where books take me

where books take me

Sunday, December 30, 2012

vloggers and bloggers awesome :)


3 vloggers yang setia beri gelak tawa dan informasi pada masa yang sama.
sapa?


anwarhadi.
TESOL student. bakal cekgu english.


matluthfi.
lepasan degree architecturing. kot. rasanya la kot.


aimanazlan.
degree student dekat canada course biology and psychology.

umoq depa memang pakat 22 (2012) semua.
anwarhadi dan aimanazlan both memang bloggers.
matluthfi pulak baru berjinak2 dalam blogging baru-baru ni sebab dia dah habeh degree.
aiman azlan is also a vlogger for http://langitilahi.com

ape yang awesome?

tengok sendiri :

anwarhadi's blog :

his youtube channel :

matluthfi's blog :

his youtube channel :

aimanazlan's blog :

his youtube channel :

haaaa~
mane tak awesome deme ni?

remaja sekarang lebih prefer medium yang lebih santai, sempoi, spontan dan bijak dalam menyampaikan sesuatu.

dakwah.
mentaliti.
pendapat.
pengajaran.
informasi.

mudah.
semua dihujung jari anda.

biarlah orang kata depa carik publisiti ka, duk promote diri ka.
yang penting, ape yang disampaikan tu sampai.
berkesan atau tak, depend pada individu tu sendirila kan.
hat tu tak boleh nak kata la kan.
ambil apa yang disampaikan,
relate dengan diri sendiri.

tapi depa pun manusia biasa.
besala tu, duk gila-gila merepek apa taktau.

hampa jangan duk kata depa pun tak betui, nak cakap banyak plak kan.
depa tu menyampaikan ja.
depa manusia macam hampa jugak.
tak sempurna.

hampa toksah duk nilai oghang sangatla.
be open.
zaman dulu lain.
zaman sekarang lain.

take in what's right.
ignore what's not.

hampa pun dah cukup besaq nak pikiaq.

right.
banyak cakap dah ni.
habeh utagha sungguh entri kami kali ni.
maaf maaf~
*ni bedil punya penyakit duk maaf2 lagu ni.

sekian.

last but not least,
hampa awesome kalau hampa baca entri ni.
sebab cheq tak ramai followers macam depa atau hampa.
>.<

AsSalamuAlaykum.

Friday, December 28, 2012

ikhlas.


 Do a good job. 
 You don't have to worry about the money. 
 It will take care of itself. 
 Just do your best work. 

Thursday, December 27, 2012

semalam.




Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo... ga... e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam 
pergi...

Wednesday, December 26, 2012

rasa.


bila rasa tu dah bercampur.
sampai jadi pahit.
mungkin aku je yang perlu bertahan.
orang lain teruskan peranan.
mungkin.
teruskanlah.

acah-acah pun ada batasnya.
jangan biar darah ni naik sampai telinga.
ada yang bakal sentap tak terkira.

manusia sekarang semua nak menang sendiri.
erti kawan, 'common sense' pun dah hilang.

pelik dan ajaib.

yang pendam.
yang diam.
yang peram.

jangan biar sembunyi lama-lama.
orang mula pijak kepala.
manusia sekarang semua sama.
aku pun sama agaknya.
terikut jadi macam yang tak setia.

patut pun ada manusia yang cakap pakai belasah.
sebab manusia yang minta.
tanpa sedar dan secara sedar.

geram.
meragam.
sekian.

Tuesday, December 25, 2012

leka.


Leka.

Anak itu leka bermain ditepi pagar itu.

Tekun.

Sahabat itu tekun menatap tulisan yang menari-nari dibalik nota.

Tenang.

Cuaca petang itu damai bersama langit yang penuh ekspresi.

Indah.

Yang dipandang semuanya indah.

Dalam hati siapa yang tahu.

Senyap.

Biar semua berlalu perlahan.

Rasa damai ini sementara.

Resah juga pasti singgah hanya sekejap.

Senyum.

