where books take me

where books take me

Wednesday, August 29, 2012

Sunday, August 26, 2012

never knew. really.


i never really knew what i wanted.
when people ask.
i'd say something like,
"taller than me"
"sedap mata memandang"
"smart and charismatic"
"ada wawasan"
typical answers like other girls.
deep down, i never really knew.

until i found you.
not really.
it's you.
you found me.
when i wasn't really searching.
and it was one of the best thing that has ever happen to me.

okayy, second best.
apart from my two insane bffs.
please do understand :D

thank you for the effort, courage and awesomeness.
thank you for not giving up.
thank you for being there for me.
thank you for everybit, every second,
and everything in between.

it'll be rough,
and it'll be tough.
but i bet it'll be awesome.
hope is a dream that doesn't sleep.
insyaAllah.

*one step at a time.

:) 

Monday, August 20, 2012

Makna Raya Bagiku.





dalam banyak-banyak hari,
hari raya sangat mendamaikan.
sebab apa?
famili.

dalam dunia ni, takde ape yang dapat menandingi mereka.

di malam raya,
semangat buat aktiviti dengan ahli keluarga.
si ibu sibuk di dapur
masak juadah untuk dijamah di pagi raya.
sang ayah sibuk membelek2 
memastikan semua persiapan cukup.
abang pula mula memanjat2 menaikkan langsir mencuci kipas segala.
si kakak pula lepak je #eh
si kakak sibuk membantu ibu
menyiapkan juadah untuk keluarga dan tetamu.
si adik pula kehulu kehilir membantu sesiapa yang memanggil.
*kes buli XD

di pagi raya,
si ibu dan kakak sibuk menyiapkan pakaian serba serbi
mengejutkan hero-hero untuk ke masjid.
pulang dari solat,
berbaju sedondon baru dan cantik,
kemas dan comel,
segak dan hencem.
salam-bersalaman, memohon ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut.
pesanan tak kering dari mulut kedua orang tua.
sebak.

sanak-saudara yang biasanya jauh dimata.
sedarah.
seikatan.
kini berkumpul dan bertukar cerita.
indahnya ukhuwah.

dan dari tahun ke tahun,
Allah kurniakan satu bulan kepada umat Islam
untuk menyambut kemenangan.
berkumpul dan menguatkan ukhuwah.
memuji Dia yang satu.
Allah Maha Besar.

makna raya bagiku : 

1. saat aku menyapu sampah dihalaman,
kelihatan selipar/kasut2 berterabur di luar pintu.
*banyak gila! jual pon boleh kaya!
ku susun mengikut pasang2nya.
mengingatkan aku betapa ramai ahli keluarga kurniaan Tuhan bagiku.
kuiringi dengan doa.

2. saat menjamu juadah air tangan ibuku.
walaupun juadah sama macam kat rumah lain.
tetap yang nombor satu.
tak lengkap raya tanpa ibu.
dan ayah.
kuiringi dengan doa.

3. saat sahabat2 mengirimkan ucapan raya buatku.
tak kira melalui apa.
*zaman moden kan
ingatan mereka padaku 
*walaupun hanya 1 hari dalam setahun, ikhlas atau tidak
kuiringi dengan doa.

4. saat kerna ada dia. 
lebih satu sebab.
lebih satu makna.
kuiringi juga dengan doa.

dan tanpa putus.

Alhamdulillah..

untuk kesemuanya.
bak kata si dia,
'Redha ibu bapa itu adalah redha Tuhan'


*bersyukur itu harus sentiasa.
bukan hanya hari raya.
mohon ampun juga berterusan.
bukan hanya tahu kesilapan.










Wednesday, August 15, 2012

cerita lagi.


dilema..dilema..
orang perempuan ni banyak betul dilema dia.
susah nak buat keputusan.
dah dikurniakan lebih banyak nafsu dari akal.
kesian, simpati, mudah mengalah.
mengikut perasaan, rasa, dan emosi.

sebab itu lelaki adalah ketua keluarga.
dikurniakan dengan hanya satu nafsu, dan yang sembilan adalah akal.
lelaki lebih mudah membuat keputusan.

bukan nak kata perempuan buat keputusan yang salah.
cuma susah, banyak perkara yang bakal mengehadkan.
yang mudah jadi susah.

namun, wanita itu punya naluri.
naluri yang tidak ada pada seorang lelaki.
yang tadinya satu had.
naluri itulah yang mewujudkan ketenangan abadi.
dikurniakan naluri untuk menjaga, memelihara, dan menyenangkan.
sifat keperempuanan dan keibuan.

kerana itulah dijadikan lelaki di samping wanita.
dan wanita di samping lelaki.

~ melihatkan satu pasangan suami isteri yang sudah agak berumur di tempat kerja petang tadi. sempat heebee bersembang dengan si isteri. anak-anak bakal pulang dari asrama. sedang memilih barang-barang untuk dibeli untuk seisi rumah. si suami mengeluh isterinya cerewet, susah betul nak shopping. jenuh seharian. 

si isterinya menyambung, katanya nak beli barang pun perlu fikir masak-masak, perlu atau tidak, berbaloi atau tidak, selesa atau tidak, puas atau tidak.
dan si suaminya berkata "orang lelaki ni senang je dik, kalau nak, ambil, kalau taknak, sudah."
dan tiba-tiba si isterinya merajuk comel. duduk di kerusi sebelahku.
si suami cuba memujuk "tengok dik, kakak kamu ni dah tua-tua pun merajuk."
heebee yang sedari tadi hanya mendengar dan tersengih hanya tersenyum.

tiba-tiba si isterinya bertanya, "adik umur berapa?"
"oh, okla tu. ingatkan baru lepasan SPM. akak bukan apa, saja nak berkongsi cerita"
si isteri pun membuka cerita-cerita raya lepas. heebee mendengar dengan tekun, cuba mencari apa yang cuba disampaikan.

