where books take me

where books take me

Thursday, January 31, 2013

jauh.



flats and t-shirts.


today someone appointed about my appearance.
said i'm too simple.

well, i AM simple.

i don't really like to 'stand out' that much.
i love being simple, not too much attention.

another thing is, financially it is what i can afford.
without being too spendthrift.
i am still just a normal student.

i wear flats.
and t-shirts most of the time.

i don't really wear high heels.
currently, i don't own one.
i love ballerina-sort-of-like shoes.
they make my 'big-foot' feet look smaller.

make-ups.
hmm.
compact powder and lip gloss.
sometimes i don't even know they exist.
i barely wears them.

i don't know if it is true.
but some said that people who seldom wears make-ups, wears make-ups on their wedding day, they look exceptionally stunning.

well, i hope that it is true.

not like i don't want to wear them (high heeled shoes and make-ups).
but maybe not now.
later.

but still, i agree with that person, i am simple.
maybe i should do some make-over.
bit by bit.

Wednesday, January 30, 2013

mereka ada life!


seronoknya..
bercuti di negara orang..
bercuti di negara barat..
mestilah cara orang barat..

erk~!

cara orang putih?

ini bukan soal racist.
maaf.
tapi term tu senang orang nak faham..

dalam seronok-seronok kita sem break ni.
tengok facebook/twitter kawan-kawan.
parteyyhh~!! jejoget ewaahh~!
clubbing sana sini.
beach, bikini sana sini.
rokok shisha sana sini.
pavilion.
zouk.
carlsberg and americano.
guess.
stilletos.
dresses and mini skirts.

caption : this is life~! :D

or is it?
really?
hidup ni enjoy saja ke?
cuti ni kita pergi jalan-jalan seh.
kau hade?

tak.
memang ramai jugak yang takde cuti yang macam tu.
bosan kan?
macam takde life.
kata mereka lah.
cheq tak kata.

?

sape kata?
life bila cuti ni memang bosan.
tak lively.

takde kawan2 gi clubbing, party.
tapi.
adalah masak, takpun menyibuk kacau mak dengan kakak kat dapur.
malam2 nangis2 tengok cerita korea.
atau gelak2 tengok maharaja lawak dengan family.
ada jugak buat cinema sendiri kat rumah dengan adik-beradik.
kerja part time belajar buat kek coklat karamel untuk orang kahwin.
takpun tidur awal dengan teddybear dalam pelukan, esok nak bangun subuh.

takde bercuti jauh-jauh kat tempat orang.
tapi.
adalah pergi main layang-layang dengan adik-adik.
pergi main bola atau futsal dengan homegrown friends.
pergi tengok wayang dengan geng sekolah menengah.
pergi lawat cikgu yang baru bersalin.
pergi makan ais kacang pasembor dengan mak ayah dalam kereta gerai tepi jalan.
adalah pergi genting sat merasa naik benda alah buat sakit jantung tu dengan kawan.

takde beli barang-barang dan kasut-kasut termahal trend terbaru.
tapi.
window shopping hadiah hari ibu dan hari bapa.
usha-usha hadiah untuk bestfriends yang jumpa bertahun-tahun sekali.
duduk kat dalam kedai buku, baca novel yang kita nak beli sampai habis.
tak beli pun, sayang nak guna duit.
nak makan pizza nanti ;)

blerghh.
bosannya.
takde life.

nak sangat life keluar malam enjoy setiap hari.
pergi negara orang sampai lupa diri.
membeli-belah semua yang kita nak ikut suka hati kita tanpa berfikir hidup orang lain macam mana.

itu 'life' yang orang nak sangat?

memang betul 'life'.
kat dunia sahaja.

entri ni saja nak meluahkan.
sebab ada sahabat yang merampuih kata cuti ni bosan.
sangat cemburu tengok kawan-kawan yang sebegitu.
mereka ada life.
memang kadang-kadang kita cemburu.
tengok kawan-kawan yang berduit.
semuanya dapat.
bercuti, shopping, night life, kawankawan hensem cantik, kereta sorang satu, mahal pulak, baju toksah katalah.

kena selalu peringat diri.
itu semua godaan.
kata si dia : 'dunia seme'.
semua buat kita leka.
tak payah nak jeles sangat.
syurga nanti kita naik bmw seh.
saat tu, korang pulak tanya dorang.
kau hade?

bukan nak kata tak boleh pergi bercuti.
ada duit lebih sikit, apa salahnya.
kalau kita jeles kawan tu pergi bercuti dengan family, masih menutup aurat, pergi tempat yang elok, jaga adab.
yang tu takpela, cheq pun jeles jugak.
ini nak jeles kawan cuti yang lagu tu.

'berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan.'


ingatlah : 
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, 
kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

..mata ke bumi, hati ke langit..

sekian.

Sunday, January 27, 2013

lensa bermain di tepian.












“A children's story that can only be enjoyed by children is not a good children's story in the slightest.” 
― C.S. Lewis

bermain di tepian.


menyisir-nyisir pasir lembap di gigi air.
melihatkan sahabat-sahabat yang ceria bermain air.

aku ditemani sang kamera berpixel biasa.
bersama kudap-kudapan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

berduyun manusia sedang bergembira.
tawa riang anak-anak kecil menyambut ombak pantai yang menyapa.

bertentangan dengan tempat aku melabuhkan letak duduk.
dua anak kecil berlainan bangsa ralik menimbus pasir.

biar lain umur dan bangsa, berkongsi gelak tawa.
biar lain kepercayaan, berkongsi rasa gembira bersama.

di sebelah kiri aku pula dua beradik yang hampir serupa wajahnya.
sedang berusaha menimbus si ibu yang rela.

si abang ceria dengan manis senyum membuka bicara.
jersi 'park ji sung' merah berkata-kata untuk dirinya.

petah tetapi pemalu si adik berlari ke belakang si ibu.
kucuba menarik tapak tangan kecilnya, namun lolos dari genggamanku.

waktu kecil mencipta segenap memori.
biar jadi ingatan di hari tua nanti.

ada juga si kecil yang bermain sendiri.
menanti ombak, bermain pasir, tetap ceria walau seorang diri.

anak-anak kecil ini membawa aku kembali mengingati.

saat aku senyap disisi ibu, abang memimpinku sedikit demi sedikit.
saat aku jadi pemalu, abang rela aku sembunyi dibalik dirinya.
saat aku tidak tahu, abanglah mengajarku mencabar 'curiosity'.
abang.
yang sering menceriakan aku disetiap kali.
sejak lahir, dialah hero dihati.


Sunday, January 20, 2013

tribute.


semalam itu sebuah memori.
hari ini adalah tribute untuk semalam.

musim yang singgah.


daun-daun yang gugur bertemu bumi gersang.
kelihatan seperti mimpi.
namun, musim ini antara yang dinanti.
yang mengganti dan berganti.

metafora waktu berjalan seperti angin bayu.
pantas, menyentuh bahu.
namun tika ditoleh, hanya kosong disitu.
aku tetap tersenyum kerana sentuhan lembut yang menyinggah itu.

musim yang berganti ini bakal berlalu segan.
kulihat kitaran ini beri penanda perubahan.
bagai berbisik perlahan.
'aku yang kini bakal pergi meninggalkan'.

dalam setia aku doa supaya ia bakal datang lagi.
namun, dalam hati 'jangan tinggal aku sendiri'.
kebiasaan yang dicuba telah sebati.
tak mudah dibiar tanpa ganti.

dan saat itu pun jadi memori.
menghitung bulan dan bintang yang sehari-hari berganti.
ku peringat diri janji ia pasti datang menyeri.
indah sentuhan itu bakal aku rasai lagi.

tiap kali aku rindukan baunya.
tiap kali aku rindukan kecantikannya.
tiap kali juga aku rindukan saat waktunya.
wangi, indah, santai lagi ceria.

foto itu jadi tatapan.
biar ia jadi kenangan saat resah dalam gundah.
biar ada tawa kecil dihati.
mengisi ruang segenap di waktu ini.

Saturday, January 19, 2013

usang bukan kerana tua.


sesuatu jika dibiarkan.
tanpa perhatian.
tanpa kasih sayang.
tanpa belai.
tanpa pembaharuan.

keindahan yang ada akan hilang.
usang dimamah waktu.
biar umurnya baru.

usangnya sesuatu bukan kerana tua.

usangnya hari kerana tiada yang mengisi.
usangnya harta kerana tidak memberi.
usangnya wajah kerana tidak tersenyum.
usangnya rasa kerana tidak diteliti.
usangnya hati kerana tidak dijaga rapi.
usangnya iman kerana tidak beramal.

jangan biar diri usang dimamah hari yang sepi.
biar terisi.

heebeeness. 

Thursday, January 17, 2013

this is not a game.


with the issues about 'listen'.
i'm starting to realize one thing.

i am one very straight forward person.
sometimes i am too determined to say some things.
things that might hurt or trigger someone's sensitivity.

so, let's say i was given a medium.
to talk about current issues and world problems.
what would i write?

it has been on my mind ever since i passed the interview.
so, what now?

ayah told me to take things moderately.
be neutral and see things on a very general view.
use appropriate language that does not roar nor it says 'i don't care'.

i have never ever wrote or talk in any form, about politics.
because people judge and label.
so, it has become my inferiority complex.
i just don't.
even with my close friends.

so, well.
i wanted to see the world.
and i chose this medium.
i passed the first screening.
now, i just have to get on with the job given.
right?

so, let's just see what happens.

sekian.

Wednesday, January 16, 2013

masa itu ada untukmu.


sepanjang jalan sempit ini, ada yang hadir memberi waktu dan masa untuk berlari bersama.

aku yang tahu peritnya menanti dan diganggu tidak mahu menjadi yang merimaskan.



setiap detik aku sentiasa peringat diri untuk tidak pentingkan diri.

fahami situasi, terapkan pada diri sifat empati.



terlalu jauh terkadang aku biarkan empati memakan diri.

dan mungkin kerana diri terlalu biasa berdiri sendiri tanpa ada yang memerhati.



fikir aku cuma yang sipi-sipi.

mungkin aku yang menanti dibelakang, mungkin menyorok dibalik hati.




tapi hari ini buat pertama kali.

ditegur untuk menjadi yang bersuara setiap kali.

biar selalu, biar ganggu, biar tak pilu dan bisu.



masa itu ada untukku, InsyaAllah.


terima kasih untuk waktumu untukku.
jangan lepas daku.

puji.


manusia ada yang lebih, ada yang kurang.
dan kurang lebih itu dibahagi pada masing-masing punya karakter.

ada yang hebat, yang pemalu.
ada yang hensem, yang cantik.
ada yang indah, yang senyap.
ada yang suci, yang tegas.

puji-pujian yang kita berikan pada manusia.
kawan.
ibu bapa.
orang lain.
kadang-kadang sengaja kita ceritakan.

1. untuk mengingatkan diri kita kurang sempurna.

2. untuk sentiasa peringat diri tiada apa di dunia ini sempurna zatnya.

3. untuk mengingatkan sahabat2 kita, bahawa kita jua tak sempurna, jangan dipuji lebih.

difference is beautiful. acceptance is key.

puji biar berpada.
jangan lari niat.
tetapkan pada hati tiada yang lebih sempurna dariNya.
dan kita hanya mengagumi makhluk dan ciptaaanNya.
puji-pujian itu sesungguhnya hanya berhak padaNya.


Sunday, January 13, 2013

when a stranger says thank you. you say?


today i went to nearby petrol station's mart.
just to buy newspaper for ayah and chocolates for my little sister.

i went inside seeing a few kids choosing ice cream.
i went to the atm to cash out some money.

in front of me is a very cute guy, much much taller than me.
chinese 'sepet-eyed' but looked a bit like sheikh muszafar.
about my age.
maybe younger.

in front of him is a very nice looking malay lady.
i think she was about my mom's age.
she was murmuring to herself.
i heard she was saying something about being late to somewhere.

the guy in front of me is annoyed by her babbling.
he turned to me and was making faces.
i was taken aback and just smiled.
"turun saham, muke aje hensem".

the malay lady was taking quite some time.
by the time she finished, there was a long line of people behind me.
the lady dropped her card when she turned.

the guy picked it up.
"naik saham weyy!~"
he gave the card to the lady.

the lady said "terima kasih, dik. maaf tunggu lama. panjang line belakang".
i smiled.
but, you see.
some people are so 'hampeh'.
the guy said "whatever" and speaks a bit of harsh english.

the lady ignored it and went back to her car as she was actually rushing to somewhere.

i was still listening to his babbling about the malay lady.
the guy finally said the word 'ba alif ba ya'.

one word comes to my head, and maybe other people who were there too.
"blacklisted".

what if the malay lady is your mother.
your sister.
your wife.
someone you love, someone you know well.

you would say "besala tu, hang memang suke lambat pun".
can't you TRY to understand other people in the same situation?

strangers.

kalau dah menyampahs sangat,
angguk ja ka.
at least smile.
bukan susah pun.
dapat pahala lagi ada.

so, when a stranger says 'thank you' to you.
what would you say?

just smile.

Saturday, January 12, 2013

syukur.


kehadiran keindahan dunia.
setiap sisinya adalah dari Tuhan.

kehadiran kepayahan dunia.
setiap hikmahnya datang dari Tuhan.

usah pertikai.
usah dikeluh.
usah bawa erti tanpa makna.

bersyukurlah atas tiap-tiap sesuatu.

on the clouds.


woooshh to the sky.
to 'awan nano'.
to the moon.

and maybe to ireland.
hide behind old castles inside shabby houses that looks cool.

but you see.
its not the places that is important.
its the perfect timing, and the people with you.

seandainya kita terpisah.


Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku

Bilang arah nak di tuju

Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Menyinar bagai kelip-kelip
-remyishak-

Friday, January 11, 2013

andai.


pagi yang menyambut aku hari ini lebih senyap dari biasa.
seperti tiada yang menyapa.
tetapi.
segalanya ditatap dengan lega.

selesanya suasana menyejukkan hati yang gundah.
resah yang penuh dijiwa bagai hilang sekelip mata.
sayu.
tatkala memikirkan segala keindahan ini bakal pergi satu hari nanti.

perubahan dan fitrahnya manusia.
yang hidup pasti kembali padaNya.
yang bertemu pasti berpisah jua.
yang kita punya adalah masa.

masa untuk bersyukur.

andai takdir aku pergi dulu.

sempatkanlah aku untuk berkhidmat kepada ibu bapaku.
sempatkanlah aku meninggalkan memori indah buat teman-temanku.
sempatkanlah aku mencapai impianku.
sempatkanlah aku meninggalkan segenap inspirasi buat adik-adikku.
sempatkanlah aku meninggalkan jejak buat yang mengenaliku.
sempatkanlah aku hadir disisi mereka dan membenarkan kehadiranku dalam doa-doa mereka.

sesungguhnya kata sayang pada mereka jarang aku perdengarkan.
namun, nama mereka sentiasa hadir dalam setiap doa panjang.

andai takdir aku pergi dulu.
jagakanlah mereka untukku.


Saturday, January 5, 2013

anywhere.


"where do we go from here?"

"well, anywhere~!"
:)

somewhere is still a destination.

Thursday, January 3, 2013

two thousand. thirteen.


another year has passed.
another year older.
any wiser?

twotwo.
current age.
old.
mom said she finished her studies at my age now.
and started working.

looking at myself, i still have a looong way to go.

what improvements this year?

last few years, I've said goodbyes to 
1. gila bola.
2. gila indie
3. gila magazines

i should be saying goodbye to gila korea jugak. but taknaklah!
hahaha

well, it doesn't seem to bother me that much.
so, sorry, i won't.
maybe not yet.
tengah ade cerita best kot!
>.<

this year, alhamdulillah takde lagi major things yang in need to say goodbye to.
rasanya lah.

or maybe ada.
just that I haven't found it yet.

but, i still can't say goodbye to coffee.
should I?
mama asks me to.

trying my best.
maybe because i'm not willing to, sebab tu tak berjaya lagi.

2013.

hoping for new adventures.
new explorations.
new friends.
new knowledge.
new BOOKS!
new lessons.
new experiences.

stronger bond with the Almighty.

stronger bond with mama and ayah.
stronger bond with siblings and family.
stronger bond with ned and ben.
stronger bond with dearest friends.
stronger bond with him.

wishlist tahun ni :
1. books.
2. holiday with mom <3
3. wardrobe makeover.
*mama dah bising.
4. al-quran pelangi with terjemahan yg kecik dan kiut.
5. meet NEDDY n BENDY!
6. sambut birthday dengan inche tepung
7. new toys for baking! yeay!
8. cgpa above 3.40
*fighting~!
9. ke Borneo with yeop~!
10. for all these wishes to come true~!
*berusaha~! praying hard! ameen~

realized.
first time making a wishlist.
and posting it.
sekian.

may 2013 be a great year for everyone.
InsyaAllah.
ameen.

random #3


"I’m in love with you, and I’m not in the business of denying myself the simple pleasure of saying true things."

John Green, The Fault in Our Stars