Monday, December 24, 2012

mr. hot kata..



hee :)

i wish and i pray.


future.
people would imagine themselves in the future.
big house, nice cars, lots of money, buy everything they've ever wanted.

me.
it's not that i don't do that.
but i guess i'm much simpler.

what i wish for is :

a very cute, cozy house.

not that big or too small.
big enough for my children to run around and have a mini football match with my hubby outside.
let them be active and all healthy.
small enough for a mini library for myself.
and the whole family.
i want my children to love books more than they love gadgets.
well, that's my part then.
i want a small garden with green grass and nice looking petunias.
inside my small and cozy room is  one huge window where i can see sunrise with my hubby.
and count the stars with my future children at night.
ayah always did that with us when i was still a kid.
the best part is yet to come, the kitchen.
huge oven.
so i can bake all kinds of cake for my family.
desserts and just everything.
convenient and  simple.
but classy.

a family car.

enough for the family.
i used to jump around in the car with yop.
had an accident where i literally hit my face on the front dashboard, flying from the back seat.
yeap.
that is how 'active' i was back then.
dangerous.
but i remembered it was fun.
i'll let my children do that.
but when the car is moving, everyone should be wearing their seatbelts.

a loving husband.

loves his family more than himself.
would actually serve the family and still be very strict in terms of health and safety.
have common sense to renew the family bond.
would never play with promises.
fun for the children to play with and be comfortable to talk to.
but still have principles for the children to follow and respect for.
simple and open for the children to live their life to the fullest.
oh well, i guess i'm finding a father for my children to be the husband for myself.
end of story.

a challenging career.

i love challenges, i hate routines.
that defines my whole concept of everyday life.
but i don't really have high expectations.
i make the best of everything.
but i don't think i'll stick to just one career.
i want to own a bookshop and bakery.
something i can concentrate on later when i'm getting old and just wait for my children to get married.

awesome children.

active.
healthy.
open-minded.
Islamic based.
this part, again, is my part to attend.
may my husband and i can mold them to be better parents then we do.
may we have the strength and enough qualities to mold them to be great, awesome and nice people.

*praying hard for the future.


Saturday, December 22, 2012

sedikit.


biar sedikit.
biar jelas.
hati itu terlalu besar.
besar dengan apa?
hati itu besar dengan rahsia.
luahlah.
biar rasa tenang itu ada.

Tuesday, December 11, 2012

kesan ucapan dan ungkapan.


teringat satu kisah dimana heebee terdengar seorang sahabat tak lama dulu berbual di telefon bersama ibundanya.
bulat juga mata terdengar caranya.
kasar, dan penuh bisa.
tak lupa dengan perkataan yang tak sedap didengar.
kerut-kerut dahi ini penuh dimuka.
waduh, pasti perit yang mendengarnya.
tambah,
ibu sendiri.

opppsss!
ya, jangan cepat 'judge' orang sebegitu.
kerana heebee juga pernah terdengar seorang ibu bercakap dengan begitu kasar sekali dengan anak-anaknya.
anak-anak kecil.
malah berbaur negatif belaka.

tak boleh nak salahkan anak seratus peratus.
tak boleh nak salahkan ibunya seratus peratus.
setiap yang berlaku itu pasti bersebab.

carut.
lucah.
negatif.
itu semua pilihan.
apa yang keluar dari mulut pasti boleh dijaga.
perlu sentiasa peringat diri.

disebabkan kisah-kisah diatas inilah yang buat heebee terfikir.
apa kesan setiap ucapan yang kita tuturkan.
kadang-kadang itu pasti terkeluar yang tak patut.
tapi bila dah terlalu biasa, 
sampaikan melatah pun perkataan yang sangat 18tahun dan keatas.
ia akan jadi 'habit' yang amat buruk.

kesannya nanti mungkin pada anak-anak kita sendiri.
jika selalu sangat anak-anak kita terdengar kita mencarut,
semua 'F words' belaka, 'S words',
yang maksudnya sangatlah tak bermotif.
mereka?

"They don't just learn only from we teach them,
but from what they see and hear."

selepas apa yang heebee belajar dari peristiwa-peristiwa diatas,
heebee cuba terapkan untuk tidak menggunakan perkataan yang negatif.
sedaya upaya jadikan ia habit.
tekad tidak mahu bakal anak-anak heebee nanti bercakap tanpa 'manners'.
tak mahu membayangkan pun.

insyaAllah usaha heebee ini akan berbekas dikemudian hari.

anda?
jom mula sekarang.
biar kita marah sekalipun, cuba jangan guna perkataan-perkataan tu.
cuba guna perkataan yang lebih lembut atau tidak terlalu negatif.
heebee faham.
kita manusia, mana boleh tahan-tahan marah.
tapi cuba.
banyak lagi perkataan-perkataan indah dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi terbaru.

semoga berjaya!

dan oh!
kepada jodoh saya nanti.
kepada bakal ayah kepada anak-anak saya.
saya mohon cuba juga ;)
kalau tak nanti saya 'stapler'.
haha

okie, dah melalut.

