where books take me

where books take me

Monday, September 17, 2012

warkah buat kamu :)


buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
dalam hati ini ada rindu.
ada perasaan ambil berat yang amat.
namun tak terluah kerana dek jarak.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
hari yang makin tua dan makin matang kulalui.
isi-isi dan sisinya tanpamu disini.
ada rasa kekurangan di perhentian-perhentian itu.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
coretan warna gembira dan sedih dikalbu.
luahan itu terkadang tak sampai.
kerana selesa itu ada padamu, dan bukan pada manusia lain.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
menghitung sejak hari saat terakhir kalinya kita bertemu.
doa tanpa putus supaya masih sempat untuk berjumpa lagi.
itu salah satu impianku kini.

walau yang tertulis ini semua hari mendung yang kuresahkan.
aku tahu ada pelangi yang indah bakal menceriakan.
satu hari nanti, insyaAllah.
ada jodoh lagi, ukhuwah itu sentiasa abadi.
kerana kamu sahabatku :)
sahabatku yang jauhnya beribu batu dariku.


*jarak ini mungkin untuk kita. untuk lebih rasa menghargai. untuk lebih rasa kesyukuran.

:)


4 comments: