where books take me

where books take me

Monday, July 30, 2012

nadiah saari dan siti nadzirah



rindu hangpa habaq hang! 
bila buleh jumpa ni??!!

nak picit pipi hangpa, nak hantuk kepala hangpa dua, nak buli soh belanja, nak merepekmerepek dengan hangpa, nak storystory dengan hangpa.


T.T


makcekk2



heebee kerinduan.
ya amat sangat.
bulan puasa tanpa mereka.
wuwuwu.



a little something



to get married is not just because you love the person.
but because
you want to be in love with that person your whole life :)


heebee saw something today.
made me thought about commitments.
well, i have fear of making commitments.
i wonder if that'll change.

Thursday, July 26, 2012

jiwa PUISI.


texting dengannya.
skyping dengannya.


heebee?
berPUISI dengannya.


:)
siapa sangka zaman moden begini,
masih ada yang mampu heebee berkongsi idea dan seni.
biarpun santai dan simple, 
tapi makna yang ingin disampaikan,
saling sampai ke hati.


kadang itu, jiwa PUISI itu ingin berkata-kata.
bukan kerana bunyinya yang gah.
bukan kerana kamusnya yang ekstravaganza.
tapi sekadar menzahirkan.
menzahirkan yang tak terzahir dimata.


sebenarnya,
jiwa PUISI sang heebee ni dah lama dilupakan.
terkubur ketika ralik dengan kehidupan.
entah!
jiwa itu kembali semula.
dia yang mengingatkan.
keseriusannya menyembunyikan jiwa itu.
yup!
dia juga punya jiwa PUISI.
:)
yang tak diketahui, kini dikenali.


yup!
pertemuan ini banyak menebarkan sayap-sayap kecil,
antara kami.
yang dulunya hanya kata-kata,
dan tidak dimainstreamkan.
dan pertemuan ini banyak mengajar dan mengingatkan.


moga pertemuan ini membawa satu wacana.
untuk hari-hari susah senang yang bakal datang.
perjalanan hidup yang masih samar dan jauh,
moga ada waktu, wacana ini menguatkan.
:)

Sunday, July 22, 2012

untitled. it is what it is.



Kamulah impian aku
Bernyala sering terpaku
Apabila musnah dibuatku
Ku salin mengikut sifatmu

Sempurna kita membinanya
Sejati cantik biasa
Tak terhenti detak hatimu
Yang terbaru dari hajatmu


Tak perlu ku cari beribu
Ku akui kamu yang satu
Kau buat ku rasa baru
Hasratku hanyalah untukmu percaya kepada
Aku sama kamu

Pantas kau senyum dengan perlahan
Lambat kau lihat sambil berjalan
Fikiran menembusi aku
Menolak ku arah kamu


Sengaja ku lepas tangan
Sebab ku tau kau akan sambutkan
Senang ku hidupkan lampu itu
Susah kita padamkan cinta ini



bual dan cerita.


semalam pergi ghoje.
ramai jugak customer, berduyun-duyun jugak beli kasut raye.
cina india pun nak raye jugakk..!
tapi sempat juge bersembang2 dgn kawan2.
sembang dgn ah seng, interesting cerita hidup dia.
hidup sorang2 kat ipoh ni dari form 2.
taknak ikut parents ke johor katenye.
sanggup! taknak tinggalkan ipoh.
hidup sorang2, macam mane agaknye, duduk kat rumah sorang.
tanpa seorang pun famili di sisi.
bosan?lonely?hanya dia je yang dapat rase.
dan sembang juge pasal studies.
dalam nada dia cheq pasan ada nada kecewa.
katanya dia jeles dgn kawan2 dia, yang dapat ke UM, oversea.
oh! lupe nak habaq, dia 20, lepasan STPM.
dan dia decide untuk sambung kat ipts, kos bisnes.
cheq habaq kat dia, pasal bill gates tu.
(hat yang kawan dia jadi pekerja dia padahal time belajar,
kawan dia tu lagi ohsem dari dia.)
dia gelak je. =.='
takpelah, sekurang2nya cheq bagi semangat sikit kat dia.
belajar tu kat mana2.
rezeki tu ada kat mana2. 

