where books take me

where books take me

Tuesday, December 31, 2013

langkah lagi.


two zero one four.

esok bakal menyambut sang tahun yang baru.
dah bersedia?

aku?
hurm...

semalam terima berita baik dari mama.
Alhamdulillah.
Praise to Allah.
Allah Maha Pemurah.
namun, Allah sertakan dengan ujian yang lebih besar.
Moga Allah bantu.

positif!
doa!

sejakduamenjaktigamenjak ni,
aku terlalu occupied dengan banyak benda.
dan semuanya bersambung ke tahun depan.

apa yang aku nampak, tahun depan bakal sibuk macam orang gila.

gila tak gila.

aku sendiri pun raguragu jugak.
mampu dak ni nak tempuh semua ni?

tapi.
aku duk nampak nak hadiahkan usahausaha aku ni untuk mak ayah.
so, memang nak tempuh dengan full speed and effort.

cuba lah.
macam biasalah, trademark aku : pakai belasah je.
kawankawan aku pulak makin maju.
satupersatu.
seorangdemiseorang.

aku gembira bilamana deme gembira.
suka tahap maksima.
Alhamdulillah atas setiapnya.
dan setiapnya itu jadi inspirasi aku.
hampalah inspirasi cheq.
:D

sebenarnya, nerves tunggu saat busy itu tiba.
tak pernah segalanya lenyap dari otak.
duk terpikiaq 24 jam.

semoga Allah permudahkan segalanya.
untuk aku dan sahabatsahabat aku.
aku nak grad dengan deme jugak!
tak kira!


bila baca balik entri ni setahun yang lalu.
aku ahmpir capai semua.
Alhamdulillah.
kuasa Allah semuanya.
dengan izinNya.

cuma ada satu : ke Borneo with abg yoep.

simpanlah kutkut tahun ni dapat.
insyaAllah ameenn.

ape wishlist tahun ni?

1. tamatkan final year project dengan flying colours dan lebih banyak ilmu.
2. cgpa above 3.40 lagi! (naik sesikit pun jadilah, asalkan improve setiap sem)
3. holiday jejauh sikit dengan team rare, make more memories with them!!  :D
4. family holiday!
5. more and more books~!
6. more wardrobe makeover.
7. improve amalan lagi! 
8. meet bendy and neddy lagi!
9. more memories with en.L sebelum berpisah untuk LI. :(
10. for all these to come true! insyaAllah ameenn... :)

Fighting~!

may Allah ease everything... :)

langkah satu per satu.

fin.

Saturday, December 21, 2013

dulu.


benar.
manusia itu sentiasa berubah.

tapi berubah kerana apa?

keadaan sekeliling.

kita....
pasti merindukan sesuatu yang dulu.
yang pernah terjadi.
yang pernah berlaku.

ya,
aku suka sekarang.
tapi.
aku masih merindukan yang dulu.

mungkin kerana yang sekarang bukan lagi random.
atau yang tak terancang.

saat itu, aku masih lagi mengenali.
setiap yang terjadi masih baru bagi aku.

yang dulu mungkin lebih banyak makna yang tibatiba.
makna yang terbit dari yang tak disangka.

yang manis.
yang indah.
yang puitis.

aku masih merindukannya.

fin.

Saturday, December 14, 2013

menjadi lilin.


lupanya sang mulut.
apa yang dikatakan semalam.

benar kata orang.
percaya itu sementara.

akan terbongkar yang nyata.
bukan yang pernah dinyata.

kau tahu?
banyak mana kita boleh jamin?
bahawa apa yang aku kata harini adalah sama akan esok hari?

janji.
penuh rasa dan perasaan.
penuh yakin.

olah.
 dan olah.
 dan olah lagi.
sampai satu hari, aku takkan kenal diri aku lagi.

alahai manusia.
janganlah bergantung pada kata semata.

doa itulah senjatamu.

Tuesday, December 10, 2013

over-written.


untuk memahami manusia itu sukar.
kerana cara kita memahami dan realiti itu sendiri adalah berbeza.

yang aku nampak, salah dia.
dan yang dia nampak salah aku.

and we are so alike.

redha dah aku.
biarlah.
keputusan kau tergantung.
keputusan aku pun tergantung.

sampai masa.
elok juga nanti.
kebiasaannya begitu.
kan.

moga Allah jaga kau.
ameenn.

*melankolia dari jauh

Friday, December 6, 2013

memori sang crazy dan awesome.


pejam celik, dah tamat program penuh derita dan gumbira.

tajuk program "CRAZY", jadi wajiblah orangorang kuat program pun turut sama crazy.
kan?

dalam samarsamar mula dulu macam jaditakjadi je program ni.
sebab semuanya orang baru yang tak pernah nak handle program bagai.

termasuklah #teamrare sendiri.
tapi aku bangga dengan mereka.
terharu tahap petala kelapan.
tambah pulak aku makin banyak kenangan baru dengan mereka sebelum tamat pengajian nanti.
*k ayat tacing gilaa

ayat bese : cepatlaah habis program nii..
sekarang : rinduuu hoiii~!

muhun putarkan balik masa....

the crew with Mejar (Dr.) Faiz Khaleed

First day 11.11.2013
program berjalan lancar je, cuma adalah part manusiamanusia ignorant tahap petala kesepuluh.
pendaftaran je la yang kelam kabut sikit.
haihh.

then tetiba pengarah mintak bantuan unit acara untuk tarik crowd dekat depan canseleri.

hari tu jugakla buat dam ular besaq bagai, keluar idea nak buat bidding tiket night safari sume.
last minute pun alhamdulillah berjaya jugak tarik crowd untuk harihari seterusnya tu.
tetapi, still lagi penjual tak puas hati.
err..krikk krikk krikk lah kan, sape suruh jual mahal.
mentangmentang yang handle ni student sepenuhnya.
ditindas secara terang.

takpe beb, hidup ada cabaran baru penuh makna.

Second day pun okieokie saje.
crowd pun dah okie, cume malam tu, last minit lagi, pengarah mintak tarik crowd jugak.
penjual masih lagi tak puas hati sebab takde orang nak beli barang deme.

pulunlah kami cari solusi dengan team kebudayaan.
dan berjayalah juga hendaknya, malam tu street band performance tepi library.
ramai jugak yang datang memenuhi kawasan depan canseleri tu.

the day ended very well walaupun unit acara tak mandi dari 7 pagi sampai 1 pagi.

Third day 13.11.2013
hari keramat bagi aku personally.
pertama kali handle program secara official.
pagi tu baru tahu tukar tempat, kelam kabut bagitau semua orang, macam marathon lari kehulur kehilir.

tapi pagi tu time ceramah ibu tunggal, okie je zati handle.
pakatpakat saling bantumembantu dengan unit lain.

tiba time ceramah inovasi, aku jadi tak tentua arah.
takut mike tak cukup.
takut tak boleh kawal crowd.
takut pendaftaran jadi macam first day.
takut dr.faiz sendiri tak nak teruskan if ade yang tak terkawal nanti.
segala macam takut.

semuanyaaaa last minit.

tapi dengan bantuan #teamrare yang sangat sepakat dan takde masalah komunikasi.
unit acara yang sedia dan setia disisi.
bantuan unit protokol, PC, makanan, multimedia.
serius, aku cuma mintak tolong, hampa terus buat tanpa berlengah lagi.
terharu tahap petala ke seratus beb~!

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

semua berjalan lancar je.
even dr.faiz pun kata semuanya okie, especially timing.
elokelok pukul 6 dia dah boleh balik.


sang penyelamat : moderator yang sudik sesudiksudiknya tolong aku hari tu.
siap prektis bincang apa suma beberapa hari sebelum.
*tabik hormat

petang tu ada senamrobik.
pun last minit.
dan meriah beb~!
serius.
dengan coach aerobik tu pun eksaited.
crazy terus.
haha.

malam tu team acara handle kajian sains dari perspektif al-quran dekat masjid.
alhamdulillah mendapat sambutan.
:)

esok tu 14.11.2013.
pukul 7.45 dah terpacak dalam kompleks sukan.
sebab my crazy idea nak start.
bebudak uni punye pertandingan, so, kena datang extra awal.
sebab deme memang semangat.
hadiah lumayan kan.

alhamdulillah semuanya ok.

yang tak oknye, masih penjual dekat ekspo.
macammacam ragam.
mentangmentang ketua unit pameran ni kurus keding je.
main serangserang gitu.
tak profesional langsung.

dakpe.
"Bersama Mugi kita tempuhi!"
yeahh~!

majlis penutup pun berjalan lancar dengan jayanya.
unit protokol buat sume.
memang tebaikkk~!
belon la paling osemm, sebab personally tak pernah pegang belon nitrogen banyak tu.
*k, pegang tali je k. kire pegang jugakla tu.hehe
siap kena puji baekk punya dari VIP yang datang tu.
osemm.
slack tu sikit ja.
takpa.
hampa dah osemm gilos.
serius~!
:D

all in all.
semuanya osemm.
time dah habis sume pun pulun kemas balik.
tolong menolong n gotong royong.
<3 <3 <3

akan merindui semua itu.

the whole lot.

may the coming 'My Crazy Idea For The Nation' will be more successful than this.
and may it be an annual event awaited by all educational institutes around Malaysia.

:)

last but not least,



my awesome team acara.
we are terribly crazily awesome.
hamekk~!
like seriusly, susah nak jumpe satu unit yang bekerja dengan sehati sejiwa segila macam ni.
haha

and.
just me and dr.faiz before he went back.


thanks a lot to everyone who helped our team along the way.
it was an awesome and crazy gila punya experience.
like seriously.

may Allah bless us all.

:)

fin.

Tuesday, December 3, 2013

kenapa sticky notes?


hihuu.

takde bende sangat pun.

sekadar mencari medium untuk meluah rasa.

medium untuk mencoretkan pendapat.

peringatan.


secara realitinya, aku guna bersama roomate tercinta.

saat musim test dan program yang menimbun.

sehinggakan tak sempat berjumpa.

sehinggakan tak sempat bertanya khabar sekalipun.

kami akan tinggalkan sedikit jejak.

mengingatkan perihal makan, rindu, dan katakata semangat.

biar kadang hal dunia banyak memisahkan kami.

masih sempat unutk saling mengerti dan mengambil berat.


sticky notes tu murah dan simple.

tak perlu ada artistik value yang keterlaluan.

hanya perlu tulis dengan penuh jujur.

lekatlah dimana kau mahu.


asalkan bahagia dan lega.


Sunday, December 1, 2013

bawa lari.


terima kasih sang hati.
kau bawa aku terbang tinggi.
lebih awan.
lebih bulan.
malah bintang.

tapi sampai satu masa.
kau akan bawa aku jatuh meniarap menghempap bumi.
mencari sudut andai ada hatihati lain yang faham kala itu.

lebih bisa dari biasa.
dan aku tak pernah alami.
sampaikan tak mampu menjerit kata sakit.
tak mampu menangis kata sedih.

oh hati.
jangan bersedih.
kau sudah cukup kuat hingga tahap ini.
biar kini otak mencari simpati.

dekat, tapi terasa jauh beribu batu.
andai aku tiada disitu.
aku takkan tahu rasanya.

terima kasih sang hati.
jangan risau.
aku akan bawa kau lari.

Friday, November 22, 2013

saat dan ketika itu.


takkan pernah seseorang manusia itu memuaskan semua orang pada satusatu masa yang sama.
dan takkan pernah kita berpuas hati dengan kesemua perihal seseorang itu pada satusatu masa.

benar.

mungkin aku keterlaluan.
terikutikut dengan arus yang aku lalui sekarang.
sehinggakan mereka yang aku sayang menjadi mangsanya.

mangsa apa?

tak semenamena sekarang aku cepat melenting dan terus terang tanpa berlapik sedikit pun.

Allah :'(

mengguris hatihati mereka yang aku sayang dan sayangkan aku.
susahnya diri untuk adaptasi dengan dunia ni.
penuh dengan ruangruang sempit dan tersepit.

ego pula tinggi melambung.
dunia bawa aku lari jauh.
jauh tanpa tujuan.
dan ketika aku lupa memandang langit yang sentiasa mengingatkan.

*ketuk ketampi 7000 kali.

Sunday, November 17, 2013

'Jadi kuat'


aku selalu tanya diri sendiri.
apa aku kuat?
sekuat mana aku?
dari segi apa?

sering aku minta dalam tadah tangan untuk terus kuat.

sedangkan jiwa hati lembut yang senang terguris.
senang sangat terasa.
padahal orang lain buat dek je.

perlu ke untuk kuat demi yang buat dek tu?

"ignore je mereka. itu cara saya. dan berkesan.
ini baru zaman universiti. belum masuk time kerja lagi nanti."
-- ned saari, 2013

semenjak itu.
aku belajar untuk jadi selfish.
direct tak toleh kiri kanan.

kuat?

bukan.
aku nak jadi kuat bukan dengan cara merendahkan orang lain.
bukan dengan menghancurkan hati orang lain.

simply, 
what you did, you get back.

adil tak kalau gitu?

tapi tak semestinya aku tak sayang, cuma menguatkan diri yang lemah ini.
sebab terasa diri ini mudah sangat dipijakpijak dan diperguna.

mudahkan diri untuk semua.
kerana takkan pernah bisa kita memuaskan hati semua orang.

:)
jika benar mereka ikhlas, mereka akan faham.

fin.


Wednesday, November 6, 2013

lejen.


balik dari movie date dengan kak tecik.
thor is one awesome man.
full of love.
brave.
wise.
strong.
and humble.

well, dia tu bukanlah manusia.
nyata, tapi, cuma fiction.
bukan realiti.

nak dijadikan cerita,
ternampak ade makcik tu pakai radiokaset walkman yg lejen tu.
yang pakai bateri triple A je tu.
zaman sekolah rendah.
UPSR.
exactly.
lepas habis UPSR.
sesapa yang ada benda alah tu pun dah kira cool gila.



lagu apa?

WESLIFE.
BACSTREET BOYS.
N SYNC.
SITI!
zamanzaman mulamula dengar indie *abang bagi pinjam.
lagi lejen.
beli kaset kosong, rakam lagu!

haha.
lejen tak lejen.

pernah sekali, geng prefectla kan sekolah all girls je.
bawak time habis exam.
cikgu masuk kelas tak semenamena.
sorok aa sume majalah komik radio game handphone segala bagai.
sekali elokelok cikgu duk bercakap kat depan.
boleh pulak radio tu ada bunyi.

kantoi!

haha.
geng prefect lejen.

pernah nak bawak makanan ape sume, nak berkelah kat taman tasik (dekat je ngan sekolah).
tanpa diketahui mak ayah ofcos.
time stay petang untuk kokurikulum tu.
tetiba tengah duk berjalan tu.
dari kejauhan, nampak cikgu kanan HEM, turun dari kereta (dia otw balikla)
cekak pinggang.
kitorang dah gelabah aa.
tunjuk sekolah suruh balik.

cikgu tu stay kat situ, sampai kitorang dah selamat masuk balik perkarangan sekolah.

berkelah kat kantin jelah.
duk pikiaq macam mana nak pujuk cikgu tu supaya tak bagitau mak ayah kitorang.

haha.
esok tu, kitorang kene berdiri kat depan semua budak waktu perhimpunan.
tapi tak kisah sangatla, sebab nak habis sekolah dah kan.
tapi, cikgu tu tak report pun kat mak ayah kitorang.
the power of 'NASI LEMAK' kut.
sebab pagi sebelum kena denda tu, kawan kitorang bagi dia nasi lemak free.
*mak dia berniaga nasi lemak.

haha.
lejen tak lejen.
sekolah perempuan.
nak lejen cemana lagi.
lagu tu jela.
haha

fin.

Sunday, November 3, 2013

melankolia gembira.


cawan aku kosong.


alangkah bahagianya jika ada disegenap ruang.

damai dan indah.

untuk aku menghidu bau segar.

naskahnaskah buku penuh cerita.

berlari dalam minda penuh dunia.

fin.



angin yang menggoyangkan pohon itu akan pergi.


biar masalah kita bertapuktapuk.

senyumlah.

kerana saat susah itu akan pergi jua.

itu janjiNya.

fin.



gembira.


pensel yang patah bisa ditajamkan semula.

resah dan gundah hanya sementara.

hari yang gelap jua akan bertemu sang mentari esoknya.

bergembiralah.

fin.



Friday, November 1, 2013

Talk TO people.


bila baca balik entrientri aku dalam ni.
aku duk terpikiaqla "asal emosi sangat wehh??"
meluah perasaan sampai emosi lagu mana taktau.
dan kini aku sedar,
aku ni sangat sensitif orangnye.
*kbai.

emosi tu naik turun.
tapi aku heranbinpelik.
time aku sedih ja aku banyak merepek kat sini.
bila time happy, tak banyak pulak.
aku bukanlah seorang yang emo sentiasa k people??!

tidak sama sekali.
tapi mungkin, masa sedih tu la duk mai ideaidea luar kotak dalam kotak bawah kotak sume.

mulai hari ini.
beta bertekad untuk mula mengisi blog ini dgn perihalperihal gembira, lebih dari yg emo drama queen.
hiyarghhh~!

entah kenape, lepas solat tadi.
aku sedar dugaan yang menimpa aku sekarang,
tak terbanding dgn orang lain.
yang lebih susah, lebih resah dan seperti tiada harapan.

aku?

jadi, aku senyum.
senyum syukur.
aku ada Allah.
aku masih punya famili yg sentiasa memberi kekuatan.
sahabatsahabat yg sedia membantu dan memberi semangat.

setiap manusia yg hadir dalam hidup aku ni byk mengajar aku.
untuk lebih melengkapkan diri aku.

barubaru ni aku belajar untuk :
stop talking about people.
and talk TO people.

cakap, jelas, terang.

biar kadangkadang pahit menelannya.
tapi itu realiti.
kalau pendam makin sakit makin gelisah.

so, aku rasa aku makin happy.
ringan sikit otak, hati pun kurang sakit.
rileks.
harapnya aku mampu.
terus mampu.
insyaAllah.

:)


Tuesday, October 29, 2013


the lips can say anything.
nothing might come out but hurtful words.

if you were me, you would feel the same.
no doubt.
and even more than how we feel.

because you're the sensitive one.
everything I do, I do it with careful and patience.
just so you wouldn't be hurt.

but life is unfair.

fin.

Monday, October 21, 2013

Aku.


Banding dengan kau, aku memang tak punya apaapa.
Macam apa yang kau ada.

Kau ada semua.
Head to toe.
Mind to heart.

Tapi aku.
Aku seorang yang membosankan.
Seorang pelupa yang tak pernah nak ingat perihal orang.
Perihal kawankawan rapat.
Perihal keluarga sendiri pun memang susah nak ingat.
Seorang yang tak pandai buat kawan.
Tak peramah dan tak reti nak sembang.
Komplikasi yang mendalam.

Kau.
Orang hebat.
Mohon sedar itu.

Aku bukan orang macam kau, 
Aku memang sering menyakiti hati orang.
Sering dan selalu.

Maaf dari hati.
Maaf kerana kependekan akal.
Maaf atas ketidaksempurnaan.
Maaf andai selalu menyakitkan.

Wednesday, October 16, 2013

Lupa.


makan semut banyak sangat agaknya aku.
nak je rasa tumbuk muka sendiri.

dalam banyak-banyak benda, itu jugak yang aku buat.
kan dah kena warning.
kan ayah dah kecik hati.
kau ape tahu??

ya Allah.

ampun ayah.
janji anakanda akan ingat pesanmu.
langkah itu harus ditanya dahulu.

kecilkecil hati ayah.
masih lagi tersenyum dan ceria didepanku.
merasa sekokak piza buatanku.
walaupun tak sedap.

dinasihat kesalahan perlahan.
dan panjang penuh cerita teladan.
penuh kasih sayang.

hmm.
ape entah diingat.
benda tu pun boleh lupa.
nak kena makan kismis ke?
tapi tak gemar kismis.
:3

*reflections.
do. it. everyday.

Monday, October 14, 2013

cemburu dan rindu.


dari jauh saja.
melihat perihal keluarga lain.
mengidamkan suasana dulu.
merindukan yang telah pergi.
menginginkan yang berlalu.

andai masa bisa aku putarkan semula.

cemburu.
mereka yang menikmati dengan caranya.
menghayati setiap ceritanya.
mendalami setiap rasanya.

bersyukurlah kamu kerana masih merasainya.
kehilangannya pasti merobek dihati.

merelakan pemergianmu.

semoga tenang disana. :')

Sunday, October 13, 2013

things to do.


reading the latest entry from anwar hadi makes me go : 

Aaahaaa~!

and..
i think about my own side things that i do.

mostly,
all fun and work.

some have asked me, 

was it hectic?
you must be busy.

yeahh..
kinda.

i felt the pressure.
but i kinda used to it nowadays.
i just have to settle things accordingly.
and manage my time wisely.

and,
there were things in between.
having less 'me' time.
less 'roomates' time.
less 'bffs' time.
less 'teamrare' time.
family time.
and less 'boyfriend' time.

time is the gambling item.

the prize?

well, don't look at now.
look at the future.

do you want to be old,
and when you look back,
"oh, yes. i used to sleep a lot, in class and yadayada.
used to spend my weekends just watching movies and korean dramas all day.
on the net all day, scrolling the timeline and 'merapu'."

is that all it is?
your youth?
what did you do on your university days?
your highschool?

life is that worth?
that much?

i dont want to look back and say all that to my children.

well, i hope not.
im not the busiest or the most popular.
im not the 'ketua', nor am i leading anything.

i just spend my time,
making some experiences.
making some history to myself.

yes, it is very tiring and annoying.
but it will pay off one day.
that's a promise.
insyaAllah.


