang tanpa suara mereka tahu aku sedang bahagia.
yang tanpa suara mereka tahu aku sedang apa-apa sahaja.

mereka.
yang bersama dikala sedih, resah, keliru, marah, geram, lelah, gembira, suka, ceria, ketawa dan bahagia.
hampir apa sahaja rasa dan emosi.
tanpa suara juga kami bisa hidu.


Ukhuwah fillah abadan abada.

:D

heebee sayang ampa, serius tak tipu~!
<3

perempuan: luah yang tak selari dengan otak.


"takde ape.."
dan
"ntahlah awak, banyak sangat nak cakap, tapi nanti takut awak rimas, saya ni sensitif dan kuat merepek."

"yelatuu.."
dan
"saya perlukan penjelasan lebih dari itu, saya kurang yakin dengan apa yang awak cakap."

"untunglah kan......."
dan
"tanpa saya disitu, mungkin lebih menyeronokkan, kfainn, tak perlu saya pun takpe kut."

":)."
dan
"tolong senyum balik kat saya, sekian."

":(."
dan
"rindu, tolong buat saya senyum, sekian."

"kerepot, ngengada dan busuk.."
dan
"i adore you, silly."

perempuan itu subjektif, anda takkan faham mereka sampai bila-bila.
mereka pun tak faham dengan diri sendiri.
head-to-toe.
mind-to-heart.

"women are too complicated,
that they even need someone to listen to them, when they are completely silent."
--heebee



penakut yang penat.


kadang itu lenguh, penat.
duduk sahaja mencari sebab merenung kotak hitam.
menari-narikan jari di papan kekunci.
meliarkan mata melihat.

kadang itu lenguh, penat.
duduk sahaja menjadi penonton.
ketawa pada penipuan dan drama swasta.
menjamu sang mata dengan fitnah.

kadang itu lenguh, penat.
duduk sahaja memikirkan ketidaksempurnaan.
yang semakin hari semakin nampak.
dan semakin hari semakin bergolak.

kadang itu lenguh, penat.
duduk sahaja mencari jawapan secara rawak.
bertanyakan sang hati permintaan yang tak tercapai.
dan keluh kesah yang tak terdengar.

hmm.
prinsip makin berkecamuk.
perubahan makin kuat berdalih.
hati makin senyap tak terluah.
mulut makin diam tak menyampaikan.
tangan tak bergerak mencari selesa.
dan otak,
otak makin tak berhenti mencari ruang untuk unsur paling agung iaitu : RAGU.


Monday, April 22, 2013

sang lupa dan si ingat.


pasti penat menjadi sang lupa
jika sang lupa itu menjadi sahabat kepada si ingat.

kan.

dan si ingat juga pasti lelah
jika si ingat itu menjadi sahabat kepada sang lupa.

kan.

dan secara ironinya,

bilamana sang lupa itu ingat, dan si ingat itu lupa.

pasti perit menjadi mereka.
semoga bertahan dan terus bersabar.

pengaruh.


baca.
lihat.
dengar.
teliti.
pegang.
rasa.
bau.
intepretasi.

dengan kelima-lima organ-organ deria kita.

jika digunakan dengan sebaiknya.

pasti segala yang diproses ke otak mempengaruhi hidup kita.

secara langsung, sengaja dan tanpa disengajakan.

dan apabila perubahan yang menjadi tatapan.

serta peralihan menjadi kebiasaan.

berlakulah pengaruh yang akhirnya menjadi tabiat.

semoga kelima-lima organ itu dipelihara.

dan segala yang diproses ke otak adalah ditapis dengan aura positif dan kematangan.

dan akhirnya menjadikan kita manusia yang lebih peka dan berilmu.


Wednesday, April 17, 2013

i love you more than anything. :)


hah, orang berkenaan, jangan perasan.

:P

dear blog,

thank you for existing.
i love you too much.

:*

mama.


semalam telefon mama.
macam biasa, benda pertama mama tanya,

"dah makan?makan apa?kamu tu kurus, makan banyakbanyak.."

lepas tu mula sesi ehemehem,

"ada apaapa?masalah ke?jangan pendam, rasa nak bagitau, cakap dengan mama.."

Alhamdulillah..

takde lagi yang terlalu mencengkam dihati sehingga aku tak mampu 'handle' sendiri.

dan Alhamdulillah..

walaupun mama tahu aku dah besar panjang, mama sibuk menguruskan keluarga, mencari rezeki, merisaukan 4 orang anak sekali gus, mama tetap tanya dan nak semahumahunya menyelesaikan apa sahaja masalah aku, anak yang paling suka memendam, susah nak meluahkan dan paling 'rebel' sekali.

sungguh.
semenjak dua menjak ni, ada sesuatu yang merapatkan lagi aku dan mama.
aku yang sebelum ni susah nak berkongsi rasa dengan sesiapa pun, termasuk mama, makin terbuka hati dengan mama.

aku seorang pemendam.