:)

Saturday, December 8, 2012

the fourios yang awesome.



indahnya ukhwah.
tatkala ada persamaan jiwa dan rasa.
atur langkah susur dunia penuh liku satu persatu.
kami bukan golongan gah hebat pelajarannya.
bukan yang terisi koceknya.
bukan juga terlalu mantap imannya.
namun,
kerana bersama.
kami perbetul diri setiap hari.
kami menjejak mimpi mengikut intuisi.
kami hidup santai cara kami.
sesuatu yang baru setiap kali.
dengan segala yang mampu menemani dan ada di sisi.


kami ohsemm.
the fourios.
lebih awesome dari oreos.

*mata keatas tangan dibahu.

Wednesday, December 5, 2012

Kispen #1


malam semalam aku bermimpi seseorang.
aku terbangun dan tersenyum lebar.

wah!
hebat penangan seseorang itu.
orang tua-tua kata, kalau termimpikan seseorang,
orang itu sedang rindukan kita.

ntah!
itu cuma dongeng.
masakan seseorang itu merindukan aku?

siapa aku pada dia?

dan persoalannya,
siapa dia?

kawan?
kekasih?
bff?
mama?
ayah?

oh tidakk~
tidak sama sekali.

ini kerana.

aku pun tak tahu siapa.

sekian. 

Monday, December 3, 2012

tegur. kau sahabat yang mengingatkan.


kutuliskan setiap yang hadir.
keindahan.
kepayahan.
kesengsaraan.
ketidaksengajaan.

yang pergi.
aku yang lama.
diam bisu yang tuli dan pekak.

ditegur sahabat sendiri.
aku yang lama sudah tidak kelihatan.
katanya aku hiraukan hati manusia lain.
aku semakin pentingkan diri.
lebih serius.

:)

maknanya aku berjaya mengeringkan hati.

tidak.
bukan aku tuju pada sahabat itu.
bukan.
aku tuju pada diri sendiri.
yang mudah percaya.
yang mudah mengalah.

disember yang hadir juga aku sambut dengan semangat baru.
tegas dan baru.

disember yang dulu penuh racun.
biar.
aku mahu tinggalkannya dibalik kenangan yang lain.
disember yang dulu penuh bisa.
biar.
aku mahu sorokkan rahsia hati segan yang tak perlu.

aku harap kau faham wahai sahabat.
aku masih yang kau kenali.
pemendam tegar dan penyegan dibelakangmu.
perubahan ini kerana sang dunia.
aku yang kini lebih teratur.
mungkin aku yang lebih terang dan jelas.

sayang kamu berdua <3

Saturday, December 1, 2012

tumpah.


hati wanita yang terusik.
kadang kerana sayang dipendam.
dalam.
namun pada satu tahap.
jiwa bergelojak.
meronta untuk disapa.
cerita sedih minta dibaca.
tetapi mulut tak mampu bicara.
akhirnya hati nan kering itu basah.
air yang tertumpah tak mampu bertakung.
berjurai disisi bahu lemah.
"tak tahu" itu alasannya.

nan hati kering yang aku kenali.
kali ini basah tanpa dicuit.
kerana telinga yang terlupa mendengar.
kerana sang hati yang tak menghargai.

sedih kerana aku jauh.
tak mampu menenangkan meminjam bahu kecil.

wahai sahabat,
carilah kedamaian nyata.
carilah jawapan pasti dan bukan tanda tanya.
berhenti menderita.
berhenti sabar yang tak membawa kemana.

