where books take me

where books take me

Tuesday, February 26, 2013

sem 4.


pejam celik sudah 3 sem heebee lalui.
betul kata orang, semakin kita membesar, kita kenal siapa sahabat kita yang sebenarnya.
dulu bolehlah nak merajuk, tunjuk perasaan bila ada benda tak kena.
sekarang, kendali sendiri marah dan geram itu.
orang yang positif akan sentiasa ambil jadi yang positif.
jadi, meniti umur 22 tahun ini, heebee ingin lebih positif.

sungguh heebee mengaku kekurangan.
tak pandai dalam banyak aspek.
tak reti nak survive sendiri tanpa kawan-kawan.
sudah terbiasa dalam keadaan sentiasa ada yang disisi.
satu kepala dan satu hala.
sekarang dah tak ada.
masing-masing pentingkan diri sendiri.
itulah kehidupan universiti yang heebee belajar.
yang utama itu diri sendiri.

kerana perbezaan darjat heebee dah terasa keterasingan itu.
sedikit atau banyak, di dunia, ia jadi titik ukur.
biarpun dengan orang terdekat.

kata kak fitrah :
"kubur nanti sendiri-sendiri jugak, tak perlu tunggu-tunggu orang".

kak fitrah yang heebee baru kenal beberapa hari lalu banyak bagi heebee inspirasi.
tegas orangnya.
tapi penuh inspirasi.
mampukah heebee jadi sepertinya?
heebee tanam azam untuk cuba.
cuba dan terus cuba.

pembaharuan dalam kehidupan kita tanpa henti.
kerana masa itu takkan menanti.

seminggu pertama kehidupan kembali ke kampus banyak menguji.
erti kesabaran.
erti sahabat.
erti rendah diri.
seperti ditarik-tarik jatuh ke bumi untuk heebee kembali merenung diri.
apakah sampai heebee yang cuba mencapai langit nan tinggi itu?

moga hikmah yang diperlihatkan oleh Allah ini jadi peringatan untuk diri.
terus menerus mencari segenap inspirasi disetiap ruang.
sesungguhnya manusia itu lemah.
hanya dengan kepercayaan kepadaNya kepada kuasa Allah manusia itu menjadi kuat.
kerana itu doa itu dipanjatkan tanpa putus.

insyaAllah heebee mampu.

Monday, February 25, 2013

her.


 he turned the sky upside down until it is empty.

all she sees is pitch black.

but she still smiles at the presence of the cold night.

she found his footsteps but it got washed away by the waves.

it disappeared.

she tried drawing it again using her memory.

he bought flowers for her, she kept it and waters it everyday.

but the flower dies eventually.

she kept the petals inside her favourite book.

she was gifted with wings and loves to fly.

he broke it.

she mend it again with what she has.

she took her courage and climbed to the tallest peak of the mountain.

she looks down to where she last saw him.

with the hope to see him again.


woman.

her emotions brings her to places that she can't even imagine.

and made her sang the melody of her ocean of feelings.

she is the strongest.

she is the most beautiful.

she is the story.

the strongest, most beautiful story you'll ever hear.





Saturday, February 23, 2013

win.


sang setia.

bila terbaca blog roomate tersayang, terkedu sebenter.
rasa seperti ditampar.
memang macam dituju kat diri sendiri yang tak sempurna ni.

"don't give up before you win."

sekali lagi saat aku jatuh.
kata-kata yang tersayang melekat ditelinga.

"NO." kata roomate.
Allah, menitis air mataku.
"Sabar, ujian itu Allah yang beri, bukan tanpa sebab. Allah sayangkan hamba-hambaNya".
kata si dia.
Allah, luruh lagi airmata ini.
"Jangan give up, sometimes you have to be selfish, for your own happiness."
kata bff yang beribu batu jauhnya dariku.
Allah, saat itu airmata itu seperti tiada henti.

aku selalu khabarkan pada orang, aku seorang yang tekad.
jika aku yakin itu keputusan atau pilihanku.
aku akan pertahankan dengan segala kudrat.
sungguh.

tapi hati aku sangat lemah dengan perkataan 'sahabat'.
sangat dan terlalu.

dalam diri yang sukar sekali untuk benar-benar jatuh hati.
jika sekali terjatuh, setia aku tidak mudah berganti.

pernah si dia bertanya, jika diterpaksakan untuk memilih antara sahabat dengan yang istimewa.

Allah.
sungguh tak mahu aku saat itu datang.
mohon sesungguhnya.
kerana sesungguhnya hati ini sangat setia pada keduanya.

sabarku hampir hilang saat ujian itu datang.
perkataan give up itu akhirnya keluar dari mulut.

dan waktu itu, aku putus asa dengan diri sendiri, dengan keputusan sendiri.
tapi.
mereka tak pernah putus asa denganku.
bertalu-talu aku pertahankan yang aku give up.
tak mampu untuk teruskan posisi itu.
mereka terus-terusan beri kata-kata semangat.

to me, i love both, i deserve to have both, and i want to have both.
so, aku yang kena prepare.
aku tak mahu win jika hanya satu, tak adil pada semua.
biarlah jika aku win, aku win dua-dua.
dan jika benar aku terpaksa loose, aku mohon biar ada sebab musabab yang paling agung.