1. sebab aku sangat tak suka menyusahkan orang lain memikirkan masalah aku.
2. sebab aku rasa aku kecil, orang lain pun banyak masalh mereka sendiri, nak tambah pulak dengan masalah aku.
3. sebab aku tak suka buat orang risau, aku seorang kaki adventure dan 'rebel'. dan aku tahu aku semua tu, aku risiko diri sendiri, jadi tak perlu rasanya menyesakkan fikiran orang lain dengan merisaukan aku.

orang mungkin kata, tak payah nak over sangat, tapi terus terang, ia memang aku.

harini aku telefon mama lagi, homesick :P

"okay tak ni?ada masalah?love triangle?"
mama mula bercerita mengenai kisah kawankawannya ketika muda dahulu.
mama buat drama.
hehe

lawak pulak dengar mama cerita.

dan akhirnya mama tanya lagi sekali,
"betul ni?"

dan aku terus terang katakan tiada apa yang berlaku, hanya berkerinduan pada rumah dan seisi rumahku yang berada beribu batu dari sini.

bila aku fikirkan balik sebab kenapa aku dan mama lain dari orang lain,
aku rasa mama lebih manja denganku :)

biasanya anak manja dengan mak,
tapi kes aku,
mama lebih manja dengan anak dia yang seorang ni.




Monday, April 15, 2013

terhina.


tak faham.

terlalu sempurna mungkin.
ya,
mungkin bagi kamu kami ini seperti sampah saja.

tiada cara lainkah?
sehina itukah manusia disekeliling kamu yang tidak sesempurna kamu?

Sunday, April 14, 2013

the truth.



Doubt.


a status between belief and disbelief, involves uncertainty or distrust or lack of sureness of an alleged fact, an action, a motive, or a decision.


a feeling of uncertainty about the truth, reality, or nature of something.


Trust.


assured reliance on the character, ability, strength, or truth of someone or something.

a charge or duty imposed in faith or confidence or as a condition of some relationship.

something commited or entrusted to one to be used or cared for in the interest of another.








“The best way to find out if you can trust 
somebody is to trust them.”
Ernest Hemingway


and i rest my case.

love,
heebee.






Saturday, April 13, 2013

unpredictable wonder.


one.
two.
three.

forever, if ever.

waiting.
it is an unpredictable wonder.

Thursday, April 11, 2013

a decision.


ARE YOU WITH THE RIGHT PARTNER?

During a seminar, a woman asked," How do I know if I am with the right person?"
The author then noticed that there was a large man sitting next to her so he said, "It depends. Is that your partner?" In all seriousness, she answered "How do you know?" Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mindreplied the author.
Here's the answer.
Every relationship has a cycle… In the beginning; youfall in love with your partner. You anticipate their calls,want their touch, and like their idiosyncrasies. Falling in love wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called "falling" in love.
People in love sometimes say, "I was swept of my feet."Picture the expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something happened TO YOU.
Falling in love is a passive and spontaneous experience. But after a few months or years of being together, the euphoria of love fades. It's a natural cycle of EVERY relationship.
Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts. The symptoms of this stage vary with every relationship; you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.
At this point, you and/or your partner might start asking, "Am I with the right person?" And as you reflect on the euphoria of the love you once had, youmay begin to desire that experience with someoneelse. This is when relationships breakdown.
The key to succeeding in a relationship is not finding the right person; it's learning to love the person you found.
People blame their partners for their unhappiness and look outside for fulfillment. Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes.
Infidelity is the most common. But sometimes people turn to work, a hobby, friendship, excessive TV, or abusive substances. But the answer to this dilemma does NOT lie outside your relationship. It lies within it.
I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else. You could. And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later.
Because (listen carefully to this):
The key to succeeding in a Relationship is not finding the right person; it's learning to love the Person you found.
SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. You have to work on it day in and day out. It takes time, effort, and energy. And most importantly, it demands WISDOM. You have to knowWHAT TO DO to make it work. Make no mistake about it.
Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your partner), Just as there are physical laws Of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. If you know how to apply these laws, the results are predictable.
Love is therefore a "decision". Not just a feeling.
Remember this always: God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let GO! ♥

kopi pasta from facebook :)



rindunya tak terkata.


saat dikurnia berita baik,
tiada yang aku inginkan selain berkongsi berita itu denganmu.

saat hati melonjak ceria,
tiada yang aku inginkan selain berkongsi tawa itu denganmu.

saat dipukul rasa remuk rendam,
tiada yang aku inginkan selain menangis dibahumu.

saat hati dipalu rasa sakit dan perit,
tiada yang aku inginkan selain riang pujukmu yang membawa senyuman.

wahai sahabat,
diri ini benar-benar rindu.

semoga kamu baik-baik saja disana.


nadiah binti saari.
siti nadzirah binti padrillah.
noor azreen binti abdul rahman.
<3


Wednesday, April 10, 2013

biar satu.


"Usah terlalu mencari yangsempurna jika yang sederhanasudah mampu membahagiakan danmenerimamu seadanya."

Monday, April 8, 2013

masuk mimpi. lagi.


kalau mimpi orang yang sama.

tapi tak kenal pun.

mungkin pernah jumpa.

tapi, dimana ya?

*musykil.

