where books take me

where books take me

Sunday, December 30, 2012

vloggers and bloggers awesome :)


3 vloggers yang setia beri gelak tawa dan informasi pada masa yang sama.
sapa?


anwarhadi.
TESOL student. bakal cekgu english.


matluthfi.
lepasan degree architecturing. kot. rasanya la kot.


aimanazlan.
degree student dekat canada course biology and psychology.

umoq depa memang pakat 22 (2012) semua.
anwarhadi dan aimanazlan both memang bloggers.
matluthfi pulak baru berjinak2 dalam blogging baru-baru ni sebab dia dah habeh degree.
aiman azlan is also a vlogger for http://langitilahi.com

ape yang awesome?

tengok sendiri :

anwarhadi's blog :

his youtube channel :

matluthfi's blog :

his youtube channel :

aimanazlan's blog :

his youtube channel :

haaaa~
mane tak awesome deme ni?

remaja sekarang lebih prefer medium yang lebih santai, sempoi, spontan dan bijak dalam menyampaikan sesuatu.

dakwah.
mentaliti.
pendapat.
pengajaran.
informasi.

mudah.
semua dihujung jari anda.

biarlah orang kata depa carik publisiti ka, duk promote diri ka.
yang penting, ape yang disampaikan tu sampai.
berkesan atau tak, depend pada individu tu sendirila kan.
hat tu tak boleh nak kata la kan.
ambil apa yang disampaikan,
relate dengan diri sendiri.

tapi depa pun manusia biasa.
besala tu, duk gila-gila merepek apa taktau.

hampa jangan duk kata depa pun tak betui, nak cakap banyak plak kan.
depa tu menyampaikan ja.
depa manusia macam hampa jugak.
tak sempurna.

hampa toksah duk nilai oghang sangatla.
be open.
zaman dulu lain.
zaman sekarang lain.

take in what's right.
ignore what's not.

hampa pun dah cukup besaq nak pikiaq.

right.
banyak cakap dah ni.
habeh utagha sungguh entri kami kali ni.
maaf maaf~
*ni bedil punya penyakit duk maaf2 lagu ni.

sekian.

last but not least,
hampa awesome kalau hampa baca entri ni.
sebab cheq tak ramai followers macam depa atau hampa.
>.<

AsSalamuAlaykum.

Friday, December 28, 2012

ikhlas.


 Do a good job. 
 You don't have to worry about the money. 
 It will take care of itself. 
 Just do your best work. 

Thursday, December 27, 2012

semalam.




Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo... ga... e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam 
pergi...

Wednesday, December 26, 2012

rasa.


bila rasa tu dah bercampur.
sampai jadi pahit.
mungkin aku je yang perlu bertahan.
orang lain teruskan peranan.
mungkin.
teruskanlah.

acah-acah pun ada batasnya.
jangan biar darah ni naik sampai telinga.
ada yang bakal sentap tak terkira.

manusia sekarang semua nak menang sendiri.
erti kawan, 'common sense' pun dah hilang.

pelik dan ajaib.

yang pendam.
yang diam.
yang peram.

jangan biar sembunyi lama-lama.
orang mula pijak kepala.
manusia sekarang semua sama.
aku pun sama agaknya.
terikut jadi macam yang tak setia.

patut pun ada manusia yang cakap pakai belasah.
sebab manusia yang minta.
tanpa sedar dan secara sedar.

geram.
meragam.
sekian.

Tuesday, December 25, 2012

leka.


Leka.

Anak itu leka bermain ditepi pagar itu.

Tekun.

Sahabat itu tekun menatap tulisan yang menari-nari dibalik nota.

Tenang.

Cuaca petang itu damai bersama langit yang penuh ekspresi.

Indah.

Yang dipandang semuanya indah.

Dalam hati siapa yang tahu.

Senyap.

Biar semua berlalu perlahan.

Rasa damai ini sementara.

Resah juga pasti singgah hanya sekejap.

Senyum.