Sunday, October 6, 2013

significant.


kalau benar ada beza dengan yang lain,
mesti lain.

kalau benar ada lebih dari yang lain,
mesti lain.

kalau benar lebih istimewa dari yang lain,
mesti lain.

significant kah aku?

Friday, October 4, 2013

Sacred.


Won't it be easier if we can read minds?

why can't we read hearts?

why?

well.
both, are special organs.

one, is at the most top, to be kept high.
for it is very fragile.

the other is deep inside one's body.
for it is very gentle.

both, are sacred.
not to be intruded by others.
you can control it, save it, keep it, and protect it.

you have the power to keep it sacred.

so think only good thoughts.
and feel great feelings.

:)

Thursday, October 3, 2013

katanya.


tengok awan.
renung langit.

ada banyak hal boleh kita belajar dengan hanya dua itu.
katanya.

jadi aku tengok awan.
aku renung langit.

:)

Awak.


dinding kosong itu aku renung.
lama.
otak geliga berfikir ituini.

tanpa sedar, ada yang memerhati.

yang cuba mencari ruang untuk aku luah.
yang cuba mencari ruang untuk aku senyum.
walau penuh kerutku di dahi.

tanpa jemu.
dia mencari ruang itu.
buat aku ketawa riang.
buat aku rehat sejenak.

bebelannya setiap hari tak pernah bosan.
menjaga.
mengambil berat.
menyayangi.

aku bersyukur.
kerana dia pilih aku.

kerana dia buat aku tak lupa pada akhirat.
pada Tuhan.

biarpun berkalikali.
biarpun aku degil.
biarpun hati ini penuh dosa.
biarpun diri ini lemah tak berdaya.

dengan kelembutan, dia mengingatkan aku.

terima kasih Allah.
terima kasih awak.

<3

:)
semoga terus kuat dijalanNya.

*kalau ade orang kacau, mohon bagitau, biar saya belasah dia cukupcukup. :P

Friday, September 27, 2013

alasan.


terkaku dalam hujan.
kasut yang baru aku beli minggu lepas lencun dibasahi lopak air hujan.
sahabat setia memegangkan payung disebelah.

hari ini aku merengek sebab hujan.
basah kasut baru aku.

merengek atas nikmat Allah turunkan untuk menyuburkan tumbuhan seisi alam demi sepasang kasut kasut mahal.

dunia.
bawa aku jauh menyimpang.
perkara mudah begitu pun jadi lupa.
alpa dan mengagumi materi.

ketuk kepala sendiri.
:'(

Tuesday, September 24, 2013

what goes along with it.


"Loving you, i cannot avoid other feelings that came along with it."

the normal days you said it were.
they were special to me.

life was along the line.
there were no stops nor rests.
but i felt i am at peace when i saw your face.

the calm and comfortable feeling you gave.

grew     'me'     into a better     'me'.


i thought i was ready with everything.
but i forgot the things that goes along with it.



having to face the mixture of feelings that makes you even more difficult.
and things that does not make sense.

these emotions keeps me on my feet.
knowing where i am going, and with whom i am walking.
thay are precious experiences.

for everything bad and good that goes along with it.

"That is love, my dear."


Sunday, September 15, 2013

let go.


ease.

i shall rise again within my range.

such rebellious heart like me.

despair is against happiness.

let it be even for a long time.

an aqua does not accept who let them go.

because they will never let  her friends go.

even her enemies.

short.

needing a parachute, emergency.

but was given a sea to fell into.

and i can't swim.

let go and rise.

be thankful for this is all His plan.

Saturday, September 14, 2013

escape route.


menanti sesuatu yang tak akan muncul.
atau menanti saat yang tak akan kembali.

bersuara dan tiada perubahan.

sesat dalam mencari ruang itu.
tetingkap fantasi yang mulanya besar.
makin mengecil bersama hari.
diluar itu kelabu, gelap menanti hujan.

makan hati, sakit hati, remuk hati.

dan menangis lagi dan lagi.

ahh.
aku tak punya masa untuk berfikir tentang semua itu.
mereka yang perlukan perhatianku.
menanti dibalik cerita letih itu.

namun diri tak mampu.

teringatkan bibit pertama yang ku agungkan dulu.
tetingkap yang luas mempamirkan pelangi dan mentari.
janji hari-hari istimewa yang tak akan pergi.

aku masih percaya.

Friday, September 13, 2013

merasakannya.


bila apa yang kita suka menjadi yang mengganggu.
bila apa yang kita tidak suka semakin menarik di hati.

dulu tidak paksa, sekarang ia semakin menekan.
dulu yang dipaksa, sekarang semakin ringan.

setiap kali sebelum tidur jenuh berfikir tentang dunia.
saat terbuka mata juga msih berfikir tentang dunia.

kata mama "Put your priorities right".

aku makin hari makin berubah.

dulu mudah dipijak dan diperguna.
sekarang mula kurangkan kasihan dan berfikir tentang diri.

dulu menjadi pemendam dan sabar.
sekarang mula kurangkan sabar dan berterus-terang untuk diri.

berfikir tentang masalah.

kata sang sahabat "Dunia semua tu, dunia".


Tuesday, September 10, 2013

jauh.


kenyataan :
menjadi sang tumpang.

semua suruh aku jadi tegas.
tapi yang 'semua' itu masih bebas.
yang dipandang serong itu aku.

kerana tindakan itu, aku makin jauh.

*menangis.

aku saja yang memerhati dan ambil berat dari jauh.

*menangis lagi.

mengenangkan apa yang diluah olehmu ketika itu, aku sayu.
tidak layak bersahabat denganmu.

*menangis.

sungguh, kecil hati mendengarnya.
kerana aku sangka kau benar-benar bersahabat denganku seikhlasnya.
terima aku apa adanya.

aku tahu, kata 'maaf' itu tak akan pernah kau ucapkan.
semua berkata perkara yang sama.
tapi aku masih percaya kau masih punya hati dan perasaan.

doa dari jauh.
andai kau tahu.

*menangis lagi.

Friday, August 30, 2013

Dear You.


Dear you,

This is something for you.

Only you and no one else.

I picture us together in the future.

Its not something I imagine with anybody else.

I live with my own principles and sometimes i over rule it.

More often I forgot about it when I get emotional or angry.

Remind me if I did like you always do.


'It's you, and no one else.'





Know this, 

Dear you,

All these is happening because YOU mean something to me.

:)




Thursday, August 29, 2013

ucapan.


susah pada mulanya.

ucapan itu tersekat ditekak, tidak bergerak.

langsung tersimpan, pendam dan diam.

sekali terucap, merah padam, susah hilang.

tak tentu arah.


makin senang terucap, dan makin kerap.

namun, bak katanya,

'tanpa perlu diucap sekalipun, kita tahu faktanya'.

senyum dan doa.

terima kasih. :')

saling melengkapi.


genap seminggu kembali ke ump.
homesick masih membuakbuak.
tapi tak terasa sangat, sebab bakal pulang sebentar lusa nanti.

disini menerjah alam dewasa bersama 2 orang sahabat dan kenalankenalan baru.
makan tidur gelak penat resah gelisah gembira bahagia bersama.
mencari sedikit ilmu dalam mengorbankan masa dan wang serta tenaga.

dalam pada harihari bosan yang penuh dengan 'pakai belasah je'.
terselit momenmomen baru dan lebih intim bersama 2 sahabat itu.

ya, aku masih yang ditengah, diam dan menyelit kala merepekku sampai.
yang penting, mereka lebih merepek dari aku.
aku yang bosan ini pun sekarang lebih merepek dari mereka berdua.
kami 'rare' penuh dengan insideninsiden 'rare'.

memang 'rare'.

tapi, bagi aku, apa yang lebih 'rare' disini adalah isu 'menjadi diri sendiri'.
masingmasing punya karakter dan tabiat.
berbeza dan tanpa sempadan.

kelebihan dan kekurangan masingmasing.
TETAPI...!

SALING MELENGKAPI. :)

yang bisa spontan dan menjadikan sesuatu yang serius jadi enjoy dengan mudah.
yang bisa terus terang dan bercakap 'like a boss' dengan tak kira siapa.
yang bisa bertanya dan menebalkan muka dengan wajah blur tapi comel. kbai.

penemuan baru?
kecintaan baru?

:)
<3

Wednesday, August 21, 2013

happier.


when eyes are locked.
with a smile so true.
with hope and dreams.

lies a thousand other things.

but above all, was one feeling.
and we felt it.

having someone who tries hard to make me happy.
i am a person who will try harder to make you happier.


guane kome?


kalau semalam aku susah nak tidur.
penangan 'the conjuring'.

hari aku keluhkesah dalam dilema.
penangan 'keluarga atau diri'.

semua tanya bila aku balik uni.
dalam pada masa yang sama masingmasing merancang seperti aku takkan pulang ke uni.

dan aku terjerat dek berjanji menanam tanggungjawab di sebelah sana.
otak : buntu.

rencana demi rencana.
macam mana nak cerita, nak cakap, nak tolak.

nak rancang, nak balik, keluar duit.
nak pujuk dan bagi faham.
dan sewaktu dengannya.

aku ni payah sikit kalau berjanji.
kadangkadang orang tu pakai cakap aje, bukannya betulbetul pun.
tapi aku dah amik port, siap rancang dalam otak.
dan bila tak jadi, takdak plan B.
tu memang aku.

.dush sebijik.

takpa lah, kita kena carik jalan lain, jalan susah sikitlah.
takpa, niat betul, Allah bantu.
insyaAllah orang lain akan faham.

tapi.
masalahnya.
aku dah buat keputusan.
tapi masih 50-50.

ate?
guane?

Monday, August 19, 2013

titipan hari ini.


menerjah ke laman sosial dan blog-blog kalian.

terbit rasa rendah diri.

bagai kecilnya sang semut memandang sang pokok yang gagah berdiri.

perihal itu cuba diteliti dalam-dalam.

ya, mereka kelihatan sempurna serba-serbi.

aku?

masih terkapai-kapai mencari sedikit persepsi.

'lari niat dah tu. kau nak tunjuk kat siapa?'.

bukan.

bukan untuk tunjuk pada sesiapa.

cuma dengan rasa itu, ada kemajuan.

ada perubahan.

bukan bosan atau sekadar cemburu.

cuma mahukan pembaikan.

boleh diambil kira sebagai model/idola.

sedikit sebanyak, berpada-pada.

biar ada yang tidak menghargainya, asalkan kita sendiri dapat merasa perubahan itu.

kesannya biar positif.

bukan hanya pada empunya diri, tapi pada sekelilingnya.

insyaAllah.

yang terbaik buat kita.


