where books take me

where books take me

Thursday, March 28, 2013

nota tangan.


ambil sticky note.
pen.

'ketapp'.
tekan dekat pipi.
tarik nafas.

"please take note".

garu kepala.
usik dagu.

tambah lagi.
"remember".

'ketapp'.

hmmmmmmmmmm.

'ketapp'

"study hoii~!"

cabut sticky note.
tampal kat papan sebelah gambar mama dan ayah.

'ketapp'.

"nota kaki",

eh?

amik pemadam

*padam padam*

"nota tangan,

betulkan niat".

selamat menghadapi minggu-minggu tests~!

<3 rindu kat hang makcik ned dan ben~!!! :)


Sunday, March 24, 2013

lelayang.


cuba pasang.
walau pernah, aku kekok.
dia yang pasang.
walau tak pernah.
aku senyum.

benang itu dia pegang.
aku lihat dari jauh.
naiknya makin tinggi.
namun, aku masih pandang dia.
yang memegang dari bawah.

langit aku renung.
langit biru ingin terbang.
namun aku degil.
tak mahu terbang seorang.
dia kembali aku pandang.

benang itu aku cuba pegang.
katanya cuba lepaskan lebih tinggi.
tinggi dan makin tinggi.
benang simpul dileraikan.
mudah.

sampai masa.
perlu pulang ke pangkuan.
cuba tarik dengan perlahan.
payah.
melawan sang angin yang tadinya membantu ia naik.

lebih lama.
cuba menarik dari melepaskan.
perlu lebih teliti dan usaha.
dengan harapan benang itu tidak putus.
penuh perhatian.

lelayang yang tadinya megah terbang bersama helang.
kini kembali ditangan.
aku renung dan simpan.
dengan impian untuk menerbangkannya semula.
dengan lebih dari satu 'dia'.



mampukah kita hadapi angin seperti lelayang itu?
yang membawa ia terbang tinggi.
menggapai langit bersama sang helang.
fikirku bukan sejenak.
dan bukan hanya sekarang.

aku akan cuba melepaskan benang itu.
perlahan namun penuh cermat.
biar berlawan dengan angin yang rakus.

aku akan cuba menariknya dengan teliti.
dengan kelembutan.
disimpan dengan kasih sayang.



moga memori lelayang itu beri inspirasi buat diri.
dan buat kita.

memori lelayang.
memori kita.


automatik mungkin. 'tapi'nya dibelakang.


aku punya teman.
sang garang dan kuat merajuk.
tapi peramah dan manisnya menjadi penarik.
banyak bercakap dan buah fikiran.
matang, tapi kekadang ego mengatasi diri.
bukan mudah untuk dipujuk.
tapi masih berhati lembut.

tak pernah lupa atau abai aku.
aku antisosial katanya.
aku blur katanya.
katanya begitu.
namun terimanya juga begitu.
terima kasih.

aku bercakap tentang kau.
yang hanya kau aku ber'kau'.
entah kenapa.
aku sendiri tiada jawapan.
mungkin kerana terlalu selesa.
dan terlalu faham.
automatik mungkin.

dan aku sentiasa isikan nama kau dalam doaku.

kau yang "tapi"nya di belakang.
>.<


semoga aku sempat menjadi peneman segenap umurmu.
sayang ko~! :3


nota kaki :
toloooooonggglah invite aku  :3



Friday, March 22, 2013

kecintaan.


aku sebagai manusia cuba manifestokan diri.
untuk setiap kelibat sahabat.
dan aku tak mampu untuk tidak menjadi diri.
tanpa kepuraan.

perbezaan tutur lidah dan fikir otak.

tak memutuskan rasa kecintaan ini.
terhadap insan itu
dan itu 
dan itu.

senyum 

aku mengenang teriak dan tawa.
mengimbas jenaka dan spontan riak.
meniti nasihat dan jujur tegur.
mencanting kenangan dan memori terukir.

dan rasa kecintaan itu biar bertambah.
tanpa selang sehari.
tanpa kejar masa.
tanpa lupa dan tingkat umur.

biar makin panjang jodoh itu.

biar makin dalam rasa kecintaan itu.
makin bertambah syukur.


hikayat the fourios masih belum tamat.
baru mula dan terbit cerah.
dengan doa dan jerih usaha.
mari kita jalan seiring
menggapai langit impian


biar yang mimpi itu realiti semata.
dalam redhaNya.

amin~



Wednesday, March 20, 2013

mendagu.


duduk mendagu.
jerawat diusik-usik.
kepala diusap-usap.
telapak tangan melekap dahi.

otak serabut.
hati makin hanyut.
kalau tiap-tiap minggu begini.
mampukah aku bertahan?

"jangan tamak"
"jangan cemburu"
"jangan terburu-buru"

niat asal aku menapak sejauh beratus kilometer dari rumah harus aku perbetul semula.
mencari pengalaman itu bagus.
tapi perlu sedar limitasi dan kapasiti mampu diri.
yang bisa terbalik jika melebihi kuantiti.

biarlah.
ada satu yang aku perlu pertimbangkan semula.
masa itu ada, peluang itu boleh dicari.
insyaAllah.

ya, aku tekad untuk lepaskan.
malam ini resah dan gundah bisa hilang.
tidurku biar lena tanpa ragu-ragu.
tawakal pada setiap usaha.

don't be afraid to fall.
on the ground where you fell, lies 'hikmah' and lesson learnt.