"macam tu lah berkahwin ni dik. kite tolong tapiskan, yang mana yang dirasakan cantik, elok. kemudian, antara pilihan-pilihan yang kita dah puas hati tu, kita tunjuk pada suami kite, kite bagi pilihan, dia juga yang buat keputusan. kan ke saling melengkapi macam tuu" muncung si isteri sambil memandang suaminya. si suami senyum segaris sambil mengangguk. 

sejurus si suami menghulurkan tangan mengajak ke tempat lain. sebelum pulang, sempat heebee bersalaman dengan si isteri. heebee tersenyum melihatkan mereka. berpimpin tangan walaupun usia serasa heebee, hampir sebaya dengan ibu bapa heebee sendiri. *memang sudah biasa sejak kerja promoter ni, semua pun panggil akak.

dan kebetulan, sebelum heebee pulang, heebee terserempak dengan mereka semula, sedang membayar di kaunter cashier. dari jauh, mereka masih kelihatan comel. si suami yang nampak garang, sebenarnya sangat lembut apabila bertutur. dan si isteri yang nampak kebudak-budakan, sebenarnya sangat matang apabila berkata-kata. dan kedua-duanya comel dengan karakter sendiri.

saling melengkapi. heebee tersenyum sendiri.

SubhanAllah. 



Friday, August 10, 2012

double standard.


bekerja di sebuah department store.
kawan2 macam2 latar dan cerita.
macam2 kerenah dan lagaknya.
pelanggan yang datang mencuba dan membeli juga pelbagai rupa.

perhati.
ada double standard dari persepsi manusia.
tatkala heebee sarungkan baju biru ini.
adik2, kakak2, dan abang2.

positif.
ada yang dengan penuh sopan.
yang sabar menanti.
yang malu-malu.
yang menggunakan bahasa yang santun.
berkata maaf jika menghulur dengan tangan kiri.

negatif.
ada juga yang dengan sombong meminta.
dihulur dengan tangan kiri.
menghulur tanpa melihat orangnya.
dicampaknya kasut itu ke lantai.
dan yang pasti, tanpa senyuman.

double standard.
mungkin mereka sangkakan yang bekerja disini.
hanya yang kurang pendidikan.
atau yang putus asa dengan pelajaran.
tanpa keluarga yang normal.
hanya mampu bergantung secara 'sejam beberapa ringgit'.

bukan heebee ingin mengungkit atau bangga.
ada antara mereka ini berjaya orangnya.
bakal.
arkitek.
guru.
jurutera.
dan hanya kerana mereka ini sudi mengharapkan 'sejam beberapa ringgit' itu.

pandangan yang diberikan.
layanan yang ditunjukkan.
nyata.
masih ada manusia yang meletakkan 'impression' stereotaip.
mungkin kerana itu kemajuan yang dibanggakan.
masih ditakuk yang sama.

namun masih ada yang dapat melihat.
yang mampu tersenyum.
mengetahui bahawa manusia itu sama.
semua patut dihormati.
sama rata.

kadang itu lebih rela melayan kerenah kanak2 kecil.
jiwa mereka lebih murni.
senyum mereka seikhlas ikhlas.

respect. listen. be open.

Thursday, August 9, 2012

my wish upon the stars.




dipesannya untuk heebee tabah.
"don't think too much"


*to know there's always that particular someone that has always been there for you.
glad.
thank you encik serius.

Wednesday, August 8, 2012

monolog.


apa kata hati.


parah.


monolog hari ini : sabar.


sampai satu tahap, sabar itu tinggal lopak2 kering.


dan lopak2 kering itu basah kembali.


dan dikeringkan semula.


tiap kali, sujud terus membantu.


lopak2 itu dicurahkan dengan ketenangan.


tanpa putus.


positif.


terus bermonolog dengan diri : sabar.


itu sahaja caranya.



p/s : terima kasih nadia natasya azizudin. <3

Saturday, August 4, 2012

vocabulary.


pages.   words.   write.   


the ongoing mind. somehow. i kept it inside. to say i'm not expressive. sometimes, i think i express too much. maybe. just maybe. to express is not the word. i can't find the right word. aha! that's it! can't seem to find the right word. the right expression. the right time. 


fear.   rejects.   


quiet. no words. i mean. silence is my thing. but. nahh.. it was because i have opinions. my mind is constantly processing. but the fear of rejections. that is when i stayed quiet. thoughts that go through my mind. i kept it inside. for i'm afraid of how people will act upon it.


obvious.


quick in sensing something. people might think i'm oblivious. well. then. you're totally wrong. beware. i obviously know things that are not obvious. well. obviously. 


*i'm using this word game to express myself. interesting rite? found a way to be more expressive. one word. does it all.