Sunday, April 7, 2013

kuat tanya. tak kuat sembang.


ade orang kata heebee ni friendly.

krikk...krik....krikk..

bulat sat mata heebee dengar.

bio benor?

heebee rase heebee tak berapa friendly.
tegur2 sikit.
kut.

tak.
bukan, bukan.

heebee rase yang buatkan heebee bukak mulut biasanya sebeb curiosity.

banyak tanya.

kalau orang yang tanya heebee pulak.
sepatah dia tanya, 
sepatah aje heebee jawab.

:)

peace.

love,
heebee.
<3

random #4




aku lupa kata-kata aku dulu.

'slowly but surely'

mungkin kerana hati terlalu gembira.

cik heebee,
jangan terburu-buru.
jangan tamak.

jangan mendesak.

ingat~!

slowly,
but surely.


such.


when someone asks you,
"do you want to get married?"

everyone has a definite answer.
either a yes, or a no.

or for some.
they're not sure.
yet.

and when someone do ask me that particular question,
I would ask myself,
over and over again,

"Am I ready to get married?"

"Am I ready for marriage?"

two questions that are almost the same.
but the answers would differ in a lot of ways.

both questions are aimed to a very particular, ultimate, always-taken-for-granted question.

the question is,
WHY.

"why do you want to get married?"

when we have the desire to have a husband/wife,
everything flows into your mind.
you want to make deeds, you want to have children, take good care of him/her/them.
yada yaada yaaadaaa.

yes.
marriage fantasies.
where everything is halal and full of Pahala.

you want to get married to be with that person.
and then, gaining Pahala on the way.

but, wait.

it should be the other way.

you want to please Allah.
you want gain Pahala because of Him.
not because you are married TO him/her.

well, then.
if that's the case,
if it were someone else,
you wouldn't want to do it.
sincerely.

this is why we see a lot of divorces,
young people getting married without their parent's permission.
and other cases where people doesn't want to get married.
that's because they think that getting married is not in their league.
they are not strong enough to get emotionally attached with a partner.
they are not understanding the ultimate answer to the WHY question.

always ask yourself,
why,
in the first place,
you want to do it.

and while you have the right intention,
you'll want to have the best of you for the preparation of marriage.
everything that you wanted to do,
will eventually flows into the marriage,
beautifully.

now i get it.
I want to get married.
:)

*perbetulkan niat.
ingatan untuk diri sendiri.

inspired by,


Saturday, April 6, 2013

novelty.


new.
fresh.

baru beli beberapa buah novel sejak dapat voucher buku haritu.

feeling dia : awesome lahh kan.

beli 2 buah buku ahadiat akashah.
2 buah buku puisi.
2 buah novel english fantasy. (macam biasa)
2 buah lagi novel dari lejen press.

buku yang lain tu memang dah biasa dan sebati dalam diri.
tapi buku-buku dari lejen press ni...
hmm...
mungkin tak berapa jinak dengan taste heebee.
muak juga baca mula-mula tu.
berkerut-kerut dahi.
terasa ia terlalu penuh dengan kejujuran tanpa sempadan.
tidak langsung bertapis.

tapi disebabkan dah beli kerana dek curiosity, cheq bacalah jugak.
teruskan baca dan cuba fikir positif.

masuk hari ini, dah hampir separuh.
dan setelah menelan beberapa cerita dari buku itu, heebee kini faham kenapa orang suka buku sebegitu rupa.

1. kerana dek kejujuran tanpa tapisan, ada hal yang menusuk ke kepala otak.
membuatkan kita terfikir mengenai jiwa-jiwa nafsu.
jiwa-jiwa yang tewas pada bisikan nafsu dan kehendak diri.

2. kerana dek kejujuran yang menjelikkan itu, ada hal yang membuktikan masalah manusia.
jika sebelum ini kita fikir semua yang jadi jahat itu tiada hati dan perasaan.
buku ini bukti yang mereka, jiwa-jiwa yang tak punya belas kasihan itu punya cerita yang terpaksa menjelikkan mereka.

3. dan kerana dek kejujuran yang seperti mengetuk-ngetuk otak ini, ada satu hal penting.
iaitu : taubat.

mungkin ini kali terakhir heebee beli novel sebegitu.
cukuplah untuk heebee.
pinjam ya mungkin.

maaf jika anda peminat susah mati kepada cerita seperti ini.
tapi khuatir dengan kemampuan diri untuk menerima bahasa sebegitu,
heebee angkat bendera putih.
mungkin ia lebih sesuai dengan orang lain.

cuma khuatir heebee, 
jika ada adik-adik dibawah umur yang membacanya.
mungkin publishernya patut mengehadkan umur pembaca.
tidak sesuai untuk mereka dibawah umur 15. 

Thursday, April 4, 2013

kewujudan lutsinar.


pernah kau kata.
jangan lepaskan kau.
jangan putus asa dengan kau.
biar apa pun jadi.

jadi.

biar aku yang menghukum diri.
walau aku tak tahu apa salahku.

kewujudan lutsinar ini biar aku rasa.

biar aku yang tetap mengalah pada segala.

kerana kau sahabatku.