where books take me

where books take me

Friday, September 28, 2012

ya, saya.


ya, heebee setia.
ada masalah?

ya, heebee possessive.
ada masalah?

rasanya tak ada kan?

ya, heebee tak tunjuk.
ada masalah?

harap maklum.


findings.



interesting.
serius!
tak main-main punye!

cop, ape yang serius sangat tu??

interesting...
amazing~!

weyh, ape yang hang merepek ni.
mamai eh?

-.-
hang tak tau duk diam sudah~

e'eh.
dush satgi baru tau.
cheq tanya elok-elok ni.

:)
adela..

=.=
hang ade rase teringin nak makan kasut dak?
terompah asli cheq suap.

eleehh~!
tak payah nak terompah sangatla~

habes tu, kabole!
atau hang nak cheq blackmail baru kabo?
*keningkening

*keningdoublejerk
tak.
cheq rase amazing.
macam miracle pulak.

ape nye?

it feels amazing to know someone you can talk about anything and just everything.
kadangkadang rase macam budak-budak.
kadangkadang habes sesi terus terang lagi benderang.
kadangkadang serious talk.
heart to heart talk lagi la.
gila.

heh?
asal gila pulak?! 
tak faham cheq ngan hang ni.. 

gila la.
tak pernah nak jumpa orang macam ni.
hang pernah ke?

*gelenggeleng
bestfriend cheq adela.

haa..
hat ni, two in one.
kau hado?

=.='
two?
lagi satu kebende pulak?

eisyy~!
hang ni.
adalaa~!
;P

you know who you are ^^


Monday, September 24, 2012

random 2.



i'm girl who has very few words to say.
but a lot to show and prove.
i'd rather write then tell.

i love pictures.
they capture memories.
they speak for you.
they tell stories.

that is why i'm in love with books and pictures.
and people who loves them too.
:)


i love things that give meaning.
not all metaphoric and stereotype.

all natural and just lovely.
original.
not necessarily normal.
that's my style.

i believe in differences.
and appreciations.
they give life more colors and humbleness.
don't they?
:)

"It is when you appreciate is when your heart beats the most. It tells you, you are living the most by having the least."

Saturday, September 22, 2012

bila jadi manusia.


kalau salah, betulkan aku.
kalau senyap, tanyakan aku.
kalau pelik, normalkan aku.
kalau bising, diamkan aku.
kalau terang, sorokkan aku.
kalau kecil, besarkan aku.
kalau riak, peringatkan aku.

aku manusia pelupa yang ikut perasaan.
manusia ego yang terlepas dari kesedaran.
manusia lalai yang selesa dengan kesenangan.
manusia perasan yang bangga dengan pujian.

aku wanita lemah yang malu dengan sifat.
wanita rapuh yang mudah memberontak.
wanita lasak yang hanya pada luaran.
wanita resah yang datangnya tiba-tiba bila-bila masa.

peringatkan aku.
beritahu aku.
biar aku tahu.

Monday, September 17, 2012

manusia yang punya hidup.


di antara waktu dan usia.
aku meniti hidup yang bersentuh.
yang mencorak warna deria.
berjalan tanpa tolehan.
di antara lorong-lorong yang terkuak sipinya.
di balik-balik denai yang bercabang.
di teduh pohon tinggi yang kedekut.
di lapik daratan yang kontang tanpa air.

dan terkadang.
diri ini menjadi manusia.
fitrah emosi yang terumbang-ambing.
hujan ribut yang datangnya tanpa amaran.
permintaan hati di luar sedar.
di sebalik rahsia jernih di ceruk hati.
soalan-soalan bertapuk-tapuk bergolak di ruang rasa.

terpuruk diri berfikir tentang diri.
manusia yang mencari kesempurnaan.
yang masih dihantui kekecewaan silam dan keterlupaan tanpa sengaja.
kini diri lebih berhati-hati.
waspada pada dunia dan batas-batas masa.
dalam kisah yang tak terungkap.
berkejaran memilih antara peluang dan kehendak hati.

yang utama itu diri.
dan aku tahu aku tak sama seperti manusia lain.
yang memilih untuk ambil jalan mudah dan leka.
yang merasakan hidup itu lebih indah dengan yang bermaharajalela.
yang terkenal dengan suapan sedia ada.
yang menghidu kebahagiaan dengan pangkat dan nama.
tidak.
itu bukan aku.

hidup aku biar aku bina.
aku tidak mahu ada rasa kesal memilih untuk tidak memilih.
biar apa orang kata.
biar apa mereka fikir.
niat aku Allah Maha Mengetahui.


people say "give and take".
but to me, i'll add up something special in it.
i'd say "give, build together, and take"
life is more meaningful that way.

*they say i'm a box of chocolate.
you'll never know what you're gonna get.

people get scared of me.
one day you'll be bored of me.
i just hope people would'nt forget the things i've showed them.
when i enter someone's life,
i make sure i made some difference.

~heebee is being random.
sorry.



random.


you asked.
"where are you now?"

technically and literally.
"beside you"
:3


warkah buat kamu :)


buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
dalam hati ini ada rindu.
ada perasaan ambil berat yang amat.
namun tak terluah kerana dek jarak.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
hari yang makin tua dan makin matang kulalui.
isi-isi dan sisinya tanpamu disini.
ada rasa kekurangan di perhentian-perhentian itu.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
coretan warna gembira dan sedih dikalbu.
luahan itu terkadang tak sampai.
kerana selesa itu ada padamu, dan bukan pada manusia lain.

buat sahabat yang jauhnya beribu batu dariku.
menghitung sejak hari saat terakhir kalinya kita bertemu.
doa tanpa putus supaya masih sempat untuk berjumpa lagi.
itu salah satu impianku kini.

walau yang tertulis ini semua hari mendung yang kuresahkan.
aku tahu ada pelangi yang indah bakal menceriakan.
satu hari nanti, insyaAllah.
ada jodoh lagi, ukhuwah itu sentiasa abadi.
kerana kamu sahabatku :)
sahabatku yang jauhnya beribu batu dariku.


*jarak ini mungkin untuk kita. untuk lebih rasa menghargai. untuk lebih rasa kesyukuran.

:)


Saturday, September 15, 2012

estranged. me favo.



i've been their fan since they first enter indie music scene.
originally make songs which are very deep and dragging. 
but fun, interesting, and rebellious.
bought their original albums.
a big fan of their main guitarist, noor hanafi noor hadi.
used to call him 'abang gitar merah'.
:)
he's very friendly.

right.
nowadays their songs are more universal and mainstreamed.
and i'm still a fan.
a normal one, i guess.
*limit.

just something to share.
:)

enjoy the video.


Wednesday, September 12, 2012

pujuk untuk sibuk.


lirik pada wajah.
senyum dan tawa.
resah ku diamkan.
tubuh disini.
hati disana.

dugaan yang tiba terus.
fikiran makin sesak.
serabut.
tangis tak terdengar.
monologku sendiri.

sibuk.
sengaja sibuk.
meronta hati pujuk.
itu sahaja caranya.
doa. dan sabar.

*homesick. ini dusta. 

Saturday, September 8, 2012

misi serius. episod 2.


surprise!


Ipoh Taj Mahal.

Stesen Keretapi Ipoh.
Built in 1917.
Bercirikan Islam dan berbentuk Moorish (Berber-Islamic Architecture).
*google


*tak nampak sangat. ampun.


sem baru.


'bismillah'.
mula tapak dengan kaki kanan.
semangat..semangat..
aku seru kau..
*nujum mana pun taktaula

tarik nafas.
rileks.
hembus.
senyum sat..
kira. 
1..2..3..mula.
pelan-pelan kayuh.

Allah ada bersama cheq.

*kerisauan.dushdushdush.



and


:3 


heebee is taking things slowly.
think positive.
and move forward.
believe.

hiiiiyaaaaaaarggghh! <--- monolog dalaman.