Allah, kuatkan hati hambaMu ini.
biar ada kemanisan diakhir nanti.
aku percaya pada janjiMu.

berpantang maut sebelum ajal.


Thursday, February 21, 2013

gerimis turun lagi.


makin laju.
makin lebat.
makin deras.

adakah jalan selesai.
yang tak melukakan sesiapa?
termasuk aku?

kali ini gerimis itu tekad disitu.
tak mahu berganjak.
makin degil.

protes telah aku cuba.
tak berjaya.
masih sama.

senyap juga tak lut.
hati aku juga mudah lembut.

letih.
sakit.

kalau hati itu sanggup,
lama dulu aku tegaskan.

kalau hati itu rela,
lama dulu aku lepaskan.

kesimpulannya,
hati itu tak sanggup dan tak rela.


tamak.


jarang sifat aku datang.
tapi kali ini lebih kepada keperluan.
ya, aku tamak.
mahukan kedua-duanya sekali.

tapi aku tak mampu.
komplikasi itu terlalu dalam.
dan aku takut aku tak cukup kuat.
takut jika aku hilang kedua-duanya.

aku memang juara dilema.
kerana aku tidak sanggup melukakan hati sesiapa.
ah, biar.
self-punishment.
biar aku sendiri.
kadang-kadang sendiri itu lebih baik.


Monday, February 18, 2013

selamatkan aku.


selamatkan aku dari membenci.
sabarkan lagi hatiku.

Ya Allah..
kuatkanlah hati hambaMu..



Sunday, February 17, 2013

perut oh perut.


bagi cheq, mengidam makan macammacam itu perkara biasa bila dah balik kampus.

hati merontaronta nak makan macammacam.

aduhailah perut.

mama selalu pesan, makan, kesian kat perut tu.

tak payah dietdiet bagai.

harini cheq mengidam sandwich besaq gedabak macam kat subway tu.


saja kasi besaq sikit.

hah.

terliur dak?

kalau dak tu hampa memang takdak nafsu makan.

kehkeh.

ya, harini cheq geylong sikit.

banyak sangat tengok cerita korea agaknya.

haihh.

sekian saja entri mengada.

kalau makanan boleh turun dari langit.

@____________@

jum mimpi malam ni.

*desperate betoi.


relation.




"loyalty, commitment and honesty is a priority, not an option."



for everything.
with God.
your family.
with friends.
relationships.
with studies.
your ambition.


plan.
if it doesn't work.
Allah has better plans for you.

just plan and work for it.
the rest is a mystery.
keep praying for the best.



Goodluck dearest friends for your new sem~!
wish me luck too~!
ned saari dan ct nadzirah ~!
Goodluck sayangs~!
and my other half :)
best of luck~! Yukenduit~!



Tuesday, February 12, 2013

kantoi.


kantoi.
dan kantoi.

kawan2 aku comel.
sangat.

sayang hampa ketat-ketat.
saat aku pendam dan diam.
cerianya mereka buat aku lupa semua.

yang mengucap dan melawak.
yang memerli dan tertawa.
tak terasa.
langsung.
kerana peringatanmu terhadapku.
jujurku dan jujurmu.

syukur aku punya mereka.
syukur walau mereka kenal aku yang sebenarnya, 
tetap kawan sampai bila-bila.

:)

Allah..
hati ini bagai melonjak angan untuk memeluk cium satu persatu.
inginku dakap dan bisikkan ke telinga bahawa aku sayang kamu.

bukan hanya untuk yang indah.
yang senyap.
yang berdarah.
yang luka dan pedih rasa.
yang keliru dan penuh mahu.
yang tak faham dan bisu.
kau faham ekspresiku.

hee~

hanya kehadiranmu sudah melegakan hati.
tak perlu buah tangan mahupun kebendaan.
ucapan tulus ikhlas dan temani sehingga penghujung waktu sudah memadai.
terima kasih kerana mengisi hari ini.
walau ia hadir setahun hanya sekali.
cukup untuk buat aku mengingati kamu saban hari.

i love you~!
sayang hampa gilos, gila dan infiniti.

love,
heebee.


lalu. dan terlalu.