Wednesday, August 14, 2013

broken guitar. --heebeestory1--


late night and i'm fully awake.

i'm broken.

one of my string is broken.

and my owner has no money to fix me.

besides, i'm to old to be used.

my place is inside this tiny storage.

along with my friends.

i used to have this awesome good drum friend.

he really rocks the crowd with his awesome harmony of rhythms.

i used to play with him.

we do have this awesome chemistry together.

he accepts me even thou i am broken.

playing with only 4 strings sounds funny but he liked me anyway.

but you see, the world doesn't go your way.

i knew he will go to more awesome places than this mini instrumental shop.

so, i'm letting him go even thou he wanted to stay.

he deserves a rock star band who can make him look good and enhance his potential.

and the crowd loves him too.

i know he'll be great.

he'll be more awesome out there.

i will always support him from afar.

--heebeestory--

Friday, August 9, 2013

1 Syawal itu.


Pagi itu dalam mode 'senyap'.
Kurang bercakap dan banyak senyum.
Senyum dan diam.
Hati yang sentiasa dibalik-balik dengan gundah.
Aku rindu saat menyambut Syawal dengan arwah Atah dan Atuk.
Dua insan yang paling rapat selain Mama dan Ayah.

Sejak pemergian mereka, Syawal semakin senyap.

Ziarah pada pagi itu penuh dengan sebak.
Bacaan surah Yaasin diketuai oleh adik lelakiku menambahkan lagi sebak.
Ketika melangkah meninggalkan Tapak Perkuburan, aku lihat sekeliling.
'Semoga ziarah ini sentiasa mengingatkan aku tentang mati. Disini juga tempatku suatu hari nanti.'

Selepas ziarah kubur arwah Atah dan Atuk, sesak di Pekan Perit.
Seperti Hari Raya tahun-tahun sebelum, pekan kecil Parit ini akan sesak dengan kereta dari seluruh Malaysia.

Dan dalam kesesakan itu, kami berhenti berdekatan sebuah ladang getah.
Aku lihat seorang pakcik tua, sedang meringkuk membenamkan muka dalam peluk kakinya.
Melepaskan lelah dalam bekerja, walau pada hari Raya pertama.
Sebotol air kosong dalam botol usang menemaninya bersama topi kebun dan kereta sorong hijau tua.

Allah.

Dan sejenak dalam sesak itu, berhenti pula di depan sebuah 'bus stop' kecil.
Seorang abang lingkungan 30-an sedang duduk berehat sambil melihat kereta yang lalu lalang.
Dihadapannya sebuah lori 'ais' kecil yang pintunya masih terbuka.
Peluhnya dilap dengan kain yang memeluk dibahu.
Sekilas dia tersenyum, melihat gelagat kanak-kanak yang turut berada di situ, sedang berlari-lari anak lengkap berbaju raya.

Ya, mungkin apa yang aku lihat ini apa yang cuma aku yang nampak.
Realitinya mungkin berbeza.
Tapi, yang pasti, ini yang Allah bagi aku lihat dan rasa.

Peringatan untuk diri sendiri yang sering alpa, supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki dariNya.
Setiap nafas dan kurniaanNya.

Ini baru di sini.
Belum lagi yang sedang di uji dengan kekejaman tanpa belas kasihan.
Sama-samalah kita bersyukur kepadaNya di setiap masa.
Dan mendoakan mereka yang memerlukan doa-doa para muslim seluruh dunia.

Sekian cerita satu Syawal.
AsSalamuAlaykum.


Wednesday, August 7, 2013

Perit.


"keindahan hari itu lengkap kerana rasa syukur kepada Dia."

lemahnya aku hari ini, membilang waktu maghrib.
bulan yang bakal ditinggalkan.
perit.

biarpun insan ini tiada lengkap dalam amalannya.
tercela di merata-rata.

sungguh dari jiwa yang paling dalam, sedih terpuruk di sanubari.
lemahnya imanku sehingga takut.
takutkan hari-hari dimana aku bakal tewas dengan diri.

tunduk pada nafsu dan bisikan-bisikan duniawi.

istiqamah.

Lillahi Taala.

semoga aku kuat melawan arus dunia.
semoga niat tidak lari dari menghadap ke syurga.

Amin.

Thursday, July 25, 2013

aku tak senang.


aku perasan beberapa kawan aku berubah.
tak semesra dulu.
mungkin lebih berhati-hati dengan aku.

aku teringin tahu apa yang dikatakan oleh sahabat itu padamu.

salah besarkah ia?
pelikkah?
jelikkah?
berdosakah?

it seems like it is a huge matter.

bila teringat balik kata-kata kawan-kawan perihal itu.
aku jadi takut.
jadi sedih.

aku difitnahkah?
disangka burukkah?
atau ia cuma salah faham?

aku tak diberi peluang untuk menerangkannya.

jadi aku sedih melihatkan kerana ia kawanku berubah.
mungkin dari luanya sama.
tapi seperti ada ragu yang mengganggu.

aku ingin bersangka baik dengannya.
tapi memandangkan dia telah campak aku jauh dari hidupnya.
mencari sahabat yang sepuluh kali ganda lebih murni dariku.

aku jadi "entah.."

dan pada kalian.
aku tak minta kamu menjauhinya.
kamu sendiri nampak apa perihalnya.
aibnya yang aku sorok selama setahun.
tanpa perlu aku usik sedikit pun, terpampang untuk kalian lihat sendiri.

aku sendiri tidak sanggup melihatnya sebegitu.
aku diharung rasa bersalah.
tapi tak lut.
sudah lama perkara itu berlanjutan, tiada yang berubah.
malah en.ego memakan dirinya sehingga aku dicampak jauh.