Wednesday, September 5, 2012

Free. Yes?




"but instead we're moving in the opposite direction." ~adibaaah.

Free, yes?
Think again.

Digest.
Relate.

heebee is not into any political stand.
i hereby am just His servant.


Monday, September 3, 2012

kerana anwarhadi.


entry terbaru dia.
dia cakap pasal bulan.
pada satu masa, berapa orang manusia yang melihat bulan.

terfikir.
dalam berjuta manusia yang sedang melihat bulan itu,
berapa kerat yang memuji Penciptanya.
tatkala melihat keindahan sang bulan itu.

mata ke bumi, hati ke langit.

p/s : yang kurang indah itu membahagiakan, jika kita tahu erti menghargainya. dan yang indah itu menggembirakan, jika kita faham apa erti disebaliknya.


heebee.



Sunday, September 2, 2012

sightseeing. mini trip !


hari ini heebee ke Taiping.
bersama sahabat sepermainan, seperjuangan, sehati, sejiwa, segila.
Afiqah Afendi, Nadia Balqis, Jehan Meor Ismail & Munawwarah Abd. Aziz.

cik driver dan empunya kereta : 
Nadia Rocks of course. *Thank You tak terhingga! <3
co-pilot dan manager : 
Fiqafiqi Comel .
and the 3 stooges : 
Muna the smiley, 
Jay with "18 and above" movie title, 
and myself the so-called tourist guide.

belajar balik bahasa pure bota and parit in the car.
'bed'ah!'
'seprah!'
'bebai!'
'deghoyan and doghoyan!'
etc etc

destinasi : Zoo Taiping.
nerd gila! tapi, untuk kami, memang awesome!
3 jam berjalan, merepek2, shooting, merepek lagi, gusip2.

bagi rusa2 dan ikan2 lunch.
lepaking with the chimps family,
macam tengok drama tv3!
macam tengok real humans berlakon.
the hubby did these to the wife!
mereka juga punya hati.



for real! really!
tak tipu punye.
tapi tak sempat pulak ambik gambar..

this is serious talk.
no joke.
berdrama betul cimpanzi2 ni.
terharu kitorang yang innocent ni.

right.
terpulang nak percaya atau tak.
moving on.
then lepaking with the elephants, and birds, and the rusa!!
spent most of the time dengan rusarusa kelaparan.
*Nadia tak sampai hati nak tinggalkan mereka dalam kelaparan..
Muna and Jay tak berhenti tengok life span haiwan2, tengok diorang sempat kahwin ke tak.
=.='
and we found mr.GwangSoo.
him lepaking waiting for JongKook to come.
XD
tonguetwister dengan Muna menyebut nama2 saintifik mekameka.

nak kata tak pernah pergi zoo.
tak.
banyak kali je.
tapi this time, it's more fun going with your friends.
loads of fun! :D

then lunch kat doli.
tunggu kuetiau special sampai sejam.
while waiting, we had some serious talk.
then the conversation went a bit naughty.
we ended it before it becomes worst.
*me and Fiqah are the pure ones :D
before heading back, pit stop solat.
then sampai2 Ipoh, lepak  Aeon kejap, isi perut.
imbau kenangan silam.
back when we're budakbudak hingusan kurang matang dan kurang waras.
nerd dan innocently innocent.
Had another serious talk.
This time, not naughty, nor merepek.
Matang. Real.
Heart to heart talk.
:)

then on the way back sending me home.
played truth or dare.
was dared untuk nyanyi lagu Britney Spears.
suara tenggelam timbul.
then nyanyi reramai.
that moment was framed into my heart.
full of sweetness.

Rase macam balik Form 1.
Zaman nakal-nakal.
merepek tak tentu hala.
Laughing like there's no tomorrow.
but now, i guess, topik conversation tu lebih matang.
but the feeling of the togetherness masih sama.
"Anak-anak...!"
XD

them <3

awesome people.
awesome memories.
9 years of friendship.
and may it last till the end of time.

p/s : "the most valuable treasure is an old friend."