where books take me

where books take me

Tuesday, September 13, 2016

lelaki.

 4tahun membina bahagia.
merasa dan dirasa.
aku tak bertanya.
tak membaca dari perspektif mereka.

sungguh kasih dan cinta mereka sangat murni.
jika kita tahu apa yang tersirat dalam setiap kata dan laku.

buta mencari punca.
bila terlalu lama dikesah dan cuba.
akhirnya penat dan tawar.

jalannya beza dengan sang Hawa.
dan kita tak sedar bahawa mereka punya cara mereka.
lain dengan cara kita.

aku tak faham.
tak pernah cuba untuk faham.
kerana realiti mereka makhluk yang penuh rahsia.

kasih mereka dalam cuba.
cinta mereka dalam faham.
rindu mereka dalam setia.

aku akur kini, lebih dari aku yang sebelum ini.
kini aku tekad untuk menyayangi lelaki.
bukan kerana aku perempuan.
tapi kerana mereka, lelaki.

dibelai dengan rasa setia.
dimanja dengan rasa gembira.
dihargai dengan setiap faham dan sabar.

Oh Allah.
indahnya ciptaanMu itu.
setiapnya sempurna dimataku.

maafkan hamba kerana tidak cuba dan faham.
maafkan hamba jika bertindak kejam.
maafkan emosiku yang tak tertahan tanpa sabar.

Wahai lelakiku.
aku sentiasa disini setia menanti.
kerana cinta itu sifatnya faham dan masa.
kerana kasih itu ilmu dan amal.
kerana bahagia itu ruang dan bersama.

maafkan setiap rajuk dan tangis yang tidak berkesudahan.
maafkan setiap masa yang terbuang dengan rasa pendam.
maafkan sifat lemah dan perlu yang mengada.

aku akan cuba setiap peluang yang ada.
untuk faham dan percaya.
ini janjiku.
maafkan ku, sayang.


wanita yang paling cantik itu adalah wanita yang bahagia.

woman are the prettiest when they are the happiest.

katakata ini sangat tepat menusuk kalbu Hawaku saat ini.
perihal dunia kiri kanan ku yang makin kelam.
makin kasar merobek hati dan fikiran.
penuh dengan penyesalan dan permasalahan.

4 tahun dulu, aku yang paling gembira dan bahagia.
dunia ini aku yang genggam.
tak pernah rasa sebu dan debu yang menyesakkan tanpa kasihan,

aku bisa mengubah sesuatu dengan minda dan hati dengan mudah.
perihal yang besar jadi senang dan lancar.
kerana hati aku sedang dibuai dengan rasa cukup dan bersyukur.

silapku hari ini, aku tewas dengan dunia.
ya, aku yang tewas.
tewas untuk memaharajalelakan diri.
terlalu sedih dan sesat dilambung angin dibolak-balik.
aku makin sunyi dan tidak bersyukur.
emosiku yang terbabit di setiap sudut turut menyesakkan setiap manusia disekelilingku.
 
aku lupa.
lupa pada setiap yang masih setia dan cuba.
yang sentiasa hadir disaat getir dan payah aku menelan dunia.
aku lalai.
mengespresikan yang indah dan bahagia.
malah aku cenderung kepada negatif dan salah.

aku makin hanyut dengan emosi dan perasaan hingga aku terlupa pada gembira.
gembira dan ceria yang aku punya dulu.

aku ingin kembali positif dan bahagia.
aku ingin cantik sepertimana seorang sakinah yang terindah.
pernah dicinta dan mencinta dengan penuh kasih sayang.
menggenggam setiap dunia dengan lembut dan berjaya.

aku akan kembali.
sebagai wanita yang bahagia.
dengan izinMu.

ameenn.

Sunday, July 24, 2016

once mine.


my ring doesn't fit anymore.
our anniversary isn't important anymore.
my problems doesn't make sense anymore.
my presence doesn't make any difference anymore.


i'm lost.
and he was once mine.

