where books take me

where books take me

Friday, November 30, 2012

bintang dihati.


dia yang hadir persis sang badang yang berani.
tanpa takut atau goyah dengan bisikan setia.
hari-hari yang diatur seperti miliknya dengan mesra.
buat aku percaya bahawa nyata itu ada.

tidak..
bandingnya mereka tidak aku satukan.
beza yang terpinggir dan aku biarkan.
tapi kuat hati ini menjejaki hati yang tak pernah aku miliki.
yang tak pernah aku ketahui isinya.

nyata.
yang mencanting hari seterusnya ini lebih manis.
lebih kukuh rahsianya bersama erti setia.
yang dulu aku lempar, kini kembali penuh warna.
hiasi malam kelam sunyi yang resah dalam jiwa.

maaf jika menginginkan yang tak termampu.
tapi aku ingin berpaut dibahumu dan temani susur hari.
maaf jika kehadiranku merimaskanmu.
tapi inginku gapai impian dan bina janji nyata.

maaf. andai ku tak sempurna.

Wednesday, November 28, 2012

kerana semalam yang dipendam.


andai aku khabarkan.
rapuh hati ini mungkin makin kukuh.
andai aku berani.
ketakutan ini mungkin lebih pudar.
andai aku terusan menyingkir.
yang ada ini mungkin pergi.
andai aku rela membiarkan pedih.
gembiraku ini mungkin padam.

andai diam aku terlalu dalam.
hindar terusik dek hati resah.
kerah senyuman biar cerah.

andai rasa itu aku sorok.
kau juga tidak tahu.
dan takdir ini tidak berlaku.

andai hari ini muram.
keindahan semalam jangan dipendam.
rahsia ini jangan diperam.

andai luahan ini tidak mencukupi.
ketahuilah yang kudiamkan hanya rindu.
bibit doa mohon restu.

Monday, November 26, 2012

keindahan yang tercapai.



sebulan yang indah.


Bukit Panorama, Sungai Lembing,
Pahang.
10.11.12
bersama geng Power Rangers.
yang AWESOME.



Pantai Teluk Gorek
dari puncak
Gunong Arong
Mersing, Johor.
Kem Trekking G1 2012/2013
23-25 Nov 2012

ye, cheq dah sampai Johor :) akhirnya~!

Sunday, November 25, 2012

ikhlaskah?


tatkala terdengar ungkapan itu.
aku terkedu.
mulut terkatup.
bibir tertutup.
bukan kerana ungkapan itu.
tapi aku mula berfikir.
ikhlas kamu bersahabat denganku?

dan tatkala itu.
aku muhasabah diri sendiri.
aku?
ikhlaskah aku bersahabat dengannya?
dengan sahabat-sahabat yang lain?

dan aku senyap.
dan terus senyap.

makin kita rapat dengan seseorang itu.
makin kita mengenali diri sendiri.
dan hikmah disebalik tiap-tiap sesuatu.

dan bilamana ungkapan itu.
menusuk di hati.
aku peringatkan diri.
jangan membenci hanya kerana satu keburukan.

Wednesday, November 21, 2012

lost.


at a point.
too many things came knocking.
some needs decision.
some needs patience.
some needs care.
some requires thinking.
some came to say 'hi' and crash against my days.

i realized why.
why things are crazily bothering my heart.
why peace came and gone like wind.

i realized why.
why i don't like planning.
why i'm not a planner.

i realized when.
when my plans falls apart.
when things don't go like i imagined.

that is when it came to my breaking point.
that is when i need the Creator.
that is when i need my parent's wisdom.
that is when i need someone's care.
that is when i need my true friend's company.
that is all i need.

i'm independent. i'll never run from my problems. i can do this. dear heart, dear self, please please please be strong. better days ahead. trust in Him.


Monday, November 19, 2012

dalam kebisingan.


duduk melepak dengan sahabat-sahabat.
bunyinya seperti sia-sia.
tapi tidak sebenarnya.
kadang itu input yang hadir seketika bising itu lebih mantap dari yang seketika senyap dan hanya mendengar.
itu kuasa interaksi.
itu kuasa sharing.
itu kuasa ukhuwah.

dan yang bising seperti sia-sia itu mengingatkan kepada banyak perkara.
perkongsian cerita dan apa yang pernah dirasa.
jika hanya senyap diam membisu.
mana mungkin input bakal dikongsi.
dan apabila dikongsi, semakin banyak ilmu yang didengari.

*pengajaran hari ini. sekian. :)

Friday, November 16, 2012

Juang.


hari ini aku bangun.
disebelah kiriku seorang sahabat baik sedang lena tidur.
disebelah kanan kipas sedang berpusing laju.
sejuk!
dan ku picit-picit tengkuk yang lenguh.
badan dipusing-pusing dan kulunjurkan kaki menundukkan diri.
regangan.
tidur pun boleh sakit-sakit badan.
*mengeluh.
kutepuk-tepuk bantal empuk.
selimut dilipat elok.
sang beruang putih comelku pula dipicit2 hidungnya.
dipeluk erat sambil meraba-raba telefon bimbitku.
kulihat jam.
sekejapnya masa, rasa seperti tidak sempat lena.
*mengeluh

Astaghfirullah.
dimana letak syukurku?

saat tubuh-tubuh lain memerangi malam.
saat mereka bertahan dalam sejuk dan panas.
tidak dapat tidur walau sesaat ditemani hujan peluru.
jika bisa tidur sekalipun berlapikkan tanah gersang.
kering dan berbau darah.
mereka sedang berjuang.
juang mereka hingga ke mati.


#Pray4Gaza

Semoga doa-doa kita membantu mereka.
InsyaAllah.
Aameenn~

*mohon doa tanpa putus~

humbled. i am nothing.




someone better than yourself.

Friday, November 9, 2012

barangkali.


dalam banyak-banyak manusia, aku dipertemukan dengan dia.
sahabat yang hadir mengisi kekosongan hari-hari muram dan suram.
Allah nak ajar aku menerima dan sabar barangkali.
kerana sahabat yang hadir itu banyak kerenahnya.
sekali lagi aku seperti ditampar dan seperti diketuk berkali-kali.
aku cuba sedaya untuk sabar dan bersangka baik.
tapi kadang itu caranya tidak sama dengan caraku.
lelah juga menjadi sang penyabar.
yang melihat, memendam dan cuba tidak ambil kisah.

ibuku pernah berkata.
sesungguhnya manusia itu hancur saat wujud sifat dengki.
"Jika seseorang itu membuka 1 keaiban sahabatnya,
maka Allah akan membuka 10 keaibannya"
sesungguhnya aku hanya perlu akur dan sabar.
kemanisannya nanti bakal menyusul insyaAllah.
hanya perlu percaya pada ganjaranNya dikemudian hari.

aku percaya aku juga salah.
manusia lain juga bersahabat dengannya.
tapi aku tidak sekuat mereka.
aku perlu bersedia untuk menghadapi dugaan.
ini sebuah cabaran bagi aku.
bersangka baik dan teruskan bersabar.
moga hari demi hari yang berlalu bakal melembutkan hatinya.

"Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar" 

keep smiling :)