Friday, November 30, 2012

bintang dihati.


dia yang hadir persis sang badang yang berani.
tanpa takut atau goyah dengan bisikan setia.
hari-hari yang diatur seperti miliknya dengan mesra.
buat aku percaya bahawa nyata itu ada.

tidak..
bandingnya mereka tidak aku satukan.
beza yang terpinggir dan aku biarkan.
tapi kuat hati ini menjejaki hati yang tak pernah aku miliki.
yang tak pernah aku ketahui isinya.

nyata.
yang mencanting hari seterusnya ini lebih manis.
lebih kukuh rahsianya bersama erti setia.
yang dulu aku lempar, kini kembali penuh warna.
hiasi malam kelam sunyi yang resah dalam jiwa.

maaf jika menginginkan yang tak termampu.
tapi aku ingin berpaut dibahumu dan temani susur hari.
maaf jika kehadiranku merimaskanmu.
tapi inginku gapai impian dan bina janji nyata.

maaf. andai ku tak sempurna.

Wednesday, November 28, 2012

kerana semalam yang dipendam.


andai aku khabarkan.
rapuh hati ini mungkin makin kukuh.
andai aku berani.
ketakutan ini mungkin lebih pudar.
andai aku terusan menyingkir.
yang ada ini mungkin pergi.
andai aku rela membiarkan pedih.
gembiraku ini mungkin padam.

andai diam aku terlalu dalam.
hindar terusik dek hati resah.
kerah senyuman biar cerah.

andai rasa itu aku sorok.
kau juga tidak tahu.
dan takdir ini tidak berlaku.

andai hari ini muram.
keindahan semalam jangan dipendam.
rahsia ini jangan diperam.

andai luahan ini tidak mencukupi.
ketahuilah yang kudiamkan hanya rindu.
bibit doa mohon restu.

Monday, November 26, 2012

keindahan yang tercapai.



sebulan yang indah.


Bukit Panorama, Sungai Lembing,
Pahang.
10.11.12
bersama geng Power Rangers.
yang AWESOME.



Pantai Teluk Gorek
dari puncak
Gunong Arong
Mersing, Johor.
Kem Trekking G1 2012/2013
23-25 Nov 2012

ye, cheq dah sampai Johor :) akhirnya~!

Sunday, November 25, 2012

ikhlaskah?


tatkala terdengar ungkapan itu.
aku terkedu.
mulut terkatup.
bibir tertutup.
bukan kerana ungkapan itu.
tapi aku mula berfikir.
ikhlas kamu bersahabat denganku?

dan tatkala itu.
aku muhasabah diri sendiri.
aku?
ikhlaskah aku bersahabat dengannya?
dengan sahabat-sahabat yang lain?

dan aku senyap.
dan terus senyap.

makin kita rapat dengan seseorang itu.
makin kita mengenali diri sendiri.
dan hikmah disebalik tiap-tiap sesuatu.

dan bilamana ungkapan itu.
menusuk di hati.
aku peringatkan diri.
jangan membenci hanya kerana satu keburukan.

Wednesday, November 21, 2012

lost.


at a point.
too many things came knocking.
some needs decision.
some needs patience.
some needs care.
some requires thinking.
some came to say 'hi' and crash against my days.

i realized why.
why things are crazily bothering my heart.
why peace came and gone like wind.

i realized why.
why i don't like planning.
why i'm not a planner.

i realized when.
when my plans falls apart.
when things don't go like i imagined.

that is when it came to my breaking point.
that is when i need the Creator.
that is when i need my parent's wisdom.
that is when i need someone's care.
that is when i need my true friend's company.
that is all i need.

i'm independent. i'll never run from my problems. i can do this. dear heart, dear self, please please please be strong. better days ahead. trust in Him.


Monday, November 19, 2012

dalam kebisingan.


duduk melepak dengan sahabat-sahabat.
bunyinya seperti sia-sia.
tapi tidak sebenarnya.
kadang itu input yang hadir seketika bising itu lebih mantap dari yang seketika senyap dan hanya mendengar.
itu kuasa interaksi.
itu kuasa sharing.
itu kuasa ukhuwah.

dan yang bising seperti sia-sia itu mengingatkan kepada banyak perkara.
perkongsian cerita dan apa yang pernah dirasa.
jika hanya senyap diam membisu.
mana mungkin input bakal dikongsi.
dan apabila dikongsi, semakin banyak ilmu yang didengari.