Friday, October 30, 2015

Kisah orang puan.


aku tak berapa kisah
kalau orang cakap pasal jodoh.
asalkan dapat pikat hati mak ayah aku dan aku.

tak kisahlah kalau kata hang takdak duit, kita buleh cari samasama.
nak tunggu pun boleh.
tak kisahlah kalau kata hang takdak masa depan lagi, aku buleh bantu hang decide, asalkan hang jenih sangguplah nak berkorban dan usaha.
tak kisahlah kalau kata hang tak hensem dan tinggi alaala tall dark and handsome.
asalkan senyum hang cukup nak cairkan hati gegadis aku nih.
tak kisahlah kalau kata hang takdak duit sangat nak belanja aku macammacam.
asalkan hang ingat tarikhtarikh penting aku.
tak kisahlah kalau kata hang takdak reta atau vespa atau basikal sekalipun.
asalkan hang cuba untuk hadir disisi aku di harihari penting.
tak kisahlah kalau kata hang jauh dari aku.
asalkan hang tak tipu aku, tak curang, tak sorok apaapa dari aku.

aku cuma nak kau jaga hati aku.

sebab aku kalau bagi hati kat orang nih, aku bagi sungguh.
the whole heart.

orang puan ni tak susah pun nak jaga hati.
aku jenih tak percaya pada katakata semata.
hang kena kasi bukti dengan apa cara yang visible, apa cara sekalipun.
simple, tak guna duit, tak demand apaapa.
asalkan cara tu buktikan yang hang ambil berat dgn apa yang aku rasa.

aku merajuk.
pujuklah.
sekadar dgn gambar hang baru bangun pagi rambut serabai kata hang sorry.
sekadar dgn throwback gambaq lama kat pesbuk kata hang buat silap dan akan belajar dari kesilapan.
sekadar amik gambaq bunga kat taman send kat wasep kata bunga tu lagi cantik dari aku. k.
ataupun kalau hang memang mampu dan berduit, hang kasilah reta sebijik. hoi.
dak dak, hang kirimkanlah sekuntum bunga plastit kedai rm5 tu beserta kad free hat wangi tu.

kalau hang mampu aku nak reta picanto ahh sebijik. lol.

kalau kata aku marah.
sejukkanlah.
kalau aku stress.
gumbirakanlah.
kalau aku kecewa.
dengaq ja apa aku kata, lepastu hang ajak aku karaoke, jogging ka, main boling ka, tengok pantai ka.
pujuk ja macam kat atas nih.
lagi suweet kalau hang boleh kreatifkan benda tu.
tak pakai duit pun takpa.

cuma.
aku nak kau usaha untuk pulihkan aku.

tak penting sangat pun macam mana sekalipun cara yang hang pilih.
cuma.
bila hang buat gitu, maksudnya hang care apa yang aku rasa.
dan hang ambil masa untuk fikir pasal aku dan masalah.

ambil masa untuk fikir dan pulihkan.

hati dan otak orang puan ni sangat berkait.
kau buat benda alah kat dia 2 bulan lepas pun dia bolah ingat.
jadi, hang boleh pikiaqla berapa jam sehari dia berfikir.
24/7.

kalau ada masalah.
selesaikan SEGERA.
kalau kata dia merajuk.
pujuklah SEGERA.
sebabnya dia SENTIASA MERASA.

sentiasa.

benda gini hang takleh tangguh.
bukan macam lelaki, kalau marah atau merajuk.
depa hang kena biaq dulu air yang menggelegak tu kasi sejuk sikit.

orang puan ni time tengah menggelegak tu hang kena taruk ais teruih.
sebab kalau tak, dia akan terus menggelegak.
kalau hang tak taruk ais dgn kadar segera, air tu evaporate dan keringlah.
(hangpa belajaq sains kan)

bila dah kering tu.
hang toksah dahlah mengharap apaapa.
sebab dia takkan kisah dah.

usaha hang tu bukti yang hang pikiaq pasai dia.
yang hang kisah apa yang dia rasa harihari.

orang puan.
hati tu lebih dari otak.
emosi tu yang buatkan dia di panggil perempuan.

hangpa yang tak kawin atau baru kawin.
belajarlah untuk suap hati isteri hangpa dengan manja.
dengan hangpa ja depa nak manja.
mak pak dah takdak nak manja sebab depa dah lepaih dah.
isteri hangpa hanya ada hangpa, sepenuhnya.
dia dah lepas terus dari mak pak dia.

suaplah dengan kasih sayang, perhatian dan kemanjaan.
and i promise you, dia akan automatik akan bagi segalanya kat hangpa.

punca orang puan adalah hati.

berkisahlah dengan hatinya.
dan dia akan berkisah tentangmu dengan Tuhannya.