Monday, December 24, 2012

mr. hot kata..



hee :)

i wish and i pray.


future.
people would imagine themselves in the future.
big house, nice cars, lots of money, buy everything they've ever wanted.

me.
it's not that i don't do that.
but i guess i'm much simpler.

what i wish for is :

a very cute, cozy house.

not that big or too small.
big enough for my children to run around and have a mini football match with my hubby outside.
let them be active and all healthy.
small enough for a mini library for myself.
and the whole family.
i want my children to love books more than they love gadgets.
well, that's my part then.
i want a small garden with green grass and nice looking petunias.
inside my small and cozy room is  one huge window where i can see sunrise with my hubby.
and count the stars with my future children at night.
ayah always did that with us when i was still a kid.
the best part is yet to come, the kitchen.
huge oven.
so i can bake all kinds of cake for my family.
desserts and just everything.
convenient and  simple.
but classy.

a family car.

enough for the family.
i used to jump around in the car with yop.
had an accident where i literally hit my face on the front dashboard, flying from the back seat.
yeap.
that is how 'active' i was back then.
dangerous.
but i remembered it was fun.
i'll let my children do that.
but when the car is moving, everyone should be wearing their seatbelts.

a loving husband.

loves his family more than himself.
would actually serve the family and still be very strict in terms of health and safety.
have common sense to renew the family bond.
would never play with promises.
fun for the children to play with and be comfortable to talk to.
but still have principles for the children to follow and respect for.
simple and open for the children to live their life to the fullest.
oh well, i guess i'm finding a father for my children to be the husband for myself.
end of story.

a challenging career.

i love challenges, i hate routines.
that defines my whole concept of everyday life.
but i don't really have high expectations.
i make the best of everything.
but i don't think i'll stick to just one career.
i want to own a bookshop and bakery.
something i can concentrate on later when i'm getting old and just wait for my children to get married.

awesome children.

active.
healthy.
open-minded.
Islamic based.
this part, again, is my part to attend.
may my husband and i can mold them to be better parents then we do.
may we have the strength and enough qualities to mold them to be great, awesome and nice people.

*praying hard for the future.


Saturday, December 22, 2012

sedikit.


biar sedikit.
biar jelas.
hati itu terlalu besar.
besar dengan apa?
hati itu besar dengan rahsia.
luahlah.
biar rasa tenang itu ada.

Tuesday, December 11, 2012

kesan ucapan dan ungkapan.


teringat satu kisah dimana heebee terdengar seorang sahabat tak lama dulu berbual di telefon bersama ibundanya.
bulat juga mata terdengar caranya.
kasar, dan penuh bisa.
tak lupa dengan perkataan yang tak sedap didengar.
kerut-kerut dahi ini penuh dimuka.
waduh, pasti perit yang mendengarnya.
tambah,
ibu sendiri.

opppsss!
ya, jangan cepat 'judge' orang sebegitu.
kerana heebee juga pernah terdengar seorang ibu bercakap dengan begitu kasar sekali dengan anak-anaknya.
anak-anak kecil.
malah berbaur negatif belaka.

tak boleh nak salahkan anak seratus peratus.
tak boleh nak salahkan ibunya seratus peratus.
setiap yang berlaku itu pasti bersebab.

carut.
lucah.
negatif.
itu semua pilihan.
apa yang keluar dari mulut pasti boleh dijaga.
perlu sentiasa peringat diri.

disebabkan kisah-kisah diatas inilah yang buat heebee terfikir.
apa kesan setiap ucapan yang kita tuturkan.
kadang-kadang itu pasti terkeluar yang tak patut.
tapi bila dah terlalu biasa, 
sampaikan melatah pun perkataan yang sangat 18tahun dan keatas.
ia akan jadi 'habit' yang amat buruk.

kesannya nanti mungkin pada anak-anak kita sendiri.
jika selalu sangat anak-anak kita terdengar kita mencarut,
semua 'F words' belaka, 'S words',
yang maksudnya sangatlah tak bermotif.
mereka?