*pengajaran hari ini. sekian. :)

Friday, November 16, 2012

Juang.


hari ini aku bangun.
disebelah kiriku seorang sahabat baik sedang lena tidur.
disebelah kanan kipas sedang berpusing laju.
sejuk!
dan ku picit-picit tengkuk yang lenguh.
badan dipusing-pusing dan kulunjurkan kaki menundukkan diri.
regangan.
tidur pun boleh sakit-sakit badan.
*mengeluh.
kutepuk-tepuk bantal empuk.
selimut dilipat elok.
sang beruang putih comelku pula dipicit2 hidungnya.
dipeluk erat sambil meraba-raba telefon bimbitku.
kulihat jam.
sekejapnya masa, rasa seperti tidak sempat lena.
*mengeluh

Astaghfirullah.
dimana letak syukurku?

saat tubuh-tubuh lain memerangi malam.
saat mereka bertahan dalam sejuk dan panas.
tidak dapat tidur walau sesaat ditemani hujan peluru.
jika bisa tidur sekalipun berlapikkan tanah gersang.
kering dan berbau darah.
mereka sedang berjuang.
juang mereka hingga ke mati.


#Pray4Gaza

Semoga doa-doa kita membantu mereka.
InsyaAllah.
Aameenn~

*mohon doa tanpa putus~

humbled. i am nothing.




someone better than yourself.

Friday, November 9, 2012

barangkali.


dalam banyak-banyak manusia, aku dipertemukan dengan dia.
sahabat yang hadir mengisi kekosongan hari-hari muram dan suram.
Allah nak ajar aku menerima dan sabar barangkali.
kerana sahabat yang hadir itu banyak kerenahnya.
sekali lagi aku seperti ditampar dan seperti diketuk berkali-kali.
aku cuba sedaya untuk sabar dan bersangka baik.
tapi kadang itu caranya tidak sama dengan caraku.
lelah juga menjadi sang penyabar.
yang melihat, memendam dan cuba tidak ambil kisah.

ibuku pernah berkata.
sesungguhnya manusia itu hancur saat wujud sifat dengki.
"Jika seseorang itu membuka 1 keaiban sahabatnya,
maka Allah akan membuka 10 keaibannya"
sesungguhnya aku hanya perlu akur dan sabar.
kemanisannya nanti bakal menyusul insyaAllah.
hanya perlu percaya pada ganjaranNya dikemudian hari.

aku percaya aku juga salah.
manusia lain juga bersahabat dengannya.
tapi aku tidak sekuat mereka.
aku perlu bersedia untuk menghadapi dugaan.
ini sebuah cabaran bagi aku.
bersangka baik dan teruskan bersabar.
moga hari demi hari yang berlalu bakal melembutkan hatinya.

"Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar" 

keep smiling :)

Sunday, October 28, 2012

kanvas putih.


"kalau kamu itu zatnya adalah warna, kamu nak jadi warna apa?"

jenuh juga fikirkan soalan tak tercapai dek akal.
mana mungkin seorang manusia yang menikmati hidup penuh warna,
perlunya menjadi hanya satu warna.
SATU!
dari beribu-ribu warna yang wujud indah ciptaan Allah didunia ini.

ya.
jenuh fikirku disisi dunia.
disisi dunia penuh kenikmatan sementara ini, aku hanya sekelumit habuk.
untuk menjadi sang warna yang memberi seri pada dunia.

semasak-masak fikiran dan buah fikiran, dan mungkin tunjangnya sekali.
tekad.
aku ingin menjadi sang putih.

ya, PUTIH.

kenapa?mengapa?bagaimana?

biar putih yang suci ini menyambut warna-warna ceria didunia.
biar putih yang bersih ini mendamaikan hati bila ada bersama warna-warna indah dicoretkan.
biar putihnya latar belakang apapun jenis kanvas untuk diwarnakan.

andai kanvas itu putih, lebih menyerlah keindahan warna-warna lain.
kan.
bukan sahaja yang mengindahkan itu penting,
latar belakangnya harus sama penting.

dan...
ya.
PUTIH itu warna.

jangan lupa~!
;)

"beauty is in the eye of the beholder"

idea dicilok dari en.serius.ampun.hihi


Thursday, October 25, 2012

untitled.


terus kasihan dengan sudut itu.
teriak yang tak punya suara.
seperti ada kosong yang suram.

terpencil.
di sudut kecil rasa terpencil.
meringkuk sekecil-kecil.

hello goodbye.


entri sedih?
haha.
tengok cerita the vow haritu.
reminds me of how important is to keep feelings than just memories.
we can always forget the memories.
but feelings, you can rewind them, replay them like the first time you felt them.