Thursday, October 8, 2015

ahli tulis dan ahli baca.

penulisan bukan masa.
ia adalah pengolahan antara masa.

kecuali, jika kau benar seorang penulis.
kau akan menulis tanpa henti.
biarpun hanya dalam minda.
terus menulis.

hati kau tenang menulis.
menzahirkan segala rasa dan deria.

yang membaca akan terus membaca.
merasai dan memahami.
melalui setiap deria.

mendalami setiap patah yang disampaikan.

aku?

aku diantara.

apa yang diantara?

diantara tulis dan baca.

diantara tulis dan baca?

aku adalah perkataan.


zahir antara keduanya adalah perkataan.
huruf yang membinaku.
ayat itu penyambungku.


Wednesday, January 14, 2015

Surat cinta untuk awak.



butanya saya dulu tak nampak setiap usaha dan gigih awak untuk perhatian saya.
terlalu mudahnya saya untuk tidak sukakan sesuatu.
terlalu senang untuk menyinggung perasaan sendiri.

mudahnya saya menghukum sesuatu.

saya adalah saya.
yang terlalu sempit dalam berkawan.
payahnya untuk menerima ketidaksamaan.

konon saya yang sempurna dan cukup semua.

blerghh.

sakinah oh sakinah.

tanpa sedar saya menuntut persahabatan dengan persefahaman.
dimana saya cuma tuntut dari awak.
tapi awak sebenarnya sudah cuba untuk memahami saya.
tapi, saya tak nampak.
dan saya yang terlalu ego dan megah, tidak cuba untuk memahami awak.

saya memilih untuk menjauh.
kerana rasa peritnya cuba memahami cara manusia lain.
bezanya saya dan awak, tak dapat dihadam dan telan.

because I refuse to digest it and pushed it all away.
comfort zone.

maafkan saya, awak.

saya sedar saya bukan sahabat yang baik.
bukan juga manusia yang baik.

kerana awak, saya mula faham apa itu toleransi,
apa itu persefahaman.
erti sebenar sebuah persahabatan.

being in control.
not TO control.

sensitif, suka berfikiran negatif, susah nak bergaul, tak pandai berkawan.
please understand, I was brought up in that kind of environment.

paranoid, non-risks taker, very bad memory, judgemental.

it came to me to see that, Allah gave me you.
to let me see the beauty of a friendship.
and the acceptance of difference in people.

and I finally understood the meaning of friendship,
kerana Allah.

well, it takes me 23 years for me to see that.
terima kasih Ya Allah.

berikan kehadiran awak dalam hidup saya.

maafkan saya bukan seorang sahabat yang baik.
tapi, saya sayang awak.

lepas kes buka mata ujian besar Allah hantar haritu.
saya dah cuba yang terbaik.
menyesalnya saya untuk tidak nampak lebih awal dan tak sempat untuk buat banyak lagi benda untuk awak.
banyak impian kita yang tersimpan.

tapi saya tahu saya tak layak untuk itu semua lagi dengan awak.
ego saya mesti dah pijakpijak lumat hati awak pada saya.
saya faham.
it is a punishment I am ready to accept.
if that what makes you happy and not hurt anymore.

tapi sebab saya sayang awak.
saya akan ganggu hidup awak sampai bilabila sampai awak terima saya balik.
saya cuba.

awak.

may Allah keep you under His watch.

saya akan rindu awak.
senyuman dan tangis awak.
gelak tawa dan garang marah awak.
gigihnya awak untuk menjadi 'sesuatu'.

you've made it so far.
you're gonna do great.

saya pasti awak akan berjaya dunia akhirat.
sebab saya tahu awak sentiasa berusaha kearah kebaikan untuk keduanya.

terima kasih sahabat.
kerana sudi menjaga dan memanjakan diri ini.

<3

kawan sampai syurga please.

Sunday, January 11, 2015

merah jambu.


warna ceria yang menemani hari aku bertemu si dia.
bahagia yg terasa.
tak pernah aku teroka.

bunga, hadiah, katakata bermakna.
'candlelight dinner' yg setiap wanita impikan.

dua kali aku menitiskan airmata perempuanku.
dek kerana rasa dihargai.
dimanja dengan segala manisnya dunia.

tapi.

siapa aku untuk menerima semua itu darinya?
layakkah wanita kerdil yg tak punya apaapa ini merasai indahnya rasa itu?

merah jambu.
warna itu penamat hari.
harihari harapan aku.

moga jumpa lagi.

jejakaku.