"They don't just learn only from we teach them,
but from what they see and hear."

selepas apa yang heebee belajar dari peristiwa-peristiwa diatas,
heebee cuba terapkan untuk tidak menggunakan perkataan yang negatif.
sedaya upaya jadikan ia habit.
tekad tidak mahu bakal anak-anak heebee nanti bercakap tanpa 'manners'.
tak mahu membayangkan pun.

insyaAllah usaha heebee ini akan berbekas dikemudian hari.

anda?
jom mula sekarang.
biar kita marah sekalipun, cuba jangan guna perkataan-perkataan tu.
cuba guna perkataan yang lebih lembut atau tidak terlalu negatif.
heebee faham.
kita manusia, mana boleh tahan-tahan marah.
tapi cuba.
banyak lagi perkataan-perkataan indah dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi terbaru.

semoga berjaya!

dan oh!
kepada jodoh saya nanti.
kepada bakal ayah kepada anak-anak saya.
saya mohon cuba juga ;)
kalau tak nanti saya 'stapler'.
haha

okie, dah melalut.

:)

Saturday, December 8, 2012

the fourios yang awesome.



indahnya ukhwah.
tatkala ada persamaan jiwa dan rasa.
atur langkah susur dunia penuh liku satu persatu.
kami bukan golongan gah hebat pelajarannya.
bukan yang terisi koceknya.
bukan juga terlalu mantap imannya.
namun,
kerana bersama.
kami perbetul diri setiap hari.
kami menjejak mimpi mengikut intuisi.
kami hidup santai cara kami.
sesuatu yang baru setiap kali.
dengan segala yang mampu menemani dan ada di sisi.


kami ohsemm.
the fourios.
lebih awesome dari oreos.

*mata keatas tangan dibahu.

Wednesday, December 5, 2012

Kispen #1


malam semalam aku bermimpi seseorang.
aku terbangun dan tersenyum lebar.

wah!
hebat penangan seseorang itu.
orang tua-tua kata, kalau termimpikan seseorang,
orang itu sedang rindukan kita.

ntah!
itu cuma dongeng.
masakan seseorang itu merindukan aku?

siapa aku pada dia?

dan persoalannya,
siapa dia?

kawan?
kekasih?
bff?
mama?
ayah?

oh tidakk~
tidak sama sekali.

ini kerana.

aku pun tak tahu siapa.

sekian. 

Monday, December 3, 2012

tegur. kau sahabat yang mengingatkan.


kutuliskan setiap yang hadir.
keindahan.
kepayahan.
kesengsaraan.
ketidaksengajaan.

yang pergi.
aku yang lama.
diam bisu yang tuli dan pekak.

ditegur sahabat sendiri.
aku yang lama sudah tidak kelihatan.
katanya aku hiraukan hati manusia lain.
aku semakin pentingkan diri.
lebih serius.

:)

maknanya aku berjaya mengeringkan hati.

tidak.
bukan aku tuju pada sahabat itu.
bukan.
aku tuju pada diri sendiri.
yang mudah percaya.
yang mudah mengalah.

disember yang hadir juga aku sambut dengan semangat baru.
tegas dan baru.

disember yang dulu penuh racun.
biar.
aku mahu tinggalkannya dibalik kenangan yang lain.
disember yang dulu penuh bisa.
biar.
aku mahu sorokkan rahsia hati segan yang tak perlu.

aku harap kau faham wahai sahabat.
aku masih yang kau kenali.
pemendam tegar dan penyegan dibelakangmu.
perubahan ini kerana sang dunia.
aku yang kini lebih teratur.
mungkin aku yang lebih terang dan jelas.

sayang kamu berdua <3

Saturday, December 1, 2012

tumpah.


hati wanita yang terusik.
kadang kerana sayang dipendam.
dalam.
namun pada satu tahap.
jiwa bergelojak.
meronta untuk disapa.
cerita sedih minta dibaca.
tetapi mulut tak mampu bicara.
akhirnya hati nan kering itu basah.
air yang tertumpah tak mampu bertakung.
berjurai disisi bahu lemah.
"tak tahu" itu alasannya.

nan hati kering yang aku kenali.
kali ini basah tanpa dicuit.
kerana telinga yang terlupa mendengar.
kerana sang hati yang tak menghargai.

sedih kerana aku jauh.
tak mampu menenangkan meminjam bahu kecil.

wahai sahabat,
carilah kedamaian nyata.
carilah jawapan pasti dan bukan tanda tanya.
berhenti menderita.
berhenti sabar yang tak membawa kemana.