i wrote, a few weeks ago :
'remember, it is when you forget is the moment you fall apart'

sorta change it a bit.
what it should be is :
'remember and be thankful, it might be the only remembrance of yourself that moment'

because you remembered, and was thankful to remember.

i realized i haven't been doing what i wanted to do these few days.
i want to do it, say it, but ended up not doing it, kept shut.

diam itu lebih baik. :)

Friday, October 19, 2012

space for me :)


none of the colours, seem to speak the truth
none of the colours, could give me just one clue
none of the colours, could paint a perfect tune
none of the colours, knows me best like you

could i say sorry?
through shades of words i sing
could you forgive me?
with all the fears i bring
look at this closely 
beyond what you can see

tell me there's a place
always a space for me

<3


Wednesday, October 17, 2012

probability.


walau kisah aku yang lalu itu bukan derita nyata.
hati ini pernah pedih kerananya.
walau rasa itu hanya sekelumit perbandingan.
jiwa ini pernah seksa kerananya.

ia mungkin berulang.
tanpa penafian aku tahu kemungkinan hidup.

cakap itu ekspresi yang perlu dijaga.


kering dan kontang jika bercakap tanpa isi.
kering bukan kerana kurang basah, tapi tanpa kebijaksanaan.
kontang bukan kerana kosong, tapi tanpa tujuan.

banyak bercakap timbul banyak simpang siur bahaya.
huruf huruf yang bisa mengorak dendam.
bait bait yang bisa menambah fitnah penuh hina.

diam itu perlu.
senjata pembunuh yang tusuknya bakal berdarah.
seperti sebuah bom jangka.
jika meletup, bersepailah segala.

namun.
kita manusia.
tidak terhindar dari dusta.
tidak tersorok dari fitnah dunia.
tidak terlanjur dari otak geliga.
dan tidak menyekat mana yang tak sempurna.
kerana kita manusia.

fikirlah.
pesanlah pada sang mulut.
jangan dibuka dahulu sebelum sempat otak berhujah.
jangan dikunci jika hati meronta ingin membenarkan cerita.
jangan disimpan jika itu perlu dan ada maknanya.
jangan dikatup andai yang diresahkan seksa jiwa raga.
jangan diselak andai hikmahnya tiada dan membawa derita.

jaga mulut.
jaga mulut.
jaga mulut.


Monday, October 15, 2012

kaitan hitam putih kehidupan dan syukur.


"Mengapa ada sang hitam? Bila putih menyenangkan." Sheila on 7, Berhenti Berharap.

ya,
mengapa?

konsep ini banyak digunakan pada bendabenda
yang lebih kurang sama dengan bait lagu ini.

kegelapan dan cahaya.
dosa dan pahala.
jahat dan baik.

dan manusia yang punya kesedaran untuk berfikir
akan bertanyakan soalan itu.

ya,
jawapannya.

sang putih itu menyenangkan.
namun, tanpa sang hitam itu, adakah makna senang dari sang putih
itu sama seperti senangnya sang putih walau ada hitam?
dan pada sang hitam.
mungkin sang hitam tidak akan begitu hitam tanpa wujudnya
sang putih.
dan bilamana sang hitam itu adalah hitam, ia beri makna senang 
pada sang putih itu.

faham?

komplikasi ini akan selesai jika anda faham konsep
perbezaan.
dan konsep berbezaan ini complement antara satu sama lain.
tanpa yang satu, yang satu tidak lengkap.

simple bukan?

tahukah anda perkara simple ini berlaku dalam kehidupan seharian
kita setiap hari.
setiap saat dalam setiap hal.

jika anda faham, anda hebat.
kerana rahsia ini akan terkuak oleh mereka yang cuba mengenali dunia.
opps!
bukan hanya dunia.
tapi dengan ilmu ini, anda akan lebih memahami konsep menyerah diri pada hakikat.
ya,
dan hakikatnya itu bukan hanya urusan dunia semata.

dan!
rahsia ini akan memberi anda satu nikmat.
iaitu nikmat bersyukur.

:)

bersyukurlah anda kerana perbezaan.
kerana perbezaan kurniaan Allah itu saling melengkapi.

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

bersyukurlah.
dan nikmat itu akan berlipat ganda dengan izinNya.

Wednesday, October 10, 2012

when the guitar sings.


strings were playing through my ears.
the sweet melodies creates an atmosphere.
in the crowd i was.
but the loneliness crept in without reasons.
the song was still lingering.
this time a lot louder than before.

the very first page :)


enchanted.