Sunday, March 17, 2013

satu ruang.


kalau ditanya sang tangan,
keindahan apakah yang kau tulis hari ini?
andai ditanya sang mata,
keindahan apakah yang kau lihat hari ini?
jika ditanya pada sang hati,
keindahan apakah yang kau rasa hari ini?


dalam penat dan lelah menghadapi komitmen dan pengharapan.
hadir satu ruang untuk aku tatap dan senyum penuh makna.
dalam kegembiraan mencari makna kekayaan.
hadir satu ruang untuk aku kembali menatap kaki sendiri.
dalam kekecewaan realiti sang ujian.
hadir satu ruang untuk aku melepaskan esakan pilu dan bisu.
dan dalam kekeliruan hati meminta keputusan.
hadir satu ruang untuk aku mencurah pendapat dan mencari inspirasi.


sejenak aku rasa ragu-ragu itu penuh hikmah.
memikirkan sesuatu yang kita tidak mahu terjadi.
memikirkan apa yang kita harapkan.
tepuk dada, tanya hati.
tepuk hati, tanya iman.


aku percaya pada janjiNya.

Monday, March 11, 2013

katakan.


kadang yang indah itu hadir tak diduga.
yang dianggap hanya hari kelabu yang hadir mengisi rutin seharian.

ia ada padamu.
andai ada bahasa yang lebih indah dari indah.

hidup ini tak seindah impian.
tiada ombak rindu yang nyata.
yang ada adalah realiti kehidupan dalam perbezaan.

aku doa supaya dapat ditepis segala yang negatif.
aku doa supaya bertahanlah wahai hati menghadap dunia.
aku doa agar dipelihara dan diredhai niat suci.
aku doa supaya Allah sentiasa memautkan hati.
aku doa agar Allah panjangkan jodoh hingga ke Syurga.

doaku tanpa putus.

dan hari ini ingin aku katakan.
keindahan itu ada padamu.
terima kasih.

Tuesday, March 5, 2013

alphabets.


a writer should write.
yes.

but what differs a writer, and a great writer?

the style?
formality?
content?

technically, yes.
all that and everything else.

but what really differs them is that....

great writers don't just simply write.
they tell us stories.



sang weekend.


weekend lepas heebee sempat join program bersama kelab.
berdebar rasanya mencuba melayar diri ke arena fasilitator.
susah.
heebee tahu ia susah.
fasilitator itu ibarat sang guru, memberi penunjuk, tetapi dengan cara tersendiri.
seperti kakak dan abang yang cuba melatih adiknya menghadapi dunia yang sulit dan tanpa belas kasihan.
berat terasa beban, dengan sifat pemalu dan penyegan yang tak pernah lagi surut.

heebee boleh buat kerja.
nak suruh buat kertas kerja, cari barang, beli apa-apa.
tapi, kalau nak suruh heebee mencari ruang beri inspirasi?
Allah..
diri sendiri pun masih belum cukup kuat untuk berinspirasi.
apatah lagi mencipta segenap buat adik-adik yang perlukan kesedaran ini.

mulanya heebee tak faham.
apa yang perlu heebee lakukan, bagaimana dan seperti mana.
jenuh memikirkan cara untuk mengadaptasikan diri dalam dunia fasilitator ini.
sungguh heebee tak biasa menjadi yang bergerak sendiri.
heebee lebih selesa menerima arahan.

tapi keinginan heebee untuk mencabar diri sendiri sangat kuat.
sampaikan heebee terlalu banyak berfikir sebelum dan ketika program ini.

banyak benda yang heebee belajar.
setiap saat, pasti ada yang mencuit dihati yang menjadi ingatan.
sampai ditapak kem, heebee neves tahap petala ke lapan.
kesian melihatkan adik-adik yang dipaksa pumping dan dibaling beg.
seksa melihat, apatah lagi yang merasanya.
dibaling nasi, dilumur nasi, dipaksa untuk melihat sesuatu yang tak ingin dilihat.
tetapi alhamdulillah, mereka sedar apa yang ingin diterapkan.
dan semuanya tamat dengan kesedaran yang mereka sendiri perasan.

dan kejadian-kejadian yang berlaku ketika malam berlabuh pula terjadi.
heebee berbekalkan sedikit courage cuba sedaya memberanikan diri.
heebee belajar dari fasi lain, kita sebagai fasi, perlu lebih berani dari mereka.
biarpun dalam hati, ketakutan itu jua ada.
Tuhan sahaja tahu perasaan ketika itu.
menggeletar tubuh cuba menenangkan diri.
dalam masa yang sama cuba menenangkan adik-adik yang lemah semangat.
alhamdulillah.
sekali lagi, pengalaman ini beri seribu erti dan pengajaran pada heebee.

sekian.

tarik dan lepas.


siap-siap bawa diri mencari impian.
merentas haluan menjinakkan diri dengan masalah.
memekakkan telinga dari yang bisa dan lupa.
meredhakan hati dari yang terbiasa.

andai kekurangan diri ini punya carta.
pasti turun naik itu seperti bertali, diikat seperti lelayang.
tempat lelayang itu diatas.
bermain-main dengan angin yang ganas.

tarik lagi.
lepas lagi.
tarik.
dan lepas lagi, biar tinggi.

ego seperti dipijak, tak layak dinyatakan.
sabar seperti dikeronyok dan dibaling tepi tong sampah.
sayang seperti dibelai, tetapi tanpa renungan.
bergolek atas padang, diperhati dan diketawakan.

aku pasti amarah ini takkan senyap lagi.
sang gunung yang tinggal detik letusan tanpa amaran.