22 tahun lalu.
lahirnya aku.
bawa ceria dan bahagia pada mereka.
tambah satu cerita dan doa.

tulus doa mereka takkan pernah kita tahu.
resah mereka takkan pernah kita faham.

rosak dan jahil aku cipta diri.
pernah kau fikir apa harap mereka?

jika kita fikir penantian itu sebuah penyiksaan.
penantian mereka melihat zuriat mereka menghambakan diri pada sang Pencipta pula bagaimana?

lewat hari dan bulan aku semakin tua.
fikirku masa depan yang menanti.
kau fikir apa menanti mereka?
tua mereka melihat kau matang.
tua mereka hanya lega jika kau sujud penuh khuyuk dihadapanNya.

lihat kaki berjalan ke mana.
jangan lupa kaki lemah yang pernah membawa kau berlari mencari erti dunia.
mereka perlihatkan kau dunia, supaya kau tak lupa pada akhirat.

syukurku pada kurniaan yang membawa aku ke sini hari ini.

mama dan ayah <3

ampunkan dosa-dosa anakmu yang tak pernah kering.

hari lahirku ini hanya bermakna dengan setiap keringat dan doamu.
tiada kegembiraan lain yang aku harapkan.
hanya senyuman lega dari hatimu.


perisai lutsinar.


nafas itu terhenti sekejap.
ya, sekejap.
cuba menghembus segenap sesal.
mengeluh nipis sedikit amarah.

tunggu disisi pintu waktu.
dibuka dengan rakus dan dihempas tanda protes.
kau tak tunggu.
dan aku kembali merenung langit.

derita itu sesat.
cuba mencari jalan keluar.
tapi tak diceritakan.

misteri.
tersorok dalam tanya.
senyap dalam suara.

reput.
kering dari air namun tetap karat.
panas jua berteduh namun tetap rapuh.

arah.
ada masa depan tapi kabur.
ada usahanya tapi kurang rasa.

mana.

mana kau?

aku senyum.
haruskah ditanya soal tak nampak.
tak lihat keras itu.
kerana yang nampak hanya lembut mengalir sang pilu.

hinakan maya yang kuimpi.
ingatkan aku yang alpa.
aku biar perisai lutsinar ini wujud.
kerana aku ingin terus menangis kepadaNya.

biar lupa yang kita cinta.
jangan lupa pada yang mencinta dan tak pernah lupa.


heebee.
12.52am.
12.02.13.



Tuesday, February 5, 2013

bicara sama awan.





kawan bagi link blog jiwang-jiwang.
dulu tak berapa ngam dengan jiwa cheq.

rasa terlalu manis sampai berkerut dahi baca.
cheq tak berapa jiwang dimulut.
mungkin hanya dihati dan perbuatan.

tapi mudah cair juga bila kata-kata tu tepat ke hati cheq.

"dari sifat halus warisan HAWA,
ia jadi pelembut buat keturunan ADAM."
-blog bsa-

buat aulia nya.
segala keindahan dicurahkan.
kad, bunga, kata-kata indah.
yang romantis belaka.

tapi cheq pasti.
yang memikat aulia adalah perhatiannya.
yang penuh kasih sayang.

sekian.

bicara sama awan :

awan photography :


Sunday, February 3, 2013

senak.


setiap pagi heebee bangun.
teringatkan result yang tak keluar.
dan makin hari dah makin berdebar.

cepatlah keluar.
biar cepat sikit rasa kecewa dengan diri sendiri tu pergi.
dan boleh heebee tanam azam sem baru.

tiap-tiap sem pun ada azam.
tapi akhirnya masih hanya cukup-cukup makan.

tak.
bukan tak bersyukur.
heebee bersyukur atas setiap yang terjadi.

cuma terkadang kecewa dekat diri sendiri.
sebab tahu heebee boleh buat lebih baik dari itu.
usaha kurang, banyak main.

sem depan ni heebee tahu makin sibuk.
tanggungjawab makin berat.
pilihan makin susah.

positif.
positif.
positif.

perlu peringat diri yang kekuatan akan datang setiap kali.
Allah ada bersama kita.
biar apa pun terjadi.

mama pesan : jaga hubungan dengan Allah.
dan Allah akan jaga kita.
insyaAllah.

cepat-cepatlah keluar result.
cepat-cepat boleh buka lembaran baru.
biar hati ni tenang.
Allah..


Saturday, February 2, 2013

to wonder.



if i leave you, will you be hurt?

how deep is the scar that will haunt you?

is it deep enough to make you cry?

how long will you take to completely forget me?

how will you feel when you see me later?

even if we're separated, will you stare at empty nights and revisit our memories?

can you move on?

how long will it take for you to find a replacement?



will you be okay?
will you be fine?

.impact.


Friday, February 1, 2013

tanya.


mati-mati aku assume.
memang ikutkan wajar, memang tak wajar aku tanya.
sebab aku tahu jawapannya.

tup-tup mama tolong tanya.
dan tup-tup jugak ayah izinkan.
nak kata apa?

ternganga sejam.

mungkin aku tak patut assume.
salah aku, buruk sangka.

ada sebab dan musabab.
sebelum ni memang aku tanya.
sentiasa.
dan jawabnya hampa.
setiap kali.

dan aku pun lelah dah bertanya.
tak pernah bertanya dah.
redha setiap kali.

"tak tanya, tak tahu"

nah!
sekali tanya terus ternganga.
jangan assume.
tanya dulu.

*peringatan untuk diri sendiri.