There I was again tonight forcing laughter, faking smiles
Same old tired, lonely place
Walls of insincerity
Shifiting eyes and vancancy vanished when I saw your face
All I can say is it was enchanting to meet you

Your eyes whispered "have we met?"
Across the room your silhouette starts to make it's way to me
The playful conversation starts
Counter all your quick remarks like passing notes in secrecy
And it was enchanting to meet you
All I can say is I was enchanted to meet you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

The lingering question kept me up
2am, who do you love?
I wonder till I'm wide awake
Now I'm pacing back and forth, wishing you were at my door
I'd open up and you would say, 
It was enchanting to meet you
All I know is I was enchanted to meet you
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/t/taylor_swift/enchanted.html ]
This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

This is me praying that this was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo your name until I see you again
These are the words I held back as I was leaving too soon
I was enchanted to meet you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you


:)

Wednesday, October 3, 2012

yong :)


sekolah rendah kawankawan panggil sakinah.
penuh dan bermakna.
biasa digelarkan sebagai skin ketika di bangku sekolah.
sekolah menengah.
tak berapa gemar.
tapi mungkin lebih mesra sebegitu.
sampaikan ke cikgucikgu pun selesa dengan panggilan itu.
redha.
sampai di matrik, roomate sorang panggil aku dengan gelaran along.
katanya sifat kakak itu sangat terserlah padaku.
suka.
rasa seperti diperlukan.
ya, dan aku mengaku sayangkan roomate aku yang sorang tu lebih.
aku anggap dia seperti adik kandungku sendiri.
bib. <3
padahal umur sebaya.
itu ketika tahun pertama.
di tahun kedua aku dilantik secara tak rasmi sebagai penolong praktikum.
memandangkan aku orang perak, mereka gelarkan aku yong.
ya, yong.
terasa seperti tanggungjawab kepada adikadik praktikum itu lebih berat.
tapi, aku sangat selesa dengan panggilan itu.
seperti diperlukan.
mesra dan manja.
sahabatsahabat yang lain pun turut terikut dengan panggilan itu.
dan sehingga hari ini aku lebih dikenali sebagai yong.
:)

itu kisah panggilan aku.
walaupun hanya satu panggilan.
tiap kali nama itu disebut, satu rasa tanggungjawab hadir bersama.
mungkin rasa berat.
tapi aku selesa.
sangat gembira.
biar aku dipanggil begitu.
biar aku sentiasa diingatkan dengan tanggungjawab.
biar aku tidak alpa dengan diri sendiri.
biar aku jadi kakak yang sentiasa diperlukan.
aku rela jadi yang mendengar dan memberi pertolongan.
anytime anywhere.

kerana aku yong :) kamu.

saya sayang merekamereka yang sayang saya.

much love from pahang <3

Tuesday, October 2, 2012

change.


the things that i was afraid of has happened.
friends and friends of friends.
they complete your life by complicating it.

it is when people change.
and others can't accept it.
and they blame people for it.

i have no power to control any of it.
but it is hurtful to be blamed for something you did unintentionally.
it gets me on my nerves.

*Ya Allah, peliharalah hati hambaMu ini dari buruk sangka, hasad dengki dan memfitnah.

yes, i myself used to hate changes.
to accept that life is never going to be the same.
or to accept that people can change.

but to me, overcoming that is a challenge.
past experiences taught me that.
things will always change.

i realized i'm small and not to be compared to you.
i realized i've unintentionally disturbed what was yours.
i'm sorry there.

but you really should do something about it.
rather than talking to a wall.
communicate and solve.

please stop the unnecessary bashing.



Friday, September 28, 2012

ya, saya.


ya, heebee setia.
ada masalah?

ya, heebee possessive.
ada masalah?

rasanya tak ada kan?

ya, heebee tak tunjuk.
ada masalah?

harap maklum.


findings.



interesting.
serius!
tak main-main punye!

cop, ape yang serius sangat tu??

interesting...
amazing~!

weyh, ape yang hang merepek ni.
mamai eh?

-.-
hang tak tau duk diam sudah~

e'eh.
dush satgi baru tau.
cheq tanya elok-elok ni.

:)
adela..