tak sengaja pulak sebut mengenai puasa.
saja2 ja cheq mengade2 ajak dia berbuka sekali.
then ajak dia puasa esok *meaning harini laa
dgn tak semena2 dia kata "boleh!"
hohoho
cheq pun semangat dah la. 
but then dia tanya 
"you makan dulu ke sembahyang dulu?"
"you makan pagi pukul berapa?"
"you berbuka pukul berapa?"
"waa..sangat lama, you tak lapar ke?"
tapi ape yang buat cheq ada urge untuk tulis entry harini,
adalah ayat dia ni : 

"waa...kalau i, i tak tahan punya, mesti mau makan. 
berapa jam, banyak lame. i tak tahan punye. tak tahan tak tahan"
sambil geleng-geleng.

dalam hati cheq dah kata 'eisy, mane dia tau? dia penah try ke? dia xpenah try mana dia tau dia tak tahan?'
teragak2 jugak nak cakap kat dia ape yg terbuku di hati.
last2, cheq dengan berani, cakap jugak.
"eh, you tak penah try meh, mana you tau you tak tahan. i pun boleh, orang lain boleh."
kening2.
terdiam dia sekejap.
sedang berfikir mungkin.



puasa.
semuanya mind control.
ibadah.
semuanya mind control.


mahu atau tidak ja. ya dak??
tak cuba tak tahu. ya dak??
kemahuan untuk mencuba tu Allah dah bagi pahala.
usaha ke arah itu lagi berduyun2 Allah bagi pahala.



relate.


heebee banyak fikir.
hantuk sikit bagi rileks.
:D ntah hape2.



Thursday, July 12, 2012

the homey feeling.

“A place is only as good as the people in it.” 
― Pittacus LoreI Am Number Four




home.
the perfect home is when everybody is home.
dinner on the table.
smiles and laughter.
and stories.
and memories. 


siblings.
the fights.
the secrets.
sharing stories.
sharing dreams.
being overprotective.


friends.
gossips and updates.
new things to share.
new things to explore.
being together.
laughing like there is no tomorrow.


family.
the bond.
the strength.
each having roles and responsibility.
the complete.
calmness and happiness.


Allah's ultimate gift :) 



heebee humbled.
alhamdulillah.
heebee masih punya mereka.

Thursday, July 5, 2012

putera serius.

mukadimah :P

putera serius. bukan anda sahaja yang serius.
saya juga puteri serius, mungkin juga puteri komplikasi.
puteri komplikasi yang tercari-cari.
ruang untuk berhenti berehat dan berfikir.
ruang untuk berhenti berfikir dan berehat.
nikmat Allah beri. 
nikmati sambil bersyukur.
ini untuk anda. 
apresiasi untuk anda.
ungkapan rasa itu.
ekspresi itu datang jarangjarang.
supnasik! eh~ surprise! XD
maaf jika tak seberapa.


kerana diam itu selesa.

setia.
hanya satu pada nama
telah sedaya dilempar jauh
bersama itu segala keluh
bersama redha, 
hati yang penuh

hati.
dibiarkan sendirian, 
namun ceria
percaya itu kelam, 
tetapi ada
langkah tetap menapak, 
terus

lalu.
seketika dalam meniti, 
nampak
suara kelu, 
terkelu yang tak mampu
dan terdiam,
mata cerita malu
 kerana diam itu selesa
tanpa paksa

rela.
yang lengkap itu,
 makin sempurna
walau tidak dicari,
 ataupun dinanti
yang berkunjung,
 menyapa realiti

perlahan.
akhirnya mengalah,
 bersama mimpi
yang diimpi menjadi realiti,
percaya itu kembali
lebih terserlah dari yang itu
ya, 
dan yang itu lama berlalu
bintang kini itu pasti, 
pasti yang berjanji
dan dia pun hampiri
bersama sejuta pelangi hati.



10.21malam.rabu.4julai2012
heebee.

p/s : bahasa tungganglanggang.
ampun. :P

Tuesday, July 3, 2012

cakap.jangan berhenti.luah.itu ekspresi.



keris dicipta untuk pahlawan
menumpahkan darah keadilan
dimana rahsia  jati disilatkan.

cangkul dicipta untuk si petani
menggali setiap lubang kejayaan
hasil keringat berbalas hari esok.

pena dicipta untuk menulis
mencoretkan ekspresi manusia
menceritakan yang tidak terzahir.

aku dicipta untuk hidup
mencari diri yang hakiki
menjadi bekal menghadap Maha Besar.


10.09malam.ahad.17november2007
heebee.