terus lupa dengan kata 'sahabat'.

mulanya aku redha, biar aku yang bawa diri.
biar aku yang dilihat hina.
tapi kalian nampak sendiri, menarik aku kembali.

padanya aku dilihat menang.
mungkin dia rasa tewas.

malah tewas dengan yang tidak setandingnya.
en.ego makin memakan dirinya sendiri.

dan aku, sehingga hari ini.
aku risau.
dan runsing dengan rahsia itu.
kerana perihal itu menampakkan perubahan pada kalian yang lain.

aku jadi tidak senang duduk.

jadi, pada kalian yang terbaca entri ini.
aku mohon kalian terangkan.
agar bisa diteruskan persahabatan.
tanpa ragu dan resah.

yong.

sweetness of sabr.


life is unfair.
and pain demands to be felt.

what feel right is sometimes not the best thing to do.
to do : endure, with patience.

ayah thought me that.

:)

reading john green's the fault in our stars made a great deal to me.
I've made a promise to myself : not to think a lot.

i did a lot of mistakes, for thinking to much.
i never want to face them again.

prevention is better than cure.

if i came across something, and it is not pleasant.
shut it off, sleep, and smile on the next day.

and. i. feel. better.

keep calm and move on.
have a nice day people.

Wednesday, July 17, 2013

hilangnya jujur.


jujur terhadap cinta.

istilah itu terlalu jelas.
setia yang disematkan dalam jiwa.
berintikan kasih sayang dan kepercayaan.

andai rasa hati sudah tak jujur.
tinggalkan tautan itu.
leraikan dengan perlahan.
biar pedih itu tak terlalu menyiksa raga.

aku sendiri pernah mengalaminya.
keadaan ditipu dan dusta dari sumber jiwa yang sangat dekat dihati.
mulanya seperti sembilu.
pedih.
kemudian ia jadi bara.
yang bisa meranapkan berderet rumah konkrit yang kukuh.

wahai lelaki.
kalaupun hati tidak selari.
berhentilah dahulu apa yang sudah dimulakan.
sebagaimana kau menjaga hatinya ketika sayang masih ada.
wujudkan satu kehormatan baginya.

tinggalkan dengan penuh hemah hati yang mudah pecah itu.

berikan hati itu satu durasi masa untuk pulih.
memangku semula diri yang jatuh.
meminjamkan kekuatan dari sekelilingnya.

sungguhpun hati kau sudah diganti baru.
perlahankan gerak itu.
bayangkan kau berada ditempatnya.

jangan kau tamak dan pentingkan diri.
biar adil baginya perpisahan dua jiwa itu kerana tidak serasi lagi.
tanyakan khabarnya.
cuba kuatkan mindanya.
biar secara lembut dia mengiakan realiti.
jangan kau rentap hatinya sehingga layu.

sedarlah wahai lelaki.
kami tidak sekuatmu.

ikhlas,
wanita.

Monday, July 15, 2013

coins.


some people are very detailed at certain things.

for example : coins.

they use new coins, instead of the old coins.

the old coins are sometimes too precious.

vintage and there might be a little bit of memory there.

they used the new coins, but when there is none, then, they will use the old coins.

some, keeps the new coins.

it is still shining and it feels new and precious somehow.

but some, they treat them the same.

old or new, they are just coins.

JUST COINS.

why bother?

but.

old or new, they are worth the same.

only people who appreciate will realize,

that the coins, made some difference in their life.

i am a coin.

i want to be worth to someone that appreciates me, eventhough i am only 1 sen.



selamat berpuasa people :)

Wednesday, July 10, 2013

kisah 1 Ramadan.


sahur :

"iya puasa betulbetul tau.
nak pahala tak ni?"
"naknak!
ye, nyanya.
iya puasa."
"okie!
balik sekolah nanti kite pegi bazar ye?
puasa tau~! "
"yellaaa.."

balik sekolah :

"tu dah kenapa muka monyok je ni?
ce senyum sikit, buruk benor."
"dahaga."
:(
"mmm.
nampakla yang adik nyanya ni puasa betul.
kejap je lagi.
tengok jam pukul berapa tu?"
"lima.
lagi dua jam."
"haa.
lagi dua jam je, pejam celik dah boleh buka.
sabar ye? 
tahan lapar dan dahaga, barula puasa namanya.
nak pahala tahan dahaga tak?"
"nak."
:|
"haa.
kejap je lagi okie?
balik, mandi, tidur kejap.
nanti kite pegi beli ayor cincau okie?"
angguk2*
(*balikbalik si kecik terus mandi, tertidur sekejap, 15 minit.)
(tak perlu kejut, tengahtengah bersiap tu si kecik ketuk pintu)

"nak pegi dah ke nyanya?"

*senyum, tak perlu kata apaapa.
jom cepat~!
dah lambat ni~!

dekat bazar :

"haa. 
nak ape ni?
dah dua kali pusing ni."
"tak tahu.
nak air je."
"air je?
taknak makan?"
"nak.
nyanya beli je lah."
"nak kebab tak?
sama dengan abang yop."
"nak lah.
dua."
*sengih
"haha.
okie."
:D

time berbuka :

"yeayyy~!
adik nyanya puasa penuh hari ni~!
cakap ape ni?"
"alhamdulillah."
:)
"alhamdulillah.
esok boleh puasa lagi~!"
:)
:)

*mendidik tu bukan mudah.
perlu dengan kelembutan dan penuh santun.
semoga adindaku berjaya dunia dan akhirat.
ameenn.