=.=
hang ade rase teringin nak makan kasut dak?
terompah asli cheq suap.

eleehh~!
tak payah nak terompah sangatla~

habes tu, kabole!
atau hang nak cheq blackmail baru kabo?
*keningkening

*keningdoublejerk
tak.
cheq rase amazing.
macam miracle pulak.

ape nye?

it feels amazing to know someone you can talk about anything and just everything.
kadangkadang rase macam budak-budak.
kadangkadang habes sesi terus terang lagi benderang.
kadangkadang serious talk.
heart to heart talk lagi la.
gila.

heh?
asal gila pulak?! 
tak faham cheq ngan hang ni.. 

gila la.
tak pernah nak jumpa orang macam ni.
hang pernah ke?

*gelenggeleng
bestfriend cheq adela.

haa..
hat ni, two in one.
kau hado?

=.='
two?
lagi satu kebende pulak?

eisyy~!
hang ni.
adalaa~!
;P

you know who you are ^^


Monday, September 24, 2012

random 2.



i'm girl who has very few words to say.
but a lot to show and prove.
i'd rather write then tell.

i love pictures.
they capture memories.
they speak for you.
they tell stories.

that is why i'm in love with books and pictures.
and people who loves them too.
:)


i love things that give meaning.
not all metaphoric and stereotype.

all natural and just lovely.
original.
not necessarily normal.
that's my style.

i believe in differences.
and appreciations.
they give life more colors and humbleness.
don't they?
:)

"It is when you appreciate is when your heart beats the most. It tells you, you are living the most by having the least."

Saturday, September 22, 2012

bila jadi manusia.


kalau salah, betulkan aku.
kalau senyap, tanyakan aku.
kalau pelik, normalkan aku.
kalau bising, diamkan aku.
kalau terang, sorokkan aku.
kalau kecil, besarkan aku.
kalau riak, peringatkan aku.

aku manusia pelupa yang ikut perasaan.
manusia ego yang terlepas dari kesedaran.
manusia lalai yang selesa dengan kesenangan.
manusia perasan yang bangga dengan pujian.

aku wanita lemah yang malu dengan sifat.
wanita rapuh yang mudah memberontak.
wanita lasak yang hanya pada luaran.
wanita resah yang datangnya tiba-tiba bila-bila masa.

peringatkan aku.
beritahu aku.
biar aku tahu.

Monday, September 17, 2012

manusia yang punya hidup.


di antara waktu dan usia.
aku meniti hidup yang bersentuh.
yang mencorak warna deria.
berjalan tanpa tolehan.
di antara lorong-lorong yang terkuak sipinya.
di balik-balik denai yang bercabang.
di teduh pohon tinggi yang kedekut.
di lapik daratan yang kontang tanpa air.

dan terkadang.
diri ini menjadi manusia.
fitrah emosi yang terumbang-ambing.
hujan ribut yang datangnya tanpa amaran.
permintaan hati di luar sedar.
di sebalik rahsia jernih di ceruk hati.
soalan-soalan bertapuk-tapuk bergolak di ruang rasa.

terpuruk diri berfikir tentang diri.
manusia yang mencari kesempurnaan.
yang masih dihantui kekecewaan silam dan keterlupaan tanpa sengaja.
kini diri lebih berhati-hati.
waspada pada dunia dan batas-batas masa.
dalam kisah yang tak terungkap.
berkejaran memilih antara peluang dan kehendak hati.

yang utama itu diri.
dan aku tahu aku tak sama seperti manusia lain.
yang memilih untuk ambil jalan mudah dan leka.
yang merasakan hidup itu lebih indah dengan yang bermaharajalela.
yang terkenal dengan suapan sedia ada.
yang menghidu kebahagiaan dengan pangkat dan nama.
tidak.
itu bukan aku.

hidup aku biar aku bina.
aku tidak mahu ada rasa kesal memilih untuk tidak memilih.
biar apa orang kata.
biar apa mereka fikir.
niat aku Allah Maha Mengetahui.


people say "give and take".
but to me, i'll add up something special in it.
i'd say "give, build together, and take"
life is more meaningful that way.

*they say i'm a box of chocolate.
you'll never know what you're gonna get.

people get scared of me.
one day you'll be bored of me.
i just hope people would'nt forget the things i've showed them.
when i enter someone's life,
i make sure i made some difference.

~heebee